Wednesday, September 29, 2010

Doa Melembutkan Hati Anak / Suami / Isteri







"Alla hu latifum bi'ibadihi, yar zuqumay..ya sha... wahuwal qa wi yul aziz".


Tafsirnya:
ِAllah maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang telah ditetapkan), dan Dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa.”

Surah: Assyura : ayat 19

Sesungguhnya, berdoa membuatkan hati kita terasa luas, lega, lapang dan segar setelah melalui satu kehidupan yang sukar seminit dua yang lalu. hanya dengan doa, hati berharap agar perjalanan hidup selepas ini akan bertambah senang dan tenang walau ribut melanda taufan bergelora...hanya kepadaNYa kita berharap agar semua kesulitan ini dipermudah dan dilalui dengan hati yang penuh ketabahan.

anak2, kadang2 membuatkan hati yang berduka menjadi tenang, tersenyum dalam kepahitan, terfikir, siapakah yang akan menjaga anak2 ku jika berlaku sesuatu yang tidak terduga? siapakah yang akan membimbing mereka jika bukan kita sebagai ibu bapa? namun, kenakalan, kedegilan dan keaktifan yang terlalu adakalanya membuatkan kita terfikir dimanakah silapnya kita dalam mendidik anak2, adakah kerana kesibukan bekerja menyebabkan kita terlalai seketika untuk membelai perasaan seorang insan bergelar anak? ataukah kerana keterlaluan dalam proses pembelaian atau apakah kerana kita kurang berdoa untuk anak2?

ya, doa seorang ibu dan ayah sungguh bermakna dalam kehidupan anak2. maka itu, carilah setitis doa dan berdoalah untuk anak2, mudah2an mereka menjadi insan yang bertakwa, beriman, dan beramal soleh dan solehah, mendengar kata ibu dan ayah, menjadi pemimpin yang berwibawa dan menjadi insan terdekat di usia tua. Mudah2an doa itu berbekas dalam diri mereka. Amin ya rabbil alamin.
semoga perkongsian ilmu mengenai doa untuk anak2 dan keluarga ini dapat diamalkan dan menjadi resepi dalam kehidupan seharian... 

- Doa agar anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 
  129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada
  hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah  
  Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”


 - Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air
   untuk minuman dan masakan seisi keluarga.


- Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran
  bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah
  kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu
  berjaya.”


- Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir 'Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya
  Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.


- Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah
  dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan
  membaca al-Quran.


- Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat 38, Surah
  Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada
  Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat
  keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar  (menerima) doa
  permohonan. ”


- Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan
  kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Amalkan apabila anak ada masalah
  emosi atau tingkah laku.


- Selepas solat lima waktu, amalkan doa daripada ayat 74, Surah al-Furqan
  bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami,
  berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-
  perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan
  bagi orang yang (mahu) bertakwa.”


- Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang
  mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami,
  perkenankanlah doaku.”





Monday, September 20, 2010

cinta o cinta

salam lebaran di angin lalu...

moga2lebaran pada kali ini memberi seribu keinsafan kepada kita agar berubah menjadi insan yang berguna pada bangsa, ugama, keluarga, anak2 dan suami tercinta, insan yang bertakwa..insan yang kembali mengingati sujud, menginsafi diri yang kian lama hanyut dibuai rasa keseronokan dunia..alpa dengan kemewahan yang diberi.

seronoknya lebaran, namun ramadan masih terngiang-ngiang dalam ingatan. takkan kulupa bagaimana susah payahnya aku menyediakan menu sahur dan berbuka untuk suami tercinta, bagaimana peritnya aku melawan perasaan mengantuk semata-mata untuk mengemas rumah bersama-sama suami dan anak2 kecilku yang bijak dan manja di saat-saat akhirnya ramadan untuk menyambut ketibaan mentari syawal dengan penuh rasa kebanggaan kerana akhirnya aku berjaya mengakhiri ramadanku dengan sempurna.

ah, kenapa perlu dikenang kisah ramadan, tahun hadapan pasti akan berjumpa lagi...tapi, syawal kini perlu dilalui dengan penuh ketenangan dan kegembiraan..tetapi, kenapa aku tak dapat menjiwai syawal kali ini..di mana silapnya? 

kenapa di saat2 begini jiwa terasa kosong, hampa dan kecewa..hi hati...bersabarlah.....jangan dibawa perasaan murka dengan suasana. sabarlah...hati..kenapa semakin hari semakin membara perasaan ini..kepada siapakah hati merasa murka? hendak diluah namun hati berkata, jangan disiram bara yang membara...buruk padahnya...

kenapa lah hati berdegil? kenapa tidak diluahkan sahaja apa terbeku dijiwa...dipendam, membuak2 di dada, kalut perasaan, memandang pun tidak, apatah lagi meluah bicara..hanya gerak laku jadi saksi betapa panasnya bara yang membara...

o hati..bersabarlah. kembalikan keceriaan hatiku..hati, menangislah kerana kedegilanmu menyebabkan jiwa tertekan, lesu tak bermaya..senyumanmu tidak semanis dulu, kemana rasa keikhlasan dalam senyum yang mungil itu? jangan kerna degilnya hati, semuanya jadi porak poranda...janganlah diturut rasa yang marah dan kecewa.

dahulu, akulah insan yang paling ikhlas dan penyabar, tetapi kini, kenapa aku menjadi insan yang degil dan kurang sabar? adakah kerana suasana yang kurang segar? kerana angin yang kurang sepoi bahasa atau kerana jiwa yang dahulu pernah terkecewa dek suasana? sudahlah! cukuplah berdrama dengan diri sendiri. terimalah hakikat, hati yang terluka, masih bisa dirawat. penuhkan jiwamu dengan iman dan doa..tenangkan dirimu dengan air sembahyang, lengkapkan dirimu dengan tulus keikhlasan menghadap TUHAN..ingatlah..hanya iman penguat diri, tepislah segala tohmahan, cercian yang tidak berbisa itu, kerana apa yang lagi berbisa ialah ular bisa yang menjadi peneman di kala bersendirian di dalam kuburmu..ingatlah dunia hanya sementara, kejarlah kemanisan berkeluarga hanya kerana ALLAH, kejarlah rasa seronoknya di dunia hanya kerana ALLAH, kerana ALLAH adalah satu-satunya tempat mengadu yang paling mustajab.

Ya Allah jadikanlah aku insan yang paling ikhlas dalam senyuman, sabar dalam tindakan dan tenang dalam memohon keampunanMU..amin ya rabbal alamin...
Related Posts with Thumbnails