Wednesday, December 8, 2010

ada apa dengan title ISTERI..



Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada."

Rasulullah s.a.w. bersabda:
 "Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia."


Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu."

subhanallah...

terkadang lupa tanggungjawab sebenar sebagai isteri. kerana asyik menurut rasa amarah, kecewa dan sebagainya...title isteri hanya title semata2.

oleh itu, carilah kekuatan dlm dirimu..jadilah isteri yang terbaik buat suami terchenta..

No comments:

Related Posts with Thumbnails