Friday, October 29, 2010

Mendidik adab di kalangan anak2

orang kata, melentur buluh biarla dari rebungnya..so, sebelum menjadi bambu/buluh, marila kita berusaha mendidik anak2 kita yg masih tidur di bawah celah2 ketiak kita tu supaya mereka tahu bagaimana adab dan sopan santun yg sebenar. jgn tunggu guru d sekolah yg mengajar, tetapi kita sebagai ibu dan bapa harus sentiasa beringat bahawa kitalah yg menentukan nasib anak kita di masa depan mrk. lagipun, tanpa kita siapala mereka yer..betul ke ni?

ok, tak pecaya...cuba layan kenyataan ini:

“ Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan. (Hamka).

apa lagi, jom layan bab mendidik anak tentang adab bagaimana menyambut kedatangan tetamu ke rumah dan apa yg patut dilakukan selaku tuan rumah.

1.   Jika ada tetamu yang berkunjung ke rumah, minta anak-anak turut menyambut kedatangan mereka dengan bersalam-salaman sambil memperkenalkan kepada anak-anak siapakah tetamu itu sama ada kawan anda atau saudara mara anda. Misalnya “Along, ini Tok Lang, adik kepada atuk. Kan atuk selalu cerita fasal Tok Lang kan?”.

2.  Cara ini dapat mengingatkan anak-anak bahawa mereka punya ramai saudara-mara dan mendidik mereka agar menghormati sesiapa sahaja yang berkunjung ke rumah, juga pada waktu-waktu lain.

3.  Jika anak anda masih kecil dan belum memahami, mungkin tidak mengapa membiarkan mereka menonton rancangan kesukaan, kartun misalnya. Tetapi jika sudah berumur belasan tahun, tidak manis kiranya membiarkan mereka berbuat demikian tanpa mempedulikan tetamu yang ada. Seelok-eloknya ajak anak-anak duduk bersama sambil berbual dengan tetamu terutamanya  saudara mara. Adab ini perlu diterapkan sejak mereka kecil lagi. “Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya”- (Hamka).

4.  Jika anak gadis, didik mereka agar ringan tulang, sekurang-kurangnya membantu menghidangkan minuman atau makanan kepada tetamu. Elakkan anak-anak terperap di dalam bilik dan membuat hal sendiri.

5.  Sentiasa mengingatkan anak-anak gadis ini agar menjaga aurat walaupun berada dalam rumah sendiri tatkala ada tetamu yang bukan muhrim.

6.  Sentiasa berpesan kepada anak-anak, jika ada tamu yang datang, jaga perilaku diri misalnya cara bercakap, tidak berlari ke sana sini dan jangan berbuat bising. Pesan kepada anak-anak (yang agak besar) supaya meminta diri secara sopan daripada tetamu jika ada hal lain yang perlu dilakukan.

7.  Minta anak-anak utamakan tetamu, lebih-lebih lagi ketika waktu makan. Memang agak kebiasaan anak-anak kita yang masih kecil sentiasa kelihatan ‘sibuk’ untuk minum atau makan makanan yang dihidangkan untuk tetamu. Malah mereka kelihatan begitu berselera sekali jika makan bersama orang lain. Tidak mengapa, asalkan mereka tidak mengganggu tetamu.

8.  Sentiasa berpesan kepada anak-anak agar mereka dapat membantu menunjukkan tetamu tempat untuk bersolat dan arah kiblat. Walaupun anak kita masih kecil, mereka akan faham jika itu sudah menjadi kebiasaan (solat).

9.  Apabila tetamu hendak pulang, minta anak-anak bersalam dan mengiringi tetamu hingga ke muka pintu atau kenderaan mereka. Biarkan tetamu itu merasai bahawa  kedatangan mereka begitu diraikan dengan seikhlas hati seluruh ahli keluarga.

10. Apa yang lebih penting ialah anda sendiri perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. Jika anda ingin anak-anak kecil hormati tetamu, anda sendiri perlu berbuat demikian.

itu je setakat ni..info dr. mjlh Nur... alahai sekarang baru tau...bagaimana nak didik anak hormat tetamu...tak pa masih ada masa utk tunjuk yg terbaek punyyaa..ok..:)
it's me: aznur

No comments:

Related Posts with Thumbnails