Wednesday, December 22, 2010

KeNanGan TerIndah...

hatiku berkata..di manakah dikau wahai kawanku...
walaupun dikau lebih muda daripadaku tetapi jiwamu besar, kental dan sangat2 bersemangat. aku bangga menjadi sebahagian daripada senarai rakan taulanmu.

semua pun istimewa mengenai dirimu..lengkap satu pakej. kata2mu penuh dengan semangat waja. telus dan ikhlas...namun kerana faktor masa dan keadaan, perkenalan kita hanya sesingkat cuma..sedihh tetapi kita terpaksa akur dengan keadaan. dtambah dengan peristiwa yang melukakan hati semua perasaan. namun tiada seorangpun daripada kita yang membetulkan keadaan..ternyata, ianya berlalu begitu sahaja..

aku, membawa diri..dikau pun begitu...malahan, mereka yang lain juga sama melenyapkan diri. bagai tidak pernah bersua dan sebumbungpun kita. lari bersama hati yang parah! terus yang tinggal hanya KENanGan TeRinDaH...

benar katamu..gambar inilah berangkali yang terakhir yang akan menjadi KenanGan buat selama-lamaNya...Tidak apalah..yang penting...kaupun bahagia dengan tuGas barumu..dan kami yang tinggal hanYa berlingkar dengan Kenangan-kenangan lalu.....

INsYaLLah...wE WiLL MeeT AgaIn......

Friday, December 17, 2010

hi kawan2..
salam bertemu kembali..

sepatutnya saya bercuti hari ni..tapi oleh kerna saya ni pekerja yg hebat! makanya saya dtg juga ke Ofis..alahai..apa dah jadik! sayang dah cuti, burn begitu sahaja..hehehe....tanduk di kepala kata...antam jak cuti bayar sendiri2....bole ke? kalau tertangkap kang baru tahu..yg pening tu, kita 8 jam duduk di kerusi yang tak empuk ni, tak dah org carik. tapi suda kita bercuti2an...kena cari pula...hai..nasib la badan.

apapun, happy merry christmas kepada semua kwn2 yg menyambut hari krismas..tak lama lagi tu...aku pula nak bercuti2 juga ni. nak duduk kat umah, bersihkan umah, kipas yang berhabuk tu nak lap, lantai mop bersih2, apa lagi ya..emmm...mengecat umat kalau termampu...dan tahun baru ni mesti mau azam baru.kedatangan ke ofis mesti cun2 punya. kerja2, mesti hantar biar meletup tangan2 ni menaip asalkan kerja2 tu sampai ke tangan bos. apa lagi....anak2 mseti diasuh dan dibelai dengan kasih sayang yang benar2 dari hati. jgn ikut perasaan ja nak marah2....keep cool and stedy. mcm biasala.

Kaedah mendidik anak cemerlang



Dalam mendidik anak-anak sebenarnya tiada formula khusus yang boleh diikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu sama lain.

Ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran rumah tangga, kewangan, teknikal dan agama.

Rasulullah S.A.W. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:

Tahap Pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

Tahap Kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Tahap Ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap Keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.


1. Kaedah Pesanan dan Arahan.

Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :

• Mengenai solat di awal waktu
• Adab dengan orang tua-tua
• Adab dengan guru
• Adab dengan kawan-kawan
• Tugas harian di rumah
• Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
• Tatacara makan mengikut sunnah nabi
• Cara belajar yang berkesan
• Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
• Keselamatan jalan raya
• Tanggungjawab melindungi adik-adik.




2. Kaedah Bercerita

Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

3. Kaedah Soal jawab

Bersoal jawab dengan anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.

Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.

Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.




4. Kaedah Merujuk Pengalaman Lalu


Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunya mereka berwaspada dengan peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.


5. Kaedah Nasihat dan Teguran


Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.

Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.


6. Kaedah Bermain dan Bergurau


Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.


Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.

Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.


7. Kaedah Latihan yang Berterusan





Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-

a) JantinaIbu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.

b) UsiaPengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.

Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.

Sumber rujukan: majalah Wanita November 2005

Wednesday, December 8, 2010

ada apa dengan title ISTERI..



Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada."

Rasulullah s.a.w. bersabda:
 "Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia."


Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu."

subhanallah...

terkadang lupa tanggungjawab sebenar sebagai isteri. kerana asyik menurut rasa amarah, kecewa dan sebagainya...title isteri hanya title semata2.

oleh itu, carilah kekuatan dlm dirimu..jadilah isteri yang terbaik buat suami terchenta..

8c sebab suami benci isteri

Alam rumahtangga memang banyak dugaan dan cabaran yang harus ditempuhi. adakalanya suami mahu isteri bersifat penyayang, pembersih dan rajin tetapi sang suami pula tidak menunjukkan contoh sepertinya. sepatutnya sebagai pemimpin dlm keluarga, suami harus mengajar isteri perkara2 ini walaupun isteri berpangkat dan bergaji lebih besar daripada suami. pedulikan semua itu, yg penting kuasa pemimpin ada dlm tangan suami.

Kekadang, terfikir dlm benakku, isteri disuruh bersolek dan bercantik2an untuk suami, tetapi jika kecantikan isteri itu turut menjadi jamahan mata lelaki lain, sanggupkah suami? bagaimanakah perasaannya? bangga atau sebaliknya? 

Apapun, bertuah mereka2 yg mempunyai kecantikan hakiki, kemurnian hati dan ketulusan jiwa kerana kesemua elemen ini akan memancar dari diri dan sekaligus tanpa sedar dirimu sebenarnya cantik walau tanpa alat solekan. Oleh itu, bersihkan hatimu, pancarkan cahaya matamu dengan sinar iman yang teguh dan berjuanglah untuk mencapai kecantikan hati yang tulus dan ikhlas kerana itu adalah cantik yg sebenar. 
8c sebab suami tak suka isteri..mudah2an selepas ini kita sedar akan kesilapan2 yang telah kita lakukan tanpa sedar ataupun tidak. 

Sumber: Dato dr hj mohd fadzillah kamsah

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa, alpa dan lalai, ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & anak anak; keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.
C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…
C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan &tutur kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…
C3. CELUPAR
Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan sertatindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.
C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik
lewat overtime dah syak yg bukan2…
C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.
C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….
C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini

Monday, December 6, 2010

Jangan Bertengkar Lagi

Sadarkah kau kasih kelakuan kamu
Sungguh sangat menyiksa aku
Padahal ku beri apa yang kau mau
Tapi kau tak mengerti aku

Sakitnya hatiku dengan semua caramu
Bila kau terus begini nanti ku bisa pergi


Reff:
Aku mohon sayangilah
Diriku di dalam hidupmu
Dan kamu jangan kasar-kasar lagi
Dengarlah pujaan hati
courtesy of TopLyrics.Info
Aku mohon mengertilah
Kita jangan bertengkar lagi
Hadapi semua dengan dingin hati
Dengarlah pujaan hati


Repeat *
Back to Reff


Aku mohon mengertilah
Kita jangan bertengkar lagi
Hadapi semua dengan dingin hati
Dengarlah pujaan hati

KANGEN BAND ~ JANGAN BERTENGKAR LAGI { WITH LYRICS }

Thursday, December 2, 2010

pilihan hidup: A atau B

selamat pagi cinta....

semoga hari ini membawa seribu makna dalam kehidupan kita.
hari ini sibuk sikit membuat kerja-kerja yang diarahkan oleh siapa lagi kalu bukan BOS.....
biasala...kalau nak gaji up sikit, kenalah buat kerja power!.. teacher bi kata kalau dulu Bi dpt C sekarang kena dptkan B laaa....

jadik, apa kerja yang sesuai utk anda?
anak2 muda belia di luar sana, time memilih kursus masuk universiti atau kolej, pilihlah yang sesuai dengan jiwa dan raga mu. kerana kalau minat, susah camana pun tetap A dalam genggamanmu. tetapi kalau setakat ingin dapat masuk U mcm kawan2 yg lain, fikirlah dahulu sehabis baik. jgn menyesal....

buatlah 3 pilihan yang paling serasi dengan jiwamu. tak dapat pilihan 1, pilihan kedua biasanya pasti mengena. pengalamaan kwn time di U, sanggup berhenti belajar semata2 course yg ditwrkan tdk menepati citarasa. so, sekarang ni, selagi ada masa....pilihlah secara bijak, gunakan akal mindamu, dan jgn lupa perasaanmu. gunakan kesemua elemen2 yg ada di sekelilingmu....PASTI HIDUPMU akan disaluti dengan kegembiraan sejati walau masalahmu menyaluti pinggangmu. PERCAYALAH!

coretan aznur with luv....:)
Related Posts with Thumbnails