Tuesday, November 30, 2010

“Stop Child Abuse”


Acts of child abuse i don’t want to see to happen again is penderaan oleh ibu bapa sendiri. Ya, tanpa sedar ibu bapa pun boleh jadi pendera kepada anak2 mereka. 
‘kes-kes penderaan yang dilakukan oleh ibu bapa dan penjaga yang sepatutnya melindungi anak-anak sendiri juga meningkat daripada 992 kes pada tahun 2007 kepada 1,266 kes pada 2008’. Sumber kosmo online
Oleh itu, ibu bapa, banyak2 bersabar dengan karenah anak2. Mereka adalah anugerah TUHAN yang paling berharga. Mereka adalah pembawa rezeki kepada kehiudpan kita. Tanpa mereka, tidak berseri kehidupan berkeluarga. Jadi, jaga, sayangi dan didiklah mereka dengan penuh kasih sayang yang mampu terberi oleh kita.

Renung2 kan sumber maklumat di bawah agar kita mampu melindungi anak kita dari anasir2 jahat di luar sana mahupun di sekeliling kita tanpa sedar atau tidak. Mudah2an mereka menjadi insan pemimpin di masa hadapan dan menjadi peneman kita di hari tua. Ok!



apakah Penderaan Seksual Kanak-Kanak?
Apa jua perlakuan individu yang memaksa, memperdaya atau mengugut kanak-kanak yang mendorong berlakunya hubungan seksual dengan mereka, semata-mata untuk memuaskan nafsu seksual.
Ini termasuk:
  • Memasukkan objek atau bahagian tubuh ke dalam faraj, mulut atau dubur.
  • Menyentuh bahagian sulit.
  • Menunjukkan bahan-bahan lucah kepada kanak-kanak.
  • Mengambil gambar kanak-kanak dalam aksi seksual.
  • Menggalakkan kanak-kanak menonton atau mendengar aksi seksual.
  • Membuat panggilan telefon lucah,
  • Rogol.
  • Seks oral.
  • Liwat.
  • Pelacuran.
  • Mengintai.
  • Mencium.
  • Mengusap.
  • Mempamerkan aksi lucah.

apakah Tanda-Tandanya?
  • Mengigau, sukar untuk tidur, takut kepada keadaan gelap.
  • Perubahan tingkah laku secara tiba-tiba - takut, marah atau menyisihkan diri.
  • Takut pada orang atau tempat-tempat tertentu.
  • Kencing malam atau menghisap jari bagi kanak-kanak yang besar.
  • Masalah perhubungan.
  • Berasa tidak berupaya/tidak berdaya.
  • Berahsia.
  • Sering bercakap tentang teman baru yang lebih dewasa.
  • Mencederakan diri atau kecenderuangan membunuh diri.
  • Menagih dadah atau alkohol.
  • Memakai pakaian berlapis-lapis.
  • Maruah diri yang rendah.
  • Berperangai seksual.
  • Gagal memberi tumpuan.
  • Gangguan pemakanan.
Walau bagaimanapun, tidak semua mangsa penderaan seksual kanak-kanak menunjukkan tanda-tandatersebut dan tidak semua kesan ini akibat penderaan secara seksual. Hubungi P.S. The Children, MCRI untuk bantuan.
apa Yang Perlu Dibuat Apabila Mereka Mula Memberitahu?
  • Percayalah
    Kanak-kanak jarang sekali mengadakan ceriat. Mereka tidak berani untuk menceritakan sesuatu kerana bimbang tiada sesiapapun percaya kepada mereka. Mempercayai kanak-kanak adalah langkah utama dalam membantu mengatasi trauma yang mereka alami. Kata-kata seperti, "Saya percayakan kamu" atau "Itu bukan salah kamu" akan mamulihkan mereka.
  • Bertenang
    Kanak-kanak mungkin salah anggap kemarahan anda terhadap penderaan yang berlaku kepada mereka sebagai sesuatu yang menjijikkan. Kesabaran anda dapat membantu mengembalikan maruah mereka. Kata-kata yang meyakinkan seperti, "Kanak-kanak lain juga ada mengalami pengalaman yang sama" atau "Kita harus lakukan sesuatu," boleh mendorong mereka untuk lebih bersikap terbuka.
  • Tegas
    Kanak-kanak yang didera sering dikeliru dengan perasaan mereka, akibat daripada manipulasi yang dilakukan oleh pendera. Mereka harus dibenarkan dan digalakkan untuk menyatakan perasaan mereka. Perasaan mereka haruslah dipandang serius dan tegas. "Saya tahu ia bukan mudah untuk diterima", dan "Awak memang berani untuk mendedahkannya" dapat menyampaikan simpati, keprihatinan dan sokongan yang diperlukan oleh kanak-kanak.
  • Membimbing kanak-kanak untuk menghadapi situasi seterusnyaKanak-kanak yang didera berasa tidak berupaya. Mereka perlu tahu ada pihak yang sedia membantu. Mereka juga harus diberitahu apa yang perlu dilakukan, contohnya, bagaimana mengaitkan kejadian itu, siapa yang harus diberitahu dan apakah bantuan yang diperlukan.
  • SokonganBercakap tentang penderaan boleh menjadi traumatik seperti mana kesan penderaan itu sendiri. Orang dewasa harus memberi sokongan kepada kanak-kanak, khususnya ketika mereka mula memberitahu. Yakinkan kanak-kanak tersebut bahawa anda sentiasa membantu selagi mereka memerlukan anda, dan bersama-sama melaluinya.
  • Laporkan kes penderaanIni adalah salah satu langkah untuk mencegah kes penderaan. Lagipun, ketahuilah bahawa setiap orang mempunyai mandat untuk melaporkan semua kes penderaan sahih atau disyaki dalam masa 48 jam.

anda Mempunyai Peranan
Ibu Bapa
  • Belajar bercakap/mendengar perasaan kanak-kanak tentang sentuhan dan hubungan.
  • Kenal-pasti tanda-tanda penderaan seksual.
  • Biasakan diri dengan khidmat bantuan sosial, contohnya, siapa yang harus dihubungi.
Golongan Dewasa
  • Tawarkan kemahiran profesional anda, contohnya dalam bidang komunikasi.
  • Sebarkan kesedaran dan maklumat kepada umum.
  • Bergiat secara sukarela dalam agensi gabungan dan sebagainya.
  • Belajar mendengar apa yang diperkatakan oleh kanak-kanak disekeliling anda.
  • Sukarela untuk dilatih sebagai para kaunselor.
Kanak-Kanak (bawah 18 tahun)
  • Ketahui siapa yang harus dihubungi.
  • Ketahui hak anda.
Pusat Penjagaan Kanak-Kanak
  • Melatih pengasuh kanak-kanak tentang topik penderaan seksual kanak-kanak.
  • Melaksanakan Polisi Perlindugan Diri di pusat penjagaan dan menyediakan sistem bantuan dalaman dengan pihak berkuasa yang berkaitan.
  • Melaporkan kes penderaan kanak-kanak.
Pertubuhan Sukarela & Khidmat Masyarakat
Sertai sebagai badan bertindak dan tugaskan seorang ahli organisasi untuk melaksanakan tanggungjawab berikut:
  • Belajar kaedah memberi ceramah kesedaran menggunakan bahan-bahan P.S. The Children, MCRI
  • Memahirkan diri dengan khidmat bantuan.
  • Belajar menggunakan kit maklumat tentang penderaan seksual kanak-kanak.
  • Menghadiri latihan yang diadakan oleh P.S. The Children, MCRI.
Kementerian Pendidikan, Sekolah dan Universiti
  • Laksana dan sahkan Program Keselamatan Diri pada semua peringkat.
  • Latih guru dan kaunselor mengenai penderaan seksual kanak-kanak, khususnya pengendalian pendedahan.
  • Masukkan kurikulum penderaan seksual kanak-kanak dalam pengajian perubatan, pendidikan, undang-undang dan khidmat sains sosial di universiti.
  • Laksanakan Polisi Perlindungan.
  • Galakan usaha-usaha penyelidikan dan penerbitan.
Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Latih Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak dan ahli Majlis Kebajikan Juvenil mengenai Penderaan Seksual Kanak-Kanak.
  • Laksanakan Program Keselamatan Diri di pusat aktiviti.
  • Latih pegawai kebajikan bagaimana membimbing kanak-kanak untuk menghadapi perbicaraan di mahkamah.
Polis
  • Sokong program pencegahan penderaan seksual kanak-kanak.
  • Latih ahli Kelab Pencegah Jenayah berkaitan penderaan seksual kanak-kanak.
  • Mempunyai kemahiran khusus dalam menemubual mangsa penderaan.
Media
  • Didik orang awam tentang penderaan seksual kanak-kanak lebih kerap.
  • Bersikap sensitif terhadap kanak-kanak. Jangan dedahkan nama kanak-kanak dan ibu bapa/penjaga yang tidak bersalah. Jangan dedahkan nama pesalah jika pesalah berkenaan adalah ayah atau saudara mangsa penderaan.
  • Jangan mengambil gambar atau menemu ramah mengsa penderaan.
  • Hentikan tumpuan terhadap kisah mangsa.
  • Buat susulan terhadap kes yang telah disiarkan.
  • Sokong kempen berkaitan seperti Minggu Kesedaran Penderaan Kanak-Kanak.
Organisasi Keagamaan
  • Adakan dialog dengan agensi gabungan tentang bagaimana pendekatan agama dapat membantu mencegah penderaan seksual kanak-kanak.
Rumah Anak Yatim, Pusat Perlindungan, Pusat Tahanan/Pemulihan & Pusat Kanak-Kanak Istimewa
  • Latih kakitangan tentang penderaan seksual kanak-kanak dan teknik pemulihan, perkembangan dan kemahiran hidup kanak-kanak.
  • Laksanakan Program Keselamatan Diri untuk kanak-kanak.
  • Sokong konsep pusat tahanan dan pemulihan mesra kanak-kanak.
Sektor Perundangan
  • Fahami mangsa penderaan seksual kanak-kanak.
  • Sokong konsep mahkamah mesra kanak-kanak.
  • Tawarkan khidmat sukarela sebagai individu rujukkan.
Profession Perubatan Kerajaan dan Sektor Swasta
  • Fahami kerumitan, mangsa penderaan seksual kanak-kanak.
  • Laporkan penderaan seksual kanak-kanak.
  • Pusat Khidmat Bersepadu Mesra Kanak-Kanak untuk kes-kes penderaan kanak-kanak, di mana kanak-kanak diberikan janji temu dengan doktor-doktor yang berkaitan yang berada disitu.
Badan Korporat
  • Adakan seminar penderaan seksual kanak-kanak untuk pekerja.
  • Sokongan kewangan.
  • Sediakan taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja dan kakitangan yang dilatih serta berpengetahuan tentang penderaan seksual kanak-kanak.

Source of information:
Malaysian Child Resource Institute (MCRI),P.S. The Children Project.
tel: 03-431 1224, e-mail:
mcri@po.jaring.my.
Women's Aid Organisation is a partner in the Malaysian Coalition for the Prevention of Child Sexual Abuse (MCPCSA).

Thursday, November 18, 2010

petua Membiasakan Anak 'Hidup Bersama' Al-Quran

Setiap orang tua pasti menginginkan buah hatinya menjadi anak yang soleh dan solehah.
Anak soleh-solehah merupakan harta yang paling berharga bagi orang tua.
Untuk mendapatkan semua itu, tentu harus ada kesungguhan yang tinggi dari orang tua dalam mendidik anak.
Salah satu yang wajib diajarkan kepada anak adalah segala hal tentang al-Quran kerana ia adalah pedoman hidup manusia.
Rasulullah SAW pernah bersabda (yang ertinya):
Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara: mencintai Nabimu; mencintai ahlul baitnya; dan membaca al-Quran kerana orang-orang yang memelihara al-Quran itu berada dalam lindungan singahsana Allah pada hari ketika tidak ada perlindungan selain daripada perlindungan-Nya; mereka beserta para nabi-Nya dan orang-orang suci.  - HR ath-Thabrani
Allah SWT berfirman:
Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk kepada jalan yang lebih lurus dan memberikan khabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar.  - QS al-Isra' (17: 9)
Bila al-Quran sebaiknya diajarkan pada anak? Tentu seawal mungkin.
Semakin awal semakin baik. Akan sangat bagus jika sejak anak dalam kandungan seolah-olah calon anak kita itu sudah terbiasa 'hidup bersama' al-Quran; yakni ketika si ibu yang mengandungnya, rajin membaca al-Quran.
7M Agar Anak Selalu Hidup Bersama al-Quran
01.Mengenalkan
Saat yang paling tepat mengenalkan al-Quran adalah ketika anak sudah mulai tertarik dengan buku. Sayang,
banyak orang tua yang lebih suka menyimpan al-Quran di rak almari paling atas.
Sesekali perlihatkanlah al-Quran kepada anak sebelum mereka mengenal buku-buku lain, apalagi buku dengan gambar-gambar yang lebih menarik.
Mengenalkan al-Quran juga boleh dilakukan dengan mengenalkan terlebih dulu huruf-huruf hijaiyah; bukan mengajarinya membaca, tetapi sekadar memperlihatkannya sebelum anak mengenal A, B, C, D.
Tempelkan gambar-gambar tersebut di tempat yang sering dilihat anak; lengkapi dengan gambar dan warna yang menarik.
Dengan sering melihat, anak akan terpancing untuk bertanya lebih lanjut.
Saat itulah kita boleh memperkenalkan huruf-huruf al-Quran.
02.Memperdengarkan
Memperdengarkan ayat-ayat al-Quran boleh dilakukan secara langsung atau dengan memainkan kaset atau CD.
Kalau ada teori yang mengatakan bahwa mendengarkan muzik klasik pada janin dalam kandungan akan meningkatkan kecerdasan, insyaAllah memperdengarkan al-Quran akan jauh lebih baik pengaruhnya bagi bayi.
Apalagi jika ibunya yang membacanya sendiri. Ketika membaca al-Quran, suasana hati dan fikiran ibu akan menjadi lebih khusyuk dan tenang.
Kondisi seperti ini akan sangat membantu perkembangan psikologi janin yang ada dalam kandungan.
Ini kerana, secara teori kondisi psikologi ibu tentu akan sangat berpengaruh pada perkembangan bayi, khususnya perkembangan psikologinya.
Kondisi tertekan pada ibu tentu akan berpengaruh buruk pada kandungannya. Memperdengarkan al-Quran boleh dilakukan bila-bila sahaja dan di mana sahaja; juga tidak mengenal batas usia anak.
Untuk anak-anak yang belum boleh berbicara, insyaAllah lantunan ayat al-Quran itu akan terakam dalam memorinya.
Jangan pelik kalau tiba-tiba si kecil lancar melafazkan surah al-Fatihah, misalnya, begitu dia boleh berbicara.
Untuk anak yang lebih besar, memperdengarkan ayat-ayat al-Quran (surah-surah pendek) kepadanya terbukti memudahkan si anak menghafalkannya.
03.Menghafalkan
Menghafalkan al-Quran boleh dimulai sejak anak lancar berbicara.
Mulailah dengan surah atau ayat yang pendek atau potongan ayat (misalnya fastabiq al-khayrât, hudan li an-nâs, birr al-walidayn, dan sebagainya).
Menghafal boleh dilakukan dengan cara seringkali membacakan ayat-ayat tersebut kepada anak. Jadi latihlah anak untuk menirunya.
Hal ini dilakukan berulang-ulang sampai anak hafal di luar kepala. Masa kanak-kanak adalah masa meniru dan memiliki daya ingat yang luar biasa.
orang tua harus menggunakan kesempatan ini dengan baik jika tidak ingin menyesal kehilangan masa emas (golden age) pada anak.
Supaya anak lebih mudah mengingat, ayat yang sedang dihafal anak boleh juga sering dibaca ketika ayah menjadi imam atau ketika naik kereta dalam perjalanan.
Disamping anak tidak mudah lupa, hal itu juga sebagai usaha membiasakan diri untuk mengisi kesibukan dengan amalan yang bermanfaat.
Nabi SAW bersabda: Demi Zat yang jiwaku ada di tangan-Nya, sesungguhnya hafalan al-Quran itu lebih cepat lepasnya daripada seekor unta pada tambatannya. - HR al-Bukhari dan Muslim
04.Membaca
Siapa saja yang membaca satu huruf dari Kitab Allah maka dia akan mendapat satu kebaikan.
Satu kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kali lipat.
Aku tidak mengatakan bahawa alif-lam-mim adalah satu huruf. Akan tetapi, alif adalah satu huruf, lam satu huruf, dan mim juga satu huruf. (HR at-Tirmidzi).
Sungguh luar biasa pahala dan kebaikan yang dijanjikan kepada siapa saja yang biasa membaca al-Quran.
Bimbing dan doronglah anak agar terbiasa membaca al-Quran setiap hari walau cuma beberapa ayat.
orang tua penting memberikan contoh.
Jadikanlah membaca al-Quran, terutamanya pada pagi hari usai solat subuh atau usai solat maghrib, sebagai kegiatan rutin dalam keluarga.
Ajaklah anak-anak yang belum boleh membaca untuk bersama-sama mendengar abang-kakaknya yang sedang membaca al-Quran.
orang tua mempunyai kewajipan untuk mengajarkan kaedah-kaedah dan adab membaca al-Quran.
Untuk boleh membaca al-Quran, termasuk mengetahui kaedah-kaedahnya, sekarang ini tidaklah sulit.
Telah banyak metode yang ditawarkan untuk boleh mudah dan cepat membaca.
Ada metode Iqra, Qiroati dan sebagainya.
Metode-metode itu telah terbukti memudahkan ribuan anak-anak bahkan orang tua untuk mahir membaca al-Quran.
Alangkah baiknya membaca al-Quran ini dilakukan secara bersama-sama oleh anak-anak di bawah bimbingan orang tua.
Ketika seorang anak membaca, yang lain menyemaknya.
Jika anak salah membaca, yang lain boleh membetulkan.
Dengan cara itu, rumah akan selalu dipenuhi dengan bacaan al-Quran sehingga berkat.
05.Menulis
Belajar menulis akan mempermudah anak dalam belajar membaca al-Quran. Ajarkan kepada anak kata-kata tertentu yang mempunyai makna.
Dengan begitu, selain anak boleh menulis, sekaligus anak belajar bahasa Arab.
Mulailah dengan kata-kata pendek.
Misalnya, untuk mengenalkan tiga kata alif, ba, dan dal anak diminta menulis a, ba da (tolong tuliskan Arabnya, ya: a-ba-da) ertinya diam; ba-da-a (yang ini juga) ertinya mulai; dan sebagainya.
Sesekali di rumah, cuba adakan lumba menulis ayat al-Quran.
Berilah hadiah untuk anak yang paling kemas menulis. Jika anak memiliki kemampuan yang lebih dalam menulis huruf al-Quran, mereka boleh diajari lebih lanjut dengan mempelajari seni kaligrafi.
Rangkaian huruf menjadi sukukata yang mengandungi erti bertujuan untuk melatih anak dalam memperkaya kosakata, di samping memberikan kesempatan bagi mereka untuk bertanya tentang setiap kata yang diucapkan serta mengembangkan cita rasa seni mereka.
Jadi, tidak hanya bertujuan mengenalkan huruf al-Quran semata-mata.

06.Mengkaji
Ajaklah anak mula mempelajari isi al-Quran. Ayah boleh memimpinnya setelah solat maghrib atau subuh.
Paling tidak, seminggu sekali pelajaran sekeluarga ini dilakukan.
Tajuk yang diketengahkan boleh jadi tajuk-tajuk yang ingin disampaikan berkaitan dengan perkembangan perilaku anak selama satu minggu atau beberapa hari.
Kajian bersama, dengan merujuk pada satu atau dua ayat al-Quran ini, sekaligus dapat menjadi sarana tawsiyah untuk seluruh anggota keluarga.
Pada waktu yang sama, tajuk yang akan dikaji boleh diserahkan kepada anak-anak.
Adakalanya anak diminta untuk memimpin kajian.
orang tua boleh memberi arahan atau pembetulan jika ada hal-hal yang kurang tepat.
Cara ini sekaligus untuk melatih keberanian anak menyampaikan isi al-Quran.
07.Mengamalkan dan memperjuangkan
Al-Quran tentu bukan hanya untuk dibaca, dihafal dan dikaji.
Justeru yang paling penting adalah diamalkan seluruh isinya dan diperjuangkan agar benar-benar dapat menyinari kehidupan manusia.
Sampaikan kepada anak tentang kewajiban mengamalkan serta memperjuangkan al-Quran dan pahala yang akan diraihnya. InsyaAllah, hal ini akan memotivasikan anak.
Kepada anak juga boleh diceritakan tentang bagaimana para Sahabat dulu yang sangat teguh berpegang pada al-Quran; ceritakan pula bagaimana mereka bersama Rasulullah sepanjang hidupnya berjuang agar al-Quran tegak dalam kehidupan.
Sumber: i luv islam.com
coretan bertenaga dari aznur with luv....
Related Posts with Thumbnails