Friday, October 29, 2010

Mendidik adab di kalangan anak2

orang kata, melentur buluh biarla dari rebungnya..so, sebelum menjadi bambu/buluh, marila kita berusaha mendidik anak2 kita yg masih tidur di bawah celah2 ketiak kita tu supaya mereka tahu bagaimana adab dan sopan santun yg sebenar. jgn tunggu guru d sekolah yg mengajar, tetapi kita sebagai ibu dan bapa harus sentiasa beringat bahawa kitalah yg menentukan nasib anak kita di masa depan mrk. lagipun, tanpa kita siapala mereka yer..betul ke ni?

ok, tak pecaya...cuba layan kenyataan ini:

“ Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan. (Hamka).

apa lagi, jom layan bab mendidik anak tentang adab bagaimana menyambut kedatangan tetamu ke rumah dan apa yg patut dilakukan selaku tuan rumah.

1.   Jika ada tetamu yang berkunjung ke rumah, minta anak-anak turut menyambut kedatangan mereka dengan bersalam-salaman sambil memperkenalkan kepada anak-anak siapakah tetamu itu sama ada kawan anda atau saudara mara anda. Misalnya “Along, ini Tok Lang, adik kepada atuk. Kan atuk selalu cerita fasal Tok Lang kan?”.

2.  Cara ini dapat mengingatkan anak-anak bahawa mereka punya ramai saudara-mara dan mendidik mereka agar menghormati sesiapa sahaja yang berkunjung ke rumah, juga pada waktu-waktu lain.

3.  Jika anak anda masih kecil dan belum memahami, mungkin tidak mengapa membiarkan mereka menonton rancangan kesukaan, kartun misalnya. Tetapi jika sudah berumur belasan tahun, tidak manis kiranya membiarkan mereka berbuat demikian tanpa mempedulikan tetamu yang ada. Seelok-eloknya ajak anak-anak duduk bersama sambil berbual dengan tetamu terutamanya  saudara mara. Adab ini perlu diterapkan sejak mereka kecil lagi. “Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya”- (Hamka).

4.  Jika anak gadis, didik mereka agar ringan tulang, sekurang-kurangnya membantu menghidangkan minuman atau makanan kepada tetamu. Elakkan anak-anak terperap di dalam bilik dan membuat hal sendiri.

5.  Sentiasa mengingatkan anak-anak gadis ini agar menjaga aurat walaupun berada dalam rumah sendiri tatkala ada tetamu yang bukan muhrim.

6.  Sentiasa berpesan kepada anak-anak, jika ada tamu yang datang, jaga perilaku diri misalnya cara bercakap, tidak berlari ke sana sini dan jangan berbuat bising. Pesan kepada anak-anak (yang agak besar) supaya meminta diri secara sopan daripada tetamu jika ada hal lain yang perlu dilakukan.

7.  Minta anak-anak utamakan tetamu, lebih-lebih lagi ketika waktu makan. Memang agak kebiasaan anak-anak kita yang masih kecil sentiasa kelihatan ‘sibuk’ untuk minum atau makan makanan yang dihidangkan untuk tetamu. Malah mereka kelihatan begitu berselera sekali jika makan bersama orang lain. Tidak mengapa, asalkan mereka tidak mengganggu tetamu.

8.  Sentiasa berpesan kepada anak-anak agar mereka dapat membantu menunjukkan tetamu tempat untuk bersolat dan arah kiblat. Walaupun anak kita masih kecil, mereka akan faham jika itu sudah menjadi kebiasaan (solat).

9.  Apabila tetamu hendak pulang, minta anak-anak bersalam dan mengiringi tetamu hingga ke muka pintu atau kenderaan mereka. Biarkan tetamu itu merasai bahawa  kedatangan mereka begitu diraikan dengan seikhlas hati seluruh ahli keluarga.

10. Apa yang lebih penting ialah anda sendiri perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. Jika anda ingin anak-anak kecil hormati tetamu, anda sendiri perlu berbuat demikian.

itu je setakat ni..info dr. mjlh Nur... alahai sekarang baru tau...bagaimana nak didik anak hormat tetamu...tak pa masih ada masa utk tunjuk yg terbaek punyyaa..ok..:)
it's me: aznur

Wednesday, October 27, 2010

Rawatan dan Petua Kecantikan Ikut Tahap Usia

hye..akum, gud day!

terasa mcm lama tak update blog, tapi yg sebenarnya cbuk mengubahsuai setting..nak nmpk lagi anggun dan berseri...oklah, aznur nak kongsi satu tips kecantikan yg nur dpt dari mingguanwanita...sebagai rujukan dan panduan...lagipun kdg2 tu terlupa pasal kecantikan diri..semenjak 2 menjak ni. so, hrp2 entry ni bolehlah membuka mata dan hati kita supaya sedar tentang umur dan keadaan kulit kita... (umur semakin lanjut, tapi terasa mcm baru awal 20an...perasaan...)

ok, jom layan tips kecantikan ini....

Rawatan dan Petua Kecantikan Ikut Tahap Usia

Dalam kehidupan ini, tiada yan g kekal serupa dan tidak terkecuali kulit seseorang. Wajah yan g terlihat di cermin hari ini pasti akan berbeza dalam tempoh 10 tahun akan datan g. Oleh itu, amat penting untuk seseorang wanita untuk mencari alternatif mengawal penampilan kulit.

Strategi penjagaan kesihatan dan kulit yang ringkas namun munasabah, pasti membantu membolehkan seseorang itu kelihatan hebat tidak kira dalam usia mana sekalipun. Berikut, tip membantu dalam penampilan diri tidak kira remaja mahupun sudah berusia.

Usia remaja
Dalam usia remaja, kulit anda berada di puncak kuasanya. Kulit pada usia ini adalah pejal, tegang dan warnanya sekata. Bagaimanapun, kulit berminyak dan jerawat membawa cabaran kepada ramai remaja. Berita baiknya ialah kedut-kedut tidak berlaku pada masa kini.

Ketika ini adalah masa untuk belajar jenis kulit khusus dan meneroka penyelesaian yang terbaik. Walaupun kedutan tidak akan kelihatan selama bertahun-tahun, namun kerosakan yang berlaku pada ketika ini mudah ketara apabila usia anda semakin meningkat tua. Oleh itu, jika anda menjaga kulit anda sekarang, ia akan kekal kelihatan muda lebih lama.

Petua
• Elakkan pendedahan kepada ultra lembayung. Matahari menjejaskan kulit anda lama sebelum anda benar-benar melihat kerosakan yang sebenar. Jika itu yang berlaku, kerosakan itu tidak boleh diperbaiki. Justeru, sentiasa gunakan krim pelindung cahaya matahari.

• Biasakan diri dengan regimen penjagaan kulit.

• Mulakan rutin penjagaan kulit dua kali sehari termasuk pembersihan, penyegaran dan pelembapan pagi dan malam. Selain itu, pilih produk yang disediakan untuk jenis kulit anda. Jika anda ada kebimbangan khusus seperti jerawat, tambahkan rawatan khas kepada rutin anda.

• Mempelajari asas-asas pemakanan yang sihat akan membantu anda membentuk tabiat baik sepanjang hayat. Umumnya, cuba makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, daging tanpa lemak, ikan, bijirin penuh serta produk tenusu rendah lemak.

• Hadkan pengambilan snek bergula, soda dan makanan berlemak tinggi. Pastikan anda tidak meninggalkan waktu makan utama. Selain itu juga, pastikan anda minum banyak air putih sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

Usia 20-an
Dalam usia dua puluhan, sel-sel kulit anda dijana pada kadar pantas menjadikan kulit kelihatan licin dan berseri. Kolagen dan elastin- protein yang memberi keanjalan bagi kulit yang pejal dan banyak. Pencegahan harus menjadi keutamaan selain penjagaan kulit kerana anda ingin mengekalkan seri keremajaan ini selama yang boleh.

Petua
• Kaji semula regimen kulit anda. Jika anda masih menggunakan produk mengawal minyak dan jerawat yang anda pilih ketika remaja, lihat semula kulit anda. Menjelang usia 20-an, pengeluaran sebum mula perlahan dan kebanyakan formula yang anda guna dengan baik pada usia 16 tahun mungkin terlalu kering untuk kulit anda sekarang.

• Lembapkan kulit di sekeliling mata anda. Sekarang adalah masanya anda mula melihat tanda-tanda penuaan pada kulit di sekeliling mata luar. Kesembapan disebabkan kurang tidur atau garis-garis kering di bawah dan keliling mata boleh membuatkan anda nampak tua. Sebaiknya cuba gunakan produk pelembap mata harian seperti krim mata pemulihan sebagai sebahagian daripada rutin kecantikan harian anda.

• Kawal pengambilan makanan segera dan snek bergula. Gaya hidup anda yang aktif mungkin digabungkan pula dengan kegiatan sekolah atau kerja dan sosial. Oleh itu, anda mungkin amat bergantung pada makanan segera dan snek. Tetapi, terlampau banyak gula dan lemak sebenarnya boleh mempercepat proses penuaan. Menukar beberapa makanan tinggi lemak dengan salad setiap minggu akan membantu anda tampil dan rasa lebih muda untuk masa yang lama.

• Terus elakkan pendedahan ultra lembayung.

Usia 30-an
Bersama-sama ritma kehidupan, kulit anda kini berubah lebih cepat. Penuaan, tekanan, kehamilan adalah antara faktor yang membawa kepada perubahan ketara kulit anda. Ini mungkin merangkumi garis-garis halus di sekeliling mata, mulut dan sebagainya.

Petua
• Proses pengelupasan kerap berlaku. Usia tiga puluhan adalah dekad di mana pusing ganti sel mulai perlahan. Ini membawa kepada kekusaman dan warna kulit tidak sekata. Bagi menentang gerakan perlahan ini tingkatkan regimen penjagaan kulit anda dengan melakukan pengelupasan yang kerap.

• Rawatan tompokan. Kehamilan sering menyebabkan gangguan pada hormon. Satu hasilnya ialah keadaan yang dinamakan melasma atau dikenali juga sebagai topeng kehamilan yang muncul sebagai tompokan gelap pada kulit. Keadaan ini umumnya membesar setelah bayi lahir. Ini masanya untuk anda melakukan proses pengelupasan dan mulai menggunakan produk pencerahan yang lembut.

• Makan vitamin. Kajian menunjukkan bahawa vitamin penting seperti B6, B12, D dan E akan membantu menentang penyakit. Multivitamin memberi vitamin dan mineral yang kebanyakan orang perlukan.

• Terus elakkan pendedahan kepada ultra lembayung.

Usia 40-an
Kedut lebih mendalam diiringi dengan keanjalan dan kepejalan yang berkurangan adalah keadaan paling umum bagi kulit dalam dekad ini. Dua sebab utama tanda-tanda penuaan ialah pendedahan bertahun-tahun terhadap ultra lembayung dan kemerosotan jumlah estrogen. Keadaan ini menghakis struktur sokongan yang mendasari kulit dan merencatkan kemampuannya untuk mengekalkan kelembapan.

Petua
• Dapatkan pembersih dan penyegar yang lebih tinggi kadar kelembapannya. Selain itu, teruskan proses pengelupasan bagi menggantikan pembaharuan sel yang lebih perlahan.

• Rawat kawasan bermasalah. Kulit sekeliling mata anda lebih nipis. Justeru, garis-garis akan lebih ketara di sini. Sasarkan bahagian ini dengan formula khas seperti rawatan Vitamin C misalnya untuk mengurangkan kedutan dan sebagainya lagi.

• Selaraskan mekap anda. Semakin meningkat usia, kurangkan pemakaian mekap adalah lebih baik. Jika anda tidak lagi teruja dengan mekap anda, luangkan masa untuk menilai semula warna dan formula anda. Tambahan lagi, kebanyakan kosmetik moden merawat secara lembut apabila ia mewarna, menjadikannya sesuai untuk peringat usia ini.

• Terus elakkan diri daripada sinaran ultra lembayung.

Usia 50-an
Usia ini dianggap kehidupan terbaik. Berkaitan kulit, anda boleh menjangka beberapa perubahan. Sel-sel yang mendasari mula merata, menyebabkan kulit menjadi semakin nipis.

Paras kolagen dan elastin lebih rendah digabungkan dengan perubahan dalam cara ia berinteraksi dengan lapisan bawah kulit anda, ia boleh menyebabkan berlaku kekenduran. Bukan itu sahaja, kulit wanita pada usia ini juga semakin lama semakin kering.

Petua
• Warna mula hilang. Sering kali tompok-tompok gelap menjadi lebih ketara akibat peralihan hormon menopaus dan atau kerosakan oleh sinaran matahari. Rawatan yang kerap dengan produk pencerahan akan membantu menghilangkan semua masalah ini serta menghasilkan warna kulit yang sekata.

• Pembaharuan waktu malam. Ketika anda tidur, kulit anda bekerja untuk memperbaiki dirinya. Penggunaan krim menentang kedutan dan memperbaiki kelembapan akan menyokong pembaharuan kulit anda pada waktu malam.

• Kulit dalam usia ini mula mengendur dan hilang kepejalan serta keanjalannya. Justeru, rawatan serum untuk menegangkan boleh membantu memperbaiki penampilan kulit yang kendur selain membantu wajah tampak lebih muda.

• Terus elakkan dari sinaran ultra lembayung.

~ mingguanwanita ~

P/S: 
ok...finish already aah...must try utk jaga kecantikan kulit..

 
 
 
 
 

Monday, October 25, 2010

Petua Senaman Istimewa Wanita

hari ni nak kongsi satu petua yang istimewa..khas utk wanita yg bergelar isteri. wajib buat ni tau..utk diri sendiri dan utk yg tercyg..:)

anyway, caranya takla susah sangat..time senang2 hati tu..buatla tak senang hati pun bole buat ni..bukan ape nak jaga sistem peranakan la katakan..biasala org dah beranak ni mcm2 berlaku dlm badan..bukannya kita nmpk, kecuali x ry. so, sebelum terlewat, baik buat senaman yg hebat ni...hehehe senang jer...tryla...pasti ada perubahan! BERBALOI2 GITU..

Senaman Tupai

Senaman istimewa ini dapat membantu mengetatkan faraj dan mengurangkan masalah keputihan. Caranya : Duduk di atas kedua tumit kaki. Tegakkan badan. Tangan kanan hendaklah ke belakang untuk memegang ibu jari kaki kiri. Tarik nafas, kemut faraj sambil menarik ibu jari kaki kiri ke atas selama 5 saat dengan kuat, lepaskan nafas dengan kemutan perlahan-lahan. Lakukan senaman ini sebanyak tiga kali. Tukar posisi dan ulangi senaman ini. Gerakan ini boleh membantu mengetatkan semula otot-otot faraj dan mengurangkan masalah keputihan.

Senaman Kiambang

Senaman ini dapat membantu menguatkan otot faraj. Caranya: Duduklah dengan keadaan bersila rapat dan badan ditegakkan. Betis dan peha kanan diletakkan di atas peha kiri agar kedua lutut menghala ke hadapan dan dalam keadaan serapat mungkin antara satu sama lain. Pastikan kedua belah tapak kaki menghala ke belakang. Tarik nafas dan kemut faraj selama 5 saat sambil menekan tapak kaki ke belakang. Lepas nafas, kemutan dan kaki perlahan-lahan. Lakukan senaman ini sebanyak 8 kali. Kemudian, tukar posisi dengan meletakkan betis dan peha kiri pula di atas peha kanan. Lakukan senaman-senaman di atas mengikut kesesuaian badan pada setiap pagi dan setiap malam sebelum tidur.

Senaman Klasik Kemutan Faraj

1. Kemut 20 kali perlahan-lahan otot faraj dan otot punggung dalam keadaan berdiri
   (peha dan kaki dirapatkan). Lakukan senaman ini pada waktu pagi, tengahari,
   petang dan malam 
 
2. Kemut perlahan-lahan 20 kali otot faraj dan otot punggung dalam keadaan duduk
    tegak (lutut bertemu lutut) pada waktu pagi, tengahari, petang dan malam.
    Proses Pengemutan –
    (a). Tahan nafas selama 5 saat semasa mengemut.
    (b). Lepaskan nafas dan kemutan perlahan-lahan secara serentak.Kemut - Seperti 
           menahan air kencing. Saranan - Digalakkan melakukan senaman ini pada
           setiap hari pada waktu terluang seperti semasa memasak, menonton dan ketika
           ada waktu yang sesuai.

rujukan: en.google....dan rakan2



Sunday, October 24, 2010

Petua supaya isteri sentiasa dara

emm...siapa tak nak anggun bergaya dan sentiasa jadi mak dara kann..mak pun bole jadik mcm ANAK DARA KER...okla..yg penting harus mencuba dan berusaha...cayoo...alhamdulillah..terjumpa juga petua yg hebat ni...jgn tak buat yer...:) 

PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra


Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.


('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.


Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:


(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,


56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),


(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,


(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.
rujukan~ Facebook~

Wednesday, October 20, 2010

kisah rumah dan tangga..

adakala, terlalu sibuk dengan hal ehwal rumahtangga, memasak, melayan anak2, terlupa bahawa sang suami juga perlu dilayan.
adakalanya juga, sang suami terlalu sibuk dengan hal ehwal komputer, lebih gemar melayan kawan2 di facebook, sampai terlelap sang isteri menunggu lewat malam, bertanya adakah malam ini ada acara malam? namapak gaya, cik abe terlalu penat menonton wayang, menonton PC, sampai bila tiba masa beradu, terus berdengkur tanpa merasai kehangatan rasa sang isteri..
so, sebagai suami dan isteri, sesibuk manapun anda, sepenat manapun tubuh kita,layanlah si dia, walau hanya sekadar ciuman di dahi semata2 kerana itu adalah satu perbuatan yang rasanya semasa awal perkahwinan sahaja dilakukan kerana setelah anak dah bertambah, dahi anak sahaja yang diingati utk dicium, dahi suami atau isteri, kdg2 terlupa diberi walau hanya secebis ciuman.
oleh itu, sama2lah kita berpesan kepada diri kita sendiri agar berusaha menjadi isteri yg romantik sepertimana awal pkahwinan dulu. buang rasa malu melakukannya kerana ANDA BUAT ANDA DAPAT...:)

Tuesday, October 19, 2010

hidup mesti SEGAR ~ the last series ~

hai...salam bertemu kembali di alam cyber...
dah sarapan ker belum? sarapan harus diambil pasal penting untuk menjana tenaga melakukan kerja2 mcm.. kerja2 umah (surirumah), kerja taip-menaip (Ofis) bloggerz....penting..kalu tak sarapan, perut meragam kang susah juga.

so, hari ni nak sambung balik ttg bagaimana nak hidup sentiasa segar setiap hari...nak tahu? jom layan entries yg seterusnya...

~ jgn buang masa nak iri hari dengan org lain, baik tak payah lgpun, apa yg 
   ada dengan kita itulah yg terbaik;
~ selalulah berfikir bahawa YANG TERBAIK pasti akan muncul..
~ tak kiralah apa ja perasaan kita hari ini, (pening, happy atau tak
   happy) yg penting...DRESS UP AND SHOW UP; (penampilan mesti
   ANGGUN)..
~ buatlah YANG TERBAIK setiap hari..
~ jgn lupa calling2 ur family selalu (suami, anak2, ibu bapa...dan yg
   seangkatan dengannya)...
 jiwa kita sebenarnya happy, so, be HAPPY..
~ setiap hari, berilah yg sesuatu yg bermakna utk seseorang...
~ jgn berlebih2, keep ur limits,
~ bangun ja dari tidur, jgn lupa ucaplah alhamdulillah....
~ last but not least, jgn lupa solat SUBUH...(pemberi tenaga sepanjang hari).

ok kawan2, jgn lupa amalkan petua dan tips untuk segar di atas yer...semoga kita akan sentiasa ceria dan bersemangat utk meneruskan perjalanan hidup kita.

bye...c u again...
belajarlahuntukcinta.blogspot.com

Monday, October 18, 2010

tips untuk hidup yang segar ~ siri 2~

ok, nur nak sambung balik bagaimana nak jadikan hidup kita sentiasa segar dan bugar setiap hari. kalau tak dapat buat kesemua tips yg diberi, takpa, try 1 drp tips ini pun jadikla. yg penting, HIDUP MESTI SEGAR...

sambungan drp tips yg lalu:

21) jgn cuba2 nak menang ajer dlm pertelingkahan atau perbalahan. cubalah bersetuju dengan apa2 yg kita rasa tak setuju;

22) bebaskan dirimu drp kisah lampau, besar kemungkinan ianya akan mengganggu masa depanmu;

23) jgn bandingkan hidup kita dgn org lain.kita tak tahu bagaimana kehidupan mereka sebelum ini. lg satu, jgn banding2kan suami/isteri anda dgn org lain, kciann dia..;

24) kita harus mengontrol diri kita sendiri, bukannya org lain;

25) selalulah try utk memaafkan org...:

26) apa yg org fikir ttg dirimu, pedulikan;

27) Allah Maha Berkuasa, Allah penyembuh segalanya..;

28) apapun yg baik atau buruk, ianya tetap akan berubah;

29) kerja anda tidak akan ambil berat apabila anda sakit, tetapi rakan anda juga yg akan mengambil tahu, so, jgn workoholic..;

30) hapuskan atau buang jer apa2 yg tak berguna, tak menarik dan tak syok...

to be continued....

BERHATI-HATI KETIKA MEMBACA AL-FATIHAH KERANA NAMA SYAITAN DALAM AL-FATIHAH

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solatnya. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu TAJWID. Bukan setakat bacaannya saja yg rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yg wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama-nama syaitan:

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNA'K (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NA'K
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KANAS
6. SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti
7. AMIN...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat, MIN.... 3 harakat.

Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin para malaikat..... Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Rujukan: muslim thoughts

tips untuk hidup yang segar ~siri 1~

hai...akum dan slmt 1 malaysia..
hari isnin yang moody nie, nur nak kongsi tips untuk hidup sentiasa segar dan tenang..

ok...tips2nya adalah...

1) setiap hari, kalu bule, jgn lupa utk berjalan sekurang2nya 10-30 minutes.. supaya dapat menyedut udara yg segar dan mata pun takla penat asyik menghadap komputer jak;

2) duduk dengan tenang at least 40 minit setiap hari;

3) tidur 8 jam setiap hari (cdgn: 10pm-5am)

4) bangun  jer dari tidor, fikir dalam minda bahwa aku hari ni nak nampak bertenaga, bersemangat, dan bersifat empati;

5) main permainan yang disukai;  (cth: games...)

6) baca buku kegemaran; ( novel, buku motivasi, buku resipi..);

7) ambil masa utk bersenam, yoga dan solatt...(penting tu....)

8) luangkan masa bersama orang tua dan kanak2; (ambil aura )

9) berangan2 sekali sekala tu tada masalah...:

10)  jgn lupa hidangan setiap hari perlu ada sayur dan buah2an, kurangkan makan daging;

11) minum byk air kosong ( bio aura pun ok...elken pun tak kurang juga baiknya..;

12) tryla buat sekurang2nya 2 org tersenyum dengan anda setiap hari; (cdgn: suami dan anak2);

13) jgnlah buang masa dan tenaga anda yg sangatt bernilai tu dengan mendengar cerita2 gosiip yg terlampau...;

14) lupakan kisah2 masa lampau.dan jgn ingatkan kawan2 anda dengan kisah2 itu. semua2 tu boleh mengganggu gugat kegembiraan kita. so, nda payah ingatlah semua2 tu...LUPAKANNN...yg penting PANDANG KE DEPAN, DISITU ADA JALAN;

15) jgn berfikir negatif atau rasa2 tak dapat control situasi. tapi, simpan tenaga anda untuk pemikiran yang positif (cdgn: SAYA BOLEH HANDLE THE SITUATION);

16) Jadikan kehidupan anda ibarat sekolah dan kita berada disini untuk BELAJAR. setiap masalah yg mendatang adalah umpama KOKURIKULUM. contohnya: belajar matematik ada org takut nak belajar tapi terpaksa dihadap juga..iyala nak lulus pangkat 1 mesti kena belajar juga.. so, anggaplah masalah itu mcm belajr maths tadi, kena hadap dan habis silibus, takyah dah nak hadap lagi..heheh..apa yg penting..mcm tula juga masalah..perlu dihadap jugala kiranya...apapun, kena tenang dan belajar daripada kehidupan...(melalut pulak);

17) kata orang: breakfast like a king, luch like a prince and dinner like a beggar (mcm pengemis) biar betulll...?;

18) kalu bole, smile alwayz (terutama bila jumpa bosz dekat lif )hehehe...and try ketawa supaya adrenalin mengalir dengan kencang..hehehe..(i'll try);

19) hidup kita ni sebenarnya terlalu singkat. jadi, tryla supaya jgn buang masa utk sakit hati dgn org lain. cubalah sayangi org lain yg ada disekitar anda...(suami, anak2, ibubapa, mentua, ipar, abg kakak adik, mcik2 pakcik2 saudara mara, jiran sebelah, siapa lagi ya...artis? bolehla....;

20) ok, ini yg paling best: JGN TERLALU SERIUS...SAPA2 PUN TAK SUKA..TAKUTTT.....

sambung lain entries yer...nak rehatkan mata hati dulu.

Sunday, October 17, 2010

sekadar Panduan Hidup

adakalanya kita perlukan kata-kata motivasi untuk terus menjalani kehidupan dengan lebih tenang dan aman..bialah masalah bertimbun2 dan berlonggok, tetapi sedikit kata2 motivasi cukup membuatkan kita sedar dan kembali bersemengat..

apapun, hari nie nak pegi bandar kota kinabalu, cadang nak ke 1 borneo pasai nak tengok pameran produk2 antarabangsa. kalu berkesempatan nanti nur aplod pic pameran kat blog ni..ok tungguuu!!!! 

so, sila layann jer kata2 motivasi kat bawah nie yer..manatau terkesan dalam hati nurani kita..ok byee..selamat melayari blog aznur....:)

sekadar panduan hidup

1. Bersedekahlah kepada org lain lebih daripada apa yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

2. Kahwinilah lelaki/wanita yang gemar berbicara dengannya, kerana kemahirannya berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

3. Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.

4. Apabila kamu berkata "Aku Cinta Padamu" maka tunaikanlah.

5. Pabila mengatakan "Maaf", tenunglah matanya.

6. Bertunanglah sekurang-kurangnya selama 6 bulan sebelum kamu di ijabkabulkan.

7. Percayailah cinta pandang pertama

8. Usah tertawa impian orang lain. Manusia tanpa impian ibarat tidak miliki apa-apa

9. Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sesungguhnya anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa,tapi percayalah, itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

10. Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

11. Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

12. Berbicarlah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

13. Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang anda tidak gemar, lontarkan senyuman dan bertanya padanya " Kenapa anda ingin tahu? "

14. Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

15. Ucaplah " Semoga Anda Diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

16. Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

17. Berpeganglah kepada 3R (Rasa) iaitu:-
i-Rasa hormat pada diri sendiri
ii-Rasa hormat pada orang lain
iii-Rasa tangungjawab terhadap semua tindakan anda

18. Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

19. Apabila menyedari bahawa anda melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk memperbetulkan kesalahan tersebut.

20. Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

21. Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

terus menerus daripada:belajarlahuntukcinta.blogspot.com

Saturday, October 16, 2010

Kehebatan Solat ~ 3

Prof Dr Wan Abu Bakar  bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains. HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas  - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan. “Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.
Dr Fatimah meneliti kertas bacaan ujian yang keluar dari alat analisis penyepadanan bio. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak
Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.
“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh
Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.
~ berita minggu ~

Friday, October 15, 2010

Kehebatan Solat ~ 2

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.  Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam  akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Kehebatan solat ~ 1

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif.

Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan. Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal. Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama.

Monday, October 11, 2010

Azam mendidik anak

Apa kata tahun ini anda mencari resolusi baru untuk menjadi ibu bapa yang lebih efektif?


KITA sering mendengar resolusi tahun baru kebanyakan orang adalah untuk berhenti merokok, lebihkan senaman atau mengubah tabiat pemakanan. Apa kata tahun ini anda mencari resolusi baru untuk menjadi ibu bapa yang lebih efektif?

Mungkinkah terdapat teknik mendidik anak yang perlu anda tukar? Ataupun terdapat tabiat anak anda yang perlu diubah?

Berikut adalah sesetengah resolusi mendidik anak yang mungkin boleh dipertimbangkan.

Jadikan contoh

Kebanyakan ibu bapa tidak sedar akan pengaruh mereka terhadap anak-anak.
Anak biasanya cenderung terpengaruh dengan tabiat merokok, pengamalan diet yang tidak sihat, tidak memakai topi keledar dan sebagainya jika salah seorang daripada ibu bapa mempunyai tabiat buruk.
Ibu bapa perlu menjadi model yang baik sama ada dari segi tingkah laku mahupun kaedah pengurusan emosi.

Mendisiplinkan anak

Belajar mendisiplinkan anak secara efektif amat mustahak. Mendidik mereka kaedah bertindak balas dan mengurangkan tingkah laku yang buruk adalah salah satu contohnya.

Disiplin dan hukuman bukan perkara yang sama. Jika anda berdepan dengan masalah mendisiplinkan anak, maka jangan segan mendapatkan bantuan. Setiap kanak-kanak adalah berbeza. Teknik didikan tertentu tidak semestinya boleh diaplikasikan untuk semua anak.

Didikan adalah sebahagian besar daripada disiplin. Jika anak melenting, mengehadkannya daripada menikmati pelbagai keistimewaan mungkin satu tindakan yang wajar.

Tetapi, si anak tidak mungkin belajar atau tahu apa yang betul sehinggalah anda menunjukkan kepadanya. Luangkan masa untuk menerangkan perilaku yang betul kepada anak.

Memahami anak

Adakah anda memahami perkara yang dilakukan oleh anak? Mengapa anak kecil memandang anda dan sejurus selepas itu memukul abangnya atau melontarkan sesuatu ke atas lantai? Tidakkah dia tahu itu sesuatu yang salah?

Dia mungkin tahu tetapi tidak bermakna apa yang dilakukan itu jahat. Sebaliknya, kebanyakan kanak-kanak berada dalam kedudukan menerokai had mereka. Inilah satu proses normal dan merupakan sebahagian daripada perkembangan semula jadi. Jika anda berusaha memahami rasional anak, boleh jadi kemarahan dan reaksi anda tidaklah seteruk yang disangkakan.

Sebahagian besar ibu bapa telah mengukuhkan perilaku buruk anak tanpa disedari. Keadaan ini boleh berlaku apabila anak disalurkan dengan pelbagai perhatian negatif dan tidak konsisten. Sekiranya anda masih tidak dapat memahami mengapa anak bertindak sedemikian, maka ini mungkin bermakna teknik mendisiplinkan anak anda itu tidak berkesan.

Pemakanan sihat

Dewasa ini kebanyakan ibu bapa dilihat cenderung memanjakan anak. Malah, mereka juga terlupa meminta anak membasuh pinggan mangkuk setiap kali selepas makan. Sepatutnya, anak perlu belajar menghabiskan makanan agar tidak meninggalkan separuh daripada sajian tersebut di dalam pinggan.

Jika anda sentiasa membiarkan lebihan makanan berada dalam pinggan secara konsisten, tabiat ini akan terbawa-bawa sehingga ke alam dewasa. Untuk menyelesaikan masalah ini, anda mungkin boleh memberikan hidangan kecil kepada anak bagi melatihnya menghabiskan semua makanan. Sediakan juga pilihan makanan yang sihat seperti buah-buahan, sayuran, daging dan produk tenusu rendah lemak. Hadkan pengambilan minuman bersoda, tinggi gula dan makanan kaya lemak dalam diet pemakanan anak anda.

Aktiviti fizikal

Bilangan kanak-kanak dan anak remaja yang obes kian bertambah. Menghabiskan masa berjam-jam di depan televisyen, bermain permainan video dan komputer adalah antara puncanya. Jadi, selain pengamalan diet yang seimbang, pastikan anak diberi masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal secara kerap untuk kekal sihat dan cergas.

Berkomunikasi secara efektif

Adakah anda tahu bagaimana berinteraksi dengan anak? Apakah yang akan anda lakukan apabila anak bermasalah? Belajar berkomunikasi dengan anak jelas merupakan satu kemahiran penting.
Sebenarnya terdapat banyak perkara yang boleh dibincangkan bersama anak. Misalnya, pendidikan seks, bahaya merokok dan penyalahgunaan dadah serta alkohol.

Sentiasa bersedia

Apakah yang akan anda lakukan pada kali pertama berdepan dengan masalah didikan anak yang spesifik? Misalnya, ketika anak bercakap bohong, mencuri atau ponteng sekolah? Anda mungkin tidak bersedia untuk setiap situasi tetapi perancangan awal mungkin dapat membantu.

Membuat perancangan awal juga boleh membantu anda berdepan dengan anak-anak yang sukar dikawal.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://pediatrics. about.com.

-kosmo-

Saturday, October 9, 2010

TeKeK Oh TeKek

tekek o tekek,
namamu jadi sebutan,
bukan sembarangan orang,
kecil, tua, muda, belia,
hasil mu bukan seringgit tetapi demand tinggi...
dahulu dikau hanyalah penghias dinding, syiling
berirama...tekek..tekek..
dan disambut oleh tuan umah..
untung... rugi...
bukan apa sekadar hiburan
disaat hati dilanda kerunsingan
biasalah kalau kewangan menjerat perasaan
maka iramamu menjadi siulan
moga hati yang susah menjadi senang
tekek oh tekek
kini dikau jadi buruan
akan adakah lagi irama
UNtung....Rugi....
di rumah usang ini?
siapa2 yang ada tekkek tu, inilah peluang anda. try call the person.

Harga dan contact person untuk jualbeli tekek
maklumat lanjut: http://jualbelitokek-gecko.blogspot.com/

300Gram ~ 350Gram : 1 EKOR = RM50,000. (LOCAL BUYER)
300Gram ~ 350Gram : 8 EKOR = RM250,000 (SETIAP EKOR) RM250,000 X 8 = RM2,000,000 Untuk 8 EKOR TOKEK.
360Gram ~ 380Gram : 1 EKOR = TAK PASTI. ADA BARANG, BOLEH RUNDING HARGA. (LOCAL BUYER)
360Gram ~ 380Gram : 4 EKOR = RM300,000 (SETIAP EKOR) RM300,000 X 4 = RM1,200,000 UNTUK 4 EKOR TOKEK. (HARGA BOLEH RUNDING!).
390Gram ~ 399Gram : 1 EKOR = TAK PASTI. ADA BARANG, BOLEH RUNDING HARGA. (LOCAL BUYER)
390Gram ~ 399Gram : 2 EKOR = RM350,000 (SETIAP EKOR) RM350,000 X 2 = RM700,000 UNTUK 2 EKOR TOKEK. (HARGA BOLEH RUNDING!).
400Gram ~ 409Gram : 1 EKOR = RM800,000. HARGA BOLEH RUNDING, TOLONG MAINTAIN KAN BERAT BADAN TOKEK.
410Gram ~ 420Gram : 1 EKOR = RM1,000,000 ~ RM2,000,000 (NEGOTIATE)
430Gram Ke atas, CALL/SMS SAYA UNTUK DAPATKAN HARGA COMEL.
call 0199917132 (alim)
Related Posts with Thumbnails