Wednesday, October 27, 2010

Rawatan dan Petua Kecantikan Ikut Tahap Usia

hye..akum, gud day!

terasa mcm lama tak update blog, tapi yg sebenarnya cbuk mengubahsuai setting..nak nmpk lagi anggun dan berseri...oklah, aznur nak kongsi satu tips kecantikan yg nur dpt dari mingguanwanita...sebagai rujukan dan panduan...lagipun kdg2 tu terlupa pasal kecantikan diri..semenjak 2 menjak ni. so, hrp2 entry ni bolehlah membuka mata dan hati kita supaya sedar tentang umur dan keadaan kulit kita... (umur semakin lanjut, tapi terasa mcm baru awal 20an...perasaan...)

ok, jom layan tips kecantikan ini....

Rawatan dan Petua Kecantikan Ikut Tahap Usia

Dalam kehidupan ini, tiada yan g kekal serupa dan tidak terkecuali kulit seseorang. Wajah yan g terlihat di cermin hari ini pasti akan berbeza dalam tempoh 10 tahun akan datan g. Oleh itu, amat penting untuk seseorang wanita untuk mencari alternatif mengawal penampilan kulit.

Strategi penjagaan kesihatan dan kulit yang ringkas namun munasabah, pasti membantu membolehkan seseorang itu kelihatan hebat tidak kira dalam usia mana sekalipun. Berikut, tip membantu dalam penampilan diri tidak kira remaja mahupun sudah berusia.

Usia remaja
Dalam usia remaja, kulit anda berada di puncak kuasanya. Kulit pada usia ini adalah pejal, tegang dan warnanya sekata. Bagaimanapun, kulit berminyak dan jerawat membawa cabaran kepada ramai remaja. Berita baiknya ialah kedut-kedut tidak berlaku pada masa kini.

Ketika ini adalah masa untuk belajar jenis kulit khusus dan meneroka penyelesaian yang terbaik. Walaupun kedutan tidak akan kelihatan selama bertahun-tahun, namun kerosakan yang berlaku pada ketika ini mudah ketara apabila usia anda semakin meningkat tua. Oleh itu, jika anda menjaga kulit anda sekarang, ia akan kekal kelihatan muda lebih lama.

Petua
• Elakkan pendedahan kepada ultra lembayung. Matahari menjejaskan kulit anda lama sebelum anda benar-benar melihat kerosakan yang sebenar. Jika itu yang berlaku, kerosakan itu tidak boleh diperbaiki. Justeru, sentiasa gunakan krim pelindung cahaya matahari.

• Biasakan diri dengan regimen penjagaan kulit.

• Mulakan rutin penjagaan kulit dua kali sehari termasuk pembersihan, penyegaran dan pelembapan pagi dan malam. Selain itu, pilih produk yang disediakan untuk jenis kulit anda. Jika anda ada kebimbangan khusus seperti jerawat, tambahkan rawatan khas kepada rutin anda.

• Mempelajari asas-asas pemakanan yang sihat akan membantu anda membentuk tabiat baik sepanjang hayat. Umumnya, cuba makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, daging tanpa lemak, ikan, bijirin penuh serta produk tenusu rendah lemak.

• Hadkan pengambilan snek bergula, soda dan makanan berlemak tinggi. Pastikan anda tidak meninggalkan waktu makan utama. Selain itu juga, pastikan anda minum banyak air putih sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

Usia 20-an
Dalam usia dua puluhan, sel-sel kulit anda dijana pada kadar pantas menjadikan kulit kelihatan licin dan berseri. Kolagen dan elastin- protein yang memberi keanjalan bagi kulit yang pejal dan banyak. Pencegahan harus menjadi keutamaan selain penjagaan kulit kerana anda ingin mengekalkan seri keremajaan ini selama yang boleh.

Petua
• Kaji semula regimen kulit anda. Jika anda masih menggunakan produk mengawal minyak dan jerawat yang anda pilih ketika remaja, lihat semula kulit anda. Menjelang usia 20-an, pengeluaran sebum mula perlahan dan kebanyakan formula yang anda guna dengan baik pada usia 16 tahun mungkin terlalu kering untuk kulit anda sekarang.

• Lembapkan kulit di sekeliling mata anda. Sekarang adalah masanya anda mula melihat tanda-tanda penuaan pada kulit di sekeliling mata luar. Kesembapan disebabkan kurang tidur atau garis-garis kering di bawah dan keliling mata boleh membuatkan anda nampak tua. Sebaiknya cuba gunakan produk pelembap mata harian seperti krim mata pemulihan sebagai sebahagian daripada rutin kecantikan harian anda.

• Kawal pengambilan makanan segera dan snek bergula. Gaya hidup anda yang aktif mungkin digabungkan pula dengan kegiatan sekolah atau kerja dan sosial. Oleh itu, anda mungkin amat bergantung pada makanan segera dan snek. Tetapi, terlampau banyak gula dan lemak sebenarnya boleh mempercepat proses penuaan. Menukar beberapa makanan tinggi lemak dengan salad setiap minggu akan membantu anda tampil dan rasa lebih muda untuk masa yang lama.

• Terus elakkan pendedahan ultra lembayung.

Usia 30-an
Bersama-sama ritma kehidupan, kulit anda kini berubah lebih cepat. Penuaan, tekanan, kehamilan adalah antara faktor yang membawa kepada perubahan ketara kulit anda. Ini mungkin merangkumi garis-garis halus di sekeliling mata, mulut dan sebagainya.

Petua
• Proses pengelupasan kerap berlaku. Usia tiga puluhan adalah dekad di mana pusing ganti sel mulai perlahan. Ini membawa kepada kekusaman dan warna kulit tidak sekata. Bagi menentang gerakan perlahan ini tingkatkan regimen penjagaan kulit anda dengan melakukan pengelupasan yang kerap.

• Rawatan tompokan. Kehamilan sering menyebabkan gangguan pada hormon. Satu hasilnya ialah keadaan yang dinamakan melasma atau dikenali juga sebagai topeng kehamilan yang muncul sebagai tompokan gelap pada kulit. Keadaan ini umumnya membesar setelah bayi lahir. Ini masanya untuk anda melakukan proses pengelupasan dan mulai menggunakan produk pencerahan yang lembut.

• Makan vitamin. Kajian menunjukkan bahawa vitamin penting seperti B6, B12, D dan E akan membantu menentang penyakit. Multivitamin memberi vitamin dan mineral yang kebanyakan orang perlukan.

• Terus elakkan pendedahan kepada ultra lembayung.

Usia 40-an
Kedut lebih mendalam diiringi dengan keanjalan dan kepejalan yang berkurangan adalah keadaan paling umum bagi kulit dalam dekad ini. Dua sebab utama tanda-tanda penuaan ialah pendedahan bertahun-tahun terhadap ultra lembayung dan kemerosotan jumlah estrogen. Keadaan ini menghakis struktur sokongan yang mendasari kulit dan merencatkan kemampuannya untuk mengekalkan kelembapan.

Petua
• Dapatkan pembersih dan penyegar yang lebih tinggi kadar kelembapannya. Selain itu, teruskan proses pengelupasan bagi menggantikan pembaharuan sel yang lebih perlahan.

• Rawat kawasan bermasalah. Kulit sekeliling mata anda lebih nipis. Justeru, garis-garis akan lebih ketara di sini. Sasarkan bahagian ini dengan formula khas seperti rawatan Vitamin C misalnya untuk mengurangkan kedutan dan sebagainya lagi.

• Selaraskan mekap anda. Semakin meningkat usia, kurangkan pemakaian mekap adalah lebih baik. Jika anda tidak lagi teruja dengan mekap anda, luangkan masa untuk menilai semula warna dan formula anda. Tambahan lagi, kebanyakan kosmetik moden merawat secara lembut apabila ia mewarna, menjadikannya sesuai untuk peringat usia ini.

• Terus elakkan diri daripada sinaran ultra lembayung.

Usia 50-an
Usia ini dianggap kehidupan terbaik. Berkaitan kulit, anda boleh menjangka beberapa perubahan. Sel-sel yang mendasari mula merata, menyebabkan kulit menjadi semakin nipis.

Paras kolagen dan elastin lebih rendah digabungkan dengan perubahan dalam cara ia berinteraksi dengan lapisan bawah kulit anda, ia boleh menyebabkan berlaku kekenduran. Bukan itu sahaja, kulit wanita pada usia ini juga semakin lama semakin kering.

Petua
• Warna mula hilang. Sering kali tompok-tompok gelap menjadi lebih ketara akibat peralihan hormon menopaus dan atau kerosakan oleh sinaran matahari. Rawatan yang kerap dengan produk pencerahan akan membantu menghilangkan semua masalah ini serta menghasilkan warna kulit yang sekata.

• Pembaharuan waktu malam. Ketika anda tidur, kulit anda bekerja untuk memperbaiki dirinya. Penggunaan krim menentang kedutan dan memperbaiki kelembapan akan menyokong pembaharuan kulit anda pada waktu malam.

• Kulit dalam usia ini mula mengendur dan hilang kepejalan serta keanjalannya. Justeru, rawatan serum untuk menegangkan boleh membantu memperbaiki penampilan kulit yang kendur selain membantu wajah tampak lebih muda.

• Terus elakkan dari sinaran ultra lembayung.

~ mingguanwanita ~

P/S: 
ok...finish already aah...must try utk jaga kecantikan kulit..

 
 
 
 
 

1 comment:

alinac lover said...

thanks.bgus entri ni~

Related Posts with Thumbnails