Monday, November 15, 2010

hidup umpama roda

hidup umpama roda..ada kalanya kita berada dalam kesenangan, kesusahan, ketenangan dan ketegangan..semua rutin kehidupan ini perlu dilalui agar rencah dan asam garam hidup ini menjadi pengajaran dan pelajaran yang berguna kepada kita.

Pandanglah "orang sebelahmu"..kasihanilah dia..temanilah dia sepanjang hidupmu tanpa syarat kerana tanpa dia siapalah dirimu. tak mungkin dikau menjadi seorang ibu andai dirinya tak kau temu. bersyukurlah bertemu dengannya kerana tidak semua lelaki seperti dirinya..buanglah sikap kemanjaanmu, kemalasanmu, kemurunganmu, kecemburuanmu...Cemburu? wajib!! cemburu itu perlu, tapi jangan keterlaluan...buruk padahnya...bukankah cemburu itu tanda sayang...kalau tak cemburu, makanya kau tak peduli langsung tentang dirinya. selaklah dirinya selalu. jangan biarkan dirinya tanpa pengurusanmu.

masak-memasak? walau bukan bidangmu, tetapi cubalah sedaya usahamu untuk memasak untuknya. pasti malammu akan bersinar indah kerana si dia akan memujimu dan membelaimu dengan sepenuh hatinya kerana sudi menyediakan hidangan walau tak seberapa untuknya. itulah kuasa masakan. apatah lagi hidangan itu adalah kegemarannya dan semirip hidangan ibunya.

by the way, hidup harus diteruskan. walau pedih mencengkam di tengah perjalanan, namun percayalah...kesabaran itu yang penting. tebarkan senyuman di wajahmu agar dikau sentiasa dicahayai rahmat di atas persahabatan yang terjalin selepas itu.



  

No comments:

Related Posts with Thumbnails