Thursday, December 22, 2011

halwa telinga..

salam semua...:)

sambil menulis sambil menghayati lagu najwa carta hati.
bestnya lagu nie...
rasanya bule jadi terapi terbaik utk mood yg tak seberapa..
mcm tak buring pula rewind jer keje aku...:)
kemarin meeting with my pren.katanya tahun depan mungkin byk outstation..
dlm hati (jgn jak bertembung dgn outstation myhubby)...harap2 tahun depan, 
keja semua oraitt jak tak byk stress mcm tahun ini.  

okla..utk menyenangkan keja aku merewind lagu ni...aku tempek la kat sini..utk kesenangan di masa hadapan..:)

najwa latif carta hati

Thursday, December 15, 2011

RAE


akum semua.. dan slm 1 malaysia...:)

hari nie baru lega sedikit kerana baru jek selesai mengerjakan exam RAE..radio amatur.. baru terasa mengantuk dan penatnya badan....tapi, org kata tak cuba tak tau..setakat mana kemampuan otak seseorang..ermmm...

exam..okla...mudah2an lulus dan lepas ni bule ke udara menggunakan gelombang dan frekuansi yag dibenarkan. knp tetiba jer ambik rae? saja2, suka...minat dan nak tmbah kemahiran...nda tau mahir ke tidak sebab bljr utk lulus exam je. praktikalnyer lum lagi..tp nasib baik bos kata, ambik masa utk buat praktikal..oklah tu..cantik!!


oklah...mlm makin pjg...so, lain hari citcat lagi...over

jaga diri, hiasi peribadi...:)




Wednesday, December 7, 2011

panahan Ombak Rindu

alahai...ombak rindu...
betul2 menyeksa perasaan...
airmata berkilo2 bercurahan..tapi
tak dapat nak tahan2 lagi....
biarkan sahaja...jatuh ke pipi..

sekadar untuk halwa pendengaran....
kembali mengingati cerita ombak rindu...
lagu yg menambah kesedihan penceritaan...



Wednesday, November 30, 2011

25th years anniversary


asalammualaikum dan salam pagi semua...

melangkah masuk k ofis, pagi2 lagi suda kedengaran lagu2 semasa presentation from rumah2 sukan ofis yg telah diadakan semasa myofis menyambut 25 tahun anniversarynya. 

ermm..bangga juga sebab, dgn susah payah laki bini (aku dan hubby) mengedit dan menyiapkan vedio tu, dptla juga kengkawan menonton semula aksi2 mereka time perform. 

sebenarnya, teruk jugak time mengedit, mana tak cukup tidurnya, melayan kerenah anak2 lagi, jemputan kahwinnya lagi dan mcm2 hal.. tp org kata: kalau dah minat, tak kira masa, 
yg penting siap dan hasilnya sangat memuaskan.. 

sblm perform, latihan demi latihan byk dijlnkan..Cuma byk dugaannya..sebab ada yg dtg, ada yg cbuk, ada yg cuti dan mcm2 hal..walaupun tak berapa perfect...sebelum perform,  kata2 hikmat:  keluarkan apa sahaja yg bole dikeluarkan. yg penting perform dan selesai...akhirnya...inilah hasilnya...

monsopiad team...tarian biasa2 jer..pasal semuanya amatur.. tp, 
dpt 2nd winners la juga...

antanum team...the winner..

gunsanad and matsalleh team belum diuplod, so, akan menyusul kemudian..

oklah... c u all soon..bye..:)

Sunday, November 27, 2011

hari yg sibuk

akum semua...

sibuk benar dlm seminggu dua ini sehingga tak tertulis apa2pun dlm blog ku ini. semlm, dinner 25th years anniversary my ofis..esoknya terus pula bergegas untuk konvokesyen anak..mata masih pedas, kerna tak cukup tidur..tp demi anak, ku gagahi juga kaki menyaksikan hari bersejarah anak2 ini.

haziq dan umai cuma mengikuti persembahan koir je, harap2 tahun depan mereka akan berpeluang utk sertai persembahan2 yg lain.bukan apa cuma nak bagi anak biasa berdiri atas pentas. bukan mcm mamanya ni, di belakang tabir jak berani..

ok, lain masa sambung lagi ye.. bye..

Friday, October 21, 2011

Lupakan PPSMI, gerakkan MBMMBI

Oleh Sidek Baba

ISU Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepatutnya sudah selesai. Persiapan melancarkan program pendidikan Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI) sedang rancak berjalan.

Sebelum pendekatan MBMMBI diambil, perbincangan dilakukan melibatkan banyak kelompok yang berkepentingan.

Menteri Pelajaran merangkap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencari kebijaksanaan atas aspirasi Perlembagaan, Perkara 152 dan Akta Pendidikan 1996 memperkenalkan jalan keluar ‘menang-menang’ supaya bahasa Melayu diperteguhkan dan Bahasa Inggeris diperkukuhkan.

Amat pelik terdapat sebahagian kecil orang Melayu yang mencadangkan supaya persekolahan dua aliran bahasa iaitu satu bahasa Inggeris dan satu lagi bahasa Melayu supaya memberi pilihan kepada ibu bapa untuk menghantar sekolah mana yang mereka suka. Cadangan ini tidak mendukung aspirasi nasional yang menjadikan faktor bahasa Melayu sebagai faktor pemersatu.

Bakal berlaku jurang dan strata sosial yang amat ketara sekiranya perkara itu terjadi. Akan lebih terserlah golongan elitis seperti yang terjadi di awal 1970-an dahulu.

Ada juga kelompok yang ingin membawa isu ini ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu seolah-olah kepemimpinan negara ini dan pemimpin yang mempunyai kepentingan mengenai isu bahasa Melayu tidak memiliki kekuatan ilmiah yang tinggi dan tidak pandai membuat keputusan bijaksana sehingga perlu meminta bantuan pihak lain.

Ada juga yang berpendapat bahawa bahan-bahan rujukan mengenai sains dan matematik banyak dalam bahasa Inggeris dan usaha menterjemahkannya memakan masa. Bagaimana Cina, Korea Selatan dan Jepun mengatasi perkara ini harus memberi contoh kepada kita di Malaysia, bukan bersifat mengalah.
Lebih penting lagi seperti yang diungkapkan oleh Sapir 1949 dan Whorf 1956, dalam bahasa apakah kita hendak anak-anak melihat dan berfikir tentang dunia dan alamnya. Bahasa bukannya sekadar alat perantara ilmu dan kemahiran berfikir, ia membawa nilai dan budaya, mewarnai jati diri, memberi makna kepada hati budi dan turut mencorakkan pandangan kesemestaan yang akan memandunya dalam mengharungi kehidupan.

Muhyiddin baru-baru ini membuat penegasan bahawa MBMMBI akan diteruskan dan ia suatu ketegasan yang amat ditunggu-tunggu. Tekanan yang dihadapi oleh beliau memang tidak pernah reda. Tapi tekadnya untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memperkasa bahasa Inggeris adalah suatu tindakan yang betul dan berhemah.

Pelaksanaan PPSMI yang berlaku pada tahun-tahun terdahulu tidak dibuat dengan persiapan yang rapi. Terdapat guru Bahasa Inggeris yang mengajar bahasa Inggeris dan terdapat sebahagian besar guru Sains dan Matematik yang tidak cekap berbahasa Inggeris yang disuruh mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Dari sudut pedagogi ia adalah sesuatu yang salah. Akhirnya penguasaan ilmu di kalangan murid ibarat pakai kain singkat, tarik ke atas nampak lutut dan tarik ke bawah nampak pusat.

Dengan tekad Kementerian Pelajaran untuk mengambil guru-guru yang bahasa ibundanya bahasa Inggeris dari luar, melatih anak-anak yang berbakat dalam bahasa Inggeris menjadi guru bahasa Inggeris yang terlatih, menyusun semula kurikulum bahasa Inggeris supaya sesuai dengan etos Malaysia, menyediakan makmal bahasa yang mempercepatkan penguasaan bahasa Inggeris, menyemak kembali pendekatan pedagogi yang lebih dinamik adalah langkah-langkah berdaya maju yang boleh meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dengan berkesan.

Mengapa tidak dibenarkan strategi ini mengambil tempat dan penilaian terhadapnya boleh dilakukan selepas ia dilaksanakan beberapa tahun akan datang. Ia adalah lebih adil dan demokratik.

Mengadakan referendum juga adalah tidak perlu. Strategi MBMMBI adalah selari dengan semangat Perlembagaan negara dan ia tidak bertentangan dengan Akta Pendidikan 1996. Melainkan dasar ini bercanggah dengan dengan Perkara 152 dalam Perlembagaan 152 dan Akta Pendidikan 1996 maka referendum boleh menjadi salah satu kayu ukuran terhadap isu ini.

Mengikut sumber yang saya petik daripada Prof. Dr. Ahmad Termizi, seorang sarjana fizik dari Universiti Teknologi Malaysia menyatakan penukaran bahasa pengantar di sekolah daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu telah menghampirkan kepada matlamat mewujudkan peluang yang lebih saksama.
Pencapaian pelajar bumiputera, secara keseluruhannya, lebih setara dengan pencapaian pelajar bukan bumiputera, jika dibandingkan dengan pencapaian sebelum 30 tahun yang lampau iaitu semasa pengajaran menggunakan bahasa Inggeris.

Buat pertama kalinya dalam sejarah, jumlah pelajar bumiputera yang memperoleh gred cemerlang dan kepujian dalam mata pelajaran Fizik telah melebihi jumlah pelajar bukan bumiputera dalam peperiksaan SPM 2001 iaitu bumiputera 23,157 orang dan bukan bumiputera 22,929 orang.

Kini jumlahnya setara dengan jumlah pelajar bukan bumiputera. Dari segi kuantiti, matlamat kesaksamaan ini hampir dicapai walaupun dari segi kualiti masih banyak usaha gigih perlu dilakukan.

Kestabilan relatif yang telah memberi peluang yang saksama antara pelajar bumiputera ini tidak wajar diganggu-gugat dengan sesuatu yang masih tidak menentu kesannya dan mengandungi unsur risiko yang tinggi.

Berdasarkan kelemahan penguasaan bahasa Inggeris yang masih berlaku kini di kalangan pelajar bumiputera, kerisauan bahawa penggunaan bahasa Inggeris secara tunggal bagi mata pelajaran Sains dan Matematik berkemungkinan akan merencatkan pencapaian pelajar bumiputera, mempunyai asas yang wajar diambil kira dan tidak boleh diketepikan begitu saja.

Kita memerlukan tekad politik dan azam memartabatkan bahasa Melayu yang tinggi supaya akhirnya bahasa Melayu mampu menempatkan diri sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa.

Kalaulah isu globalisasi dijadikan faktor utama bahasa Inggeris perlu didaulatkan betapa nanti Tanah Besar Cina bakal menjadi kuasa besar, apakah di waktu itu nanti kita bakal beralih kepada bahasa Cina pula dan meninggalkan bahasa Inggeris.

Mempelajari bahasa Cina tidak salah tetapi menolak pemartabadan bahasa Melayu dalam konteks negara Malaysia adalah suatu langkah yang silap. Ilmuwan Islam terdahulu menguasai berbagai bahasa tamadun tetapi penggunaan bahasa Arab tetap menjadi keutamaan.

Utusan Malaysia Online: 19 Oktober 2011

Wednesday, October 19, 2011

Khasiat durian belanda


Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia , dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika . Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara , Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

Oleh: PenyuXP

Wednesday, October 12, 2011

senaman mengempiskan perut

hi semua..

waa..red carpet untuk dinner ofis tak lama lagi..
tak nak ketinggalan utk memperagakan baju yang the best tp mslhnya..
berat bdn tak nak turun2..mcm mana ni pakcik google..plss help me....

akhirnya..terjumpa juga training yg ringkas dan maybe bole dipraktikkan.
ok, checkitout..



Saturday, October 8, 2011

bajet 2012

hi semua,
akum dan slmt mlm...

baru kali ni menulis blog waktu mlm sebab nak siapkan kerja skitt. pasal bajet 2012.. nak kumpul bahan untuk dikarang dan dihantar pd isnin depan. aduii parah jugak ni kali. biasanya mlm minggu, duduk depan tv nonton rcgn yg best2...kali nie tpksa pula meyiapkan keja utk negara..tp tak pa, try cari bahan dulu, kumpul, ngarang sikit2 dan lepas tu baru check balik. yg ptg kena start dulu, kalu tak satu benda pun takkan ada... jgn jadi mcm mat jenin, dlm fikiran jak terbayang2...buatnya tak ada...

kdg2 dlm keja2 menulis berpandukan fakta ni, kena ada strategi. bukan mcm tulis diary, ikut sesuka perasaan...ermm so, kita ikut ckp bos:

- start dahulu..sikit2, lama2 byklah dia..yg ptg ada idea dan bahan. 
- bos satu lagi pulak kata : kumpul dahulu, buat rangka dan start menulis..wah! siap berangka2 lagi aah..bole pakai juga ide ni. (kalu cukup masa) kalau last minit, bole buat ke?
 
okla, yg ptg, bhn2 ada, perasaan menulis pun ada...bahan2 di bawah nak compile supaya senang nak rujuk bila diperlukan.

bajet 2012


laporan ekonomi 2011/2012
carta 1: ekonomi negara


bsambung..

Monday, September 26, 2011

mari berhibur.. :D


mendengarkan lagu sofarz ini menjadikan aku tergamam seketika kerana keasyikan lirik, lagu dan vocal penyanyi. sangat menusuk hati..

dan bila esok kitakan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
untuk cinta yg kita pernah miliki utk selama2nya
Jom layan lagu2 sofarz.. :)


aha..mcm :) best tak dengar lagu sofarz tu..jom layan lagu terbaru dari sofarz 


ok tak? 
kita nak layan lagu lain yg tak kurang bestnya juga.. jom layann..


 dan lagi...


akhirnya, lengkap lah suda rangkaian lagu yag siokknya...mendayu2. ada ketika menyentuh hati dan perasaan. 

ok semua...:) lain kali kita carik lagi lagu yg best2 ok!! :)

Friday, September 23, 2011

EnGliSh ManGliSh

aHa...

English? siapa tak mau good in english kan. semua org pun kalu bole nak bertutur dlm english, membaca dan menulis dlm english dgn excellent!! siapa tak mau?

cuma, kitorang bukanlah tongue english, manglish adalah.. jadik...kena practise la jugak yak. tak bole nak lari. sgt memalukan bila disuruh write dlm english tak champion, bertutur dgn boss, lidah terbelit2 la pulak. so, WAJIB cari cara how to improve ur bi..

so, sedikit strategi utk dikongsi bersama for improve our english:

 - have an english only evening once a week. cook in english - etc. rewrite ur recipe in english,
 - write an english love letter,
 - write poem in english,
 - rewrite fairytales, jokes or instructions in english,
 - go online and find lyrics to ur favorite songs and sing along,
 - write the person's biograpyh in english,
 - talk to yourself in english while you clean or do the dishes,
 - go around the house and try to name everything in english (furniture, clothes, etc ).
 - look up words you don't know.

tips for beginners:

1) express yourself like a baby - learn language slowly (listen, talk, read and write)
2) listen to english everyday -radio, tv, movies, online lessons
3) make an english /esl friend - make up conversations, practise language, use beginners textbooks
4) read english stories - start with children storybooks, try esl readers, read advertisements, signs an labels,
5) write down new words - starts a vocabulary (new word) notebook. - write words in alphabetical order     
    (A,BC) - make example sentences, always use an english -english dictionary first.
6) keep an english diary - start with one sentence - how do you feel? what did you do today? - write another 
    sentence tomorrow.
7) visit an english speaking countary -  learn english more quickly, stay with english family, hear native  
    speakers talk, have a fun exercise.

so, do u have an idea on how to get a better english practise? lets some more:

basically, before we start to do the practice, one thing we must tell ourself, where do i start?

1)  ask urself, why do i want to learn english?
     - is it because you want to, or because someone else wants you to? - studying english must be something you want to do.

2) set goals
    - etc: to improve listening skills and pronounciations, grammars (whatever your goals-write them down)

3) make an agenda
    -  schedule ur time - start off slowly, but study regularly.

4) make a commitment
   - motivation is important!

5) have fun learning english
    - the things we do best in life are the things we enjoy doing. so, enjoy with ur practise. give  
       rewards for what have ur doned.

cukupla dulu setakat ini..chayoes..sambungg.....lain hari. :)

kesuburan-siri 1

salam bertemu kembali...

title kesuburan: banyak membawa makna yang tersirat bukan sahaja kepada wanita tetapi juga kepada kaum adam..terlalu sensitif untuk diceritakan. masa kini, ramai kawan2 terdekat yang berusaha untuk mendapatkan zuriat tetapi sehingga kini masih ada yang belum berjaya..dimana silapnya dan apakah sebabnya, HANYA TUHAN SAHAJA YANG TAHU...

Apa yg penting, kita kena berusaha dan tingkatkan usaha dari masa ke semasa. bukan sahaja dari segi kekerapan hubungan intim tetapi juga dari segi peningkatan tahap kesuburan diri. Banyak nasihat, panduan, ubat kesuburan, ubat hormon yang dijual di pasaran. semuanya di tangan diri sendiri, mana satu nak guna.

melalui siri KESUBURAN ini, serba sedikit pengetahuan yang ada, semuanya dari pembacaan, pendengaran dan surf dari pakcik google ini akan disatukan dalam siri title kesuburan. untuk pengetahuan diri sendiri dan mereka2 yg ada di luar sana, yg mana tak sempat nak guna pakcik google, bolehlah try2 petua2, dan panduan2 yag ada dlm siri penulisan asnur kali ini. harap2 ianya membantu kita untuk lebih peka dgn tahap kesuburan kita sendiri.

first of all,
1) Niat-pasang niat untuk mendapatkan zuriat yang diredhai Allah;
2) doa - berdoa byk2, terutama selepas solat : moga2 mendapat zuriat yang dirahmati Allah; contoh doa yg baik utk di amalkan akan saya postkan dlm siri yg akan dtg;
4) kurangkan berat badan - kurangkan makanan bergula dan karbohidrat;
                                        - lebihkan sayur dan buah-buahan, ulam-ulaman;

4) cari pakar dlm bidang klinik puan/tuan- ujian kesuburan dan panduan kesuburan;
5) berserah kepada Allah SWT - apa yg berlaku kpd kita sudah pasti ada hikmahnya.

Project Baby TV - Brenda Strong, Yoga 4 Fertility

Tuesday, August 16, 2011

seperti selalu...

di kala hati gundah gulana
hanya dirimu kuingin jadi teman
untuk menyelusuri
onak2 kehidupan
yang tak mampu untukku meredahnya
sendirian...


kuingin dirimu menjadi penenamku 
dikala suka dan dukaku
tapi
mengapa ketika aku dilanda kegusaran
dikau seakan tidak mengerti
betapa terseksanya jiwa
berhadapan dengan onak2 itu sendirian


siapa kata aku tak perlukan mu
bagiku kau adalah sumber inspirasiku
tanpamu tiadala cahaya dalam diriku
gelap gelita walau di siang hari


kembalikan keriangan dalam diriku seperti selalu
walau kesusahan dan penderitaan itu tiada siapa yang tahu
tetapi dengan mudah kita melaluinya
tanpa takut, gelisah, muram durjana
umpama kata2 petik jari sahaja
serasa begitu mudah untuk melaluinya...


Ya Allah..hanya kepadaMu aku berserah
Hanya kepadaMu aku meminta..
kembalikan keceriaan dalam diriku....
seperti selalu...


Amin...



Saturday, August 13, 2011

kata Hati

salam semua..

semoga di petang sabtu yg mendung ini, dapatlah kiranya kita bermunasabah diri atas apa yg telah berlaku dlm kehidupan seharian kita. selalunya, cuaca di ptg begini tersangat terik. sehingga hati2 kita terlalu lekas dan cepat utk membara. kenapa ya? adakah kerana cuaca atau kerana kita adalah seorang pemarah?

sebelum turun ke dapur utk menyiapkan apa2 yg perlu, hari ni nak berceloteh sedikit soal hati. hati..byk perumpaan ttg hati. sakit hati, hati2, hati perut, hati batu, dan mcm2 hati. so, walau semarah manapun kita, mulut kena berhati2..kerana mulut hati insan lain akan binasa. kerana mulut, hati anak2, suami, isteri, kawan2 sekerja akan terluka. lebih2 lagi di bulan puasa...sayangnya, pahala berkurang..hanya kerana tidak berhati2 berbicara, hati yg telah tersentuh, bukan senang utk diubati. mungkin waktu sahaja yg menentukan bilakah hati ini berupaya utk sembuh..

apapun, semoga hari esok, hati2 yg terluka akan pulih dan ceria seperti selalu, beroleh ketenangan dlm menjalani sisa2 hidup yg mendatang. semoga kali ini, hati2 ini mampu menepis kata2 luahan hati mereka yg terkecewa. moga2 hati kita, hati2 mereka dan hati2 insan di dunia ini terpelihara......
MOGA2.



Monday, August 8, 2011

mengurus masa dengan bijak





ketenangan..ya..jika kita dlm keadaan tenang, semua kerja/tugas akan dapat dilaksanakan dengan mudah dan pantas. hanya mengambil sedikit masa (5/10 minit sehari) tumpukan perhatian sepenuhnya dengan tugas yg diberi; sudah memadai untuk melaksanakan tugas yang diberikan kepada kita. apa yg penting, time menyelesaikan tugasan, minda perlu tenang supaya minda fokus dengan tumpuan 100% dengan kerja yg dilakukan.


selama ini kita takut untuk melaksanakan tugas dlm masa yg singkat, kerana kita tahu masa yg diberikan belum tentu mencukupi. tetapi, jika dipraktikkan konsep TENANG dan FOKUS ini, tugas tersebut amaltlah mudah dan senang. pokok pangkalnya KETENANGAN. jgn paksa diri untuk menjlnkan tugas, kerana jika kita berasa tertekan, kreativiti diri secara tidak langsung akan terbantut. maka, tugas yg dibuat hanya umum dan kurang unsur2 kreatif.


so, be kreatif. how? relax...letakkan tangan di paha, tarik nafas panjang2 dan hembusss...:) (jgn tidur pula ye)..:)




ok, selamat mempraktikkan kaedah ini dan semoga selepas ini kita akan lebih kreatif dlm melaksanakan tugas dan dipermudahkan urusan.



Monday, August 1, 2011

puasa...



akum ...selamat pagi semua...

akhirnya 1 ogos 2011..bulan ramdhan menjelma juga..
semoga kali ini, puasa kita akan lebih diberkati dan dirahmati..
yg penting,..tanpa latihan yg secukupnya ni..harap2 dapat bertahan dan bersabar ....
moga2....:)

Thursday, July 28, 2011

hutan, pokok, buah

akumm...WBT

semoga di pagi yg ceria ini, kita sentiasa dilindungi Allah SWT dan apa jua tugas yang ringan2 atau yg berat2 dipermudahkan bagi kita untuk menanganinya.

bulan ramadhan dlm sdkt masa lagi akan menjelma. semoga kehadirannya kali ini membuka hati dan jiwa kita menjadi insan yang sentiasa mensyukuri apa pun yang telah diberi kepada kita. semoga juga, ramadhan kali ini membuka hati dan minda kita sekali lagi untuk sentiasa mengingatiNYA dalam apa juapun keadaan kita.



HUTAN...POKOK...BUAH..(title entry kali ini)

sinonim ini sungguh memberi makna, terutama dlm menulis ayat/laporan/penulisan yg berunsurkan fakta.
Bayangkan anda memasuki hutan yang sgt luas...setelah mengkoreksi hutan itu, bayangkan pula pokok yg ada di dalam hutan itu dan bayangkan dedaunan, buah dan batang pokok itu. begitulah juga sekiranya kita kehabisan idea utk menulis ayat dlm entry blog atau menulis laporan kajian...menulislah dengan hati dan perasaan dan bukannya menulis dlm keadaan yg tertekan atau dengan paksaan. dengan bayangan ini, cerita kita akan senang untuk dibaca, 'soft; tetapi berisi..

ermm..sgt susah ya membuat ayat..apatah lg jika tidak hadir di dlm jiwa...
so, menulislah dari hati...semoga hasilnya senang difahami  dan dibaca oleh semua org. andai kita gembira, sudah pasti tulisan kita juga mampu menghiburkan mereka yg berduka. andai juga tulisan kita perlukan fakta, menulislah mengikut panduan..(HUTAN>POKOK>BUAH).

akhir kata: menulislah dari hati...tanpa tekanan atau desakan.
selamat mencuba..:)



Sunday, July 10, 2011

stress







Life is stressful, so kurangkan tekanan dengan aktiviti-aktivit ringan spt 
- Memasak
- Bersenam
- Mendengar muzik
- Membaca dan mendengar audiobooks
- Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
- Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
- Beromantik dengan suami




Friday, July 8, 2011

Rancang hari anda pada malam sebelumnya!

ada kalanya kita tertanya2 bagaimana nak siapkan tugasan yg diberikan oleh bos dalam masa yg singkat dan dlm keadaan asignment lain yg harus disiapkan segera..bagaimana yak?  takkan tak nak buat pulak kann..so, jawapannya..urus masa secara bijak dan bistari. 

berikut adalah petua daripada irfan khairi ttg tajuk ini. semoga selepas ini kita akan jadi pekerja yg bijak dan bersistematik dan sentiasa disayangi bos...hahaha :)

selain itu, petua ni bole digunakan utk mengurus rumah tangga kita. selepas ini  walau sesibuk manapun keja kat pejabat, tetapi umah tatap ok dan anak serta bapa tatap sayangg dgn kita....heheheh....

ok, selamat mencuba...petua 1minit bersama irfan khairi...

Rancang hari anda pada malam sebelumnya!

Salah satu topik paling penting dalam kejayaan adalah pengurusan masa (time management). Satu cara untuk menentukan masa anda tidak terbuang dan penggunaan masa anda yang lebih efektif adalah untuk anda merancang hari anda sehari sebelumnya.
Ambil masa 10 minit- 20 minit pada setiap malam untuk merancang hari esok anda. Dengan menyenaraikan apa yang anda perlu lakukan, dan waktu sepatutnya kerja tersebut selesai, anda akan menjimat berjam-jam masa berbanding dengan hari yang anda tidak merancang apa-apa.
10 - 20 minit perancangan akan menjimat sehingga 3-4 jam dari masa anda keesokannya! Sediakan satu senarai apa yang anda perlu lakukan (1-2-3-4-5…), dan waktu kerja tersebut perlu diselesaikan (pagi, tengah hari, petang, malam). Apabila satu kerja selesai dari senarai anda, potongkannya dari senarai anda. Ini akan memberi kepuasan kepada anda oleh kerana anda menulis satu matlamat, dan matlamat tersebut tercapai. Ia juga akan memberi motivasi kepada anda untuk menyiapkan kerja yang seterusnya.
Tidak pernah cuba? Mulakan malam ini! :)
Pasti anda pernah dengar: “Orang yang gagal untuk merancang adalah orang yang merancang untuk gagal!”

Wednesday, June 15, 2011

manusia bertopeng transformers..hehehe

manusia selalunya ingin mendengar apa yang hangat diperkata dlm sesi perbincangan. 
tetapi yg musykilnya kenapa tidak ingin menerima kenyataan bahawa itulah perkara2 penting yang telah dibangkitkan. yang sebenarnya masih di tahap rahsia.


amat mengecewakan keadaan ini. apabila tidak boleh menerima kenyataan, mulalah memboikot seseorang..mengapa...bukankah dikau ingin mendengar isi2 perbincangan yang memang hot dan  sangat privasi. mengapa setelah diberitahu perkara itu, tidak boleh pula untuk menerima dengan hati yang terbuka...mengapa...


moralnya, jgn terlalu open dengan mereka2 yang hanya pandai utk mengorek rahsia tetapi tidak pandai untuk menerima kenyataan..aah. manusia memang begitu..
terlalu hipokrit. persetankan. sendiri mahu tahu, sendiri perlu kesedaran.....terimalah semuanya dengan hati yang terbuka luasssssss...jgn sempitkan pemikiran.....


bule2 aah..sampai hati..mulai hari ini...stop untuk terlalu open. kurang2kan pengaduan dan penceritaaan...

Tuesday, June 14, 2011

kerja oh Kerja bah. 2

kerja oh kerja

semakin bertambah2.
kerja rumah tak habis2..menyapu jugak satu kerja. so, suami2 di luar sana, jgn kata isteri anda di rumah yang memegang title surirumah, sebagai tidak bekerja. kerana mereka sebenarnya lagi tak henti2 bekerja.

menyapu juga satu kerja. seterika baju, memasak, mengemas, membasuh baju..tak habis2. setiap hari...itula kerja mereka. jika mereka diberi nilaian gaji, sudah tentu gaji mereka lebih tinggi daripada mereka2 full time kerja di luar sana.

so, hargai mereka dan ingatlah tanpa mereka sudah tentu rumah tak berseri, anak2 tak terjaga dan makan-minum pun tak teratur.

apapun, semoga kita dapat bekerja tanpa stress dan dijauhi dengan tekanan2 yg tidak sepatutnya.

adios.. 

Sunday, May 15, 2011

selamat hari guru..

akum prens..


bertemu kembali dalam suasana santai di tengahari minggu yang indah.
kejap lagi nak main melodi dah..tapi ambik masa kejap tulis blog.


ramai rakan2 jadik cikgu...nasib mereka la kann..kita pun minat jadik cikgu..tapi mngkin semangat nak dapat tu..tak power agaknya. itu pasal la tak dapat2 jadik cikgu...dah berusaha berkali2(agak2 9 x la jugak). bukan rezeki la nampaknya...


kalu org tanya, apa pasal suka sgt jadik cikgu ni? keja lain kan ada..sijil tu gunala utk apply keja yg sesuai dengan kelulusan..alahai lemah lutut kalu ditanya seoalan sebgini. apa bole buat DAH MINAT SANGAT...tak tau ker..MINAT....jadi cikgu byk kelebihannya..antaranya:


1. ilmu tak putus...
2. bole bagi ayat2 motivasi kat pelajar..(pakar motivasi time tgktn 6 dulu)...
3. kemahiran mengajar akan meningkat dari setahun ke setahun...
4. dpt jumpa pelbagai gaya dan pemikiran anak2 didik dan ibu bapa budak
5. dan mcm2 klebihan..tapi yg penting....memberi ilmu kan satu ibadah....sekurang2nya dpt juga sedikit pahala hasil imu yang diberi....


bestkan jadik cikgu..selain mengajar anak org, kemahiran yg ada bole guna utk mengajar anak sendiri..


apapun, kepada cikgu2 diluar sana..selamat hari guru dengan pesanan mengajarla seikhlas hatimu kerana sinar keikhlasan itu akan terpancar dari wajahmu dan sirnaannya akan turut dikongsi oleh anak2 didikmu jua.


selamat hari guru 2011.. :)



Tuesday, May 10, 2011

Kenapa saya berubah jadi pengamal perubatan Islam - Ashraf Muslim



Salam perkenalan dan bermulalah interaksi saya bersama pembaca melalui kisah yang akan dibicarakan nanti. Secara jujurnya, saya bukanlah orang yang layak menulis di ruangan ini tetapi pelawaan Berita Harian untuk berkongsi pengalaman serta pandangan membuatkan saya diulit rasa serba salah. 

Maklumlah, kekangan masa memenuhi tanggungjawab merawat pesakit di Klinik Perubatan Islam Al-Hidayah yang kini menjadi rutin harian membimbangkan saya, takut tidak dapat memberi komitmen diharapkan. Kemudian, memikirkan apakah yang bakal dikongsi bersama pembaca, pening juga.

Namun, untuk menolak pelawaan itu, sukar pula hendak menggelengkan kepala. Kenapa? Saya tidak pasti bagaimana menjelaskannya. Mungkin terkejut kerana terus dihujani persoalan, kenapa saya?

Justeru, saya melihat peluang bertemu pembaca dalam ruangan ini sebagai jodoh dan sebagai insan kerdil yang berusaha mencari keredaan Allah, mungkin inilah peluang saya mengembangkan syiar Islam melalui penulisan.

Sebenarnya kekok memulakan bicara kerana tidak pasti dari mana hendak dimulakan. Jika berlakon, ada skrip yang boleh dijadikan panduan. Oleh itu, bercakap mengenai kehidupan, pengalaman adalah sumber terbaik.

Ramai sudah maklum pembabitan saya dalam dunia lakonan dan terbaru, pelancaran Klinik Perubatan Islam Al-Hidayah yang dikongsi bersama pengasasnya, Haji Lokman A Hamid, dirasmikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pada 23 April lalu.
Secara rasminya, kerjaya tetap saya kini ialah pengamal perubatan Islam yang waktu perubatan bermula seawal jam 9 pagi hingga ada kalanya membawa ke dinihari dan pastinya, perubahan ini mencetuskan tanda tanya sesetengah pihak.

Dulu berlakon, kini merawat pesakit. Menggunakan kaedah perubatan Islam pula. Saya tidak persoalkan jika ada yang sangsi tetapi berbekalkan ilmu serta anugerah Allah, saya berusaha memberi bantuan sedaya yang mampu.

Alhamdulillah, ramai yang mendapatkan rawatan di Perubatan Islam Al-Hidayah menerima kerjaya baru saya ini secara positif. Terima kasih saya ucapkan. Namun, tidak kurang yang skeptikal.

Itulah antara cabaran apabila kita ingin melakukan perubahan yang bukan sedikit tetapi perubahan 360 darjah yang pastinya menuntut kekuatan sukar diperkatakan. Ini kerana selain keazaman dan tekad, kekuatan menangkis cabaran persekitaran amat penting.

Saya sendiri berdepan dengan rakan yang tidak dapat menerima perubahan diri. Tetapi itu tidak menghalang cita-cita saya mentransformasi diri mencari keredaan Allah.

Ditanya, apakah yang mencetuskan perubahan ini? Semua bermula sekitar 2009 apabila saya rasa hidup seakan-akan tidak lengkap. Kerjaya ada tetapi masih tertekan. Saya tanya diri kenapa saya tidak gembira, puas mencari jawapan tetapi tetap kosong.

Mulalah terfikir jika saya menghidap penyakit yang tidak diketahui puncanya kerana kerja dan duit tidak pernah putus. Cuma, saya perasan, bila ada rezeki lebih, pasti cepat habis, ada saja masalah. Timbul persoalan, di mana silapnya?

Saya berjumpa Haji Lokman untuk mendapatkan bantuan. Nasihat beliau, dekatkan diri dengan Allah, tunaikan solat taubat, solat hajat dan pergilah mengerjakan umrah. Itulah saya lakukan.

Menyorot kembali perjalanan hidup, nama Ashraf Muslim mula tersiar di media apabila saya terpilih dalam senarai The Cleo 50 Most Eligible Bachelors 2006. Itulah titik tolak pembabitan saya dalam industri seni tanah air.

Seperti artis lain, saya melalui episod demi episod, ada babak seronok dan ada juga tidak. Gosip mengejar artis dan saya juga tidak dapat lari daripadanya. Melihat kembali waktu itu, itulah perjalanan hidup yang tertulis untuk saya.

Sebagai hamba-Nya, ini takdir saya tetapi manusia mempunyai pilihan. Maknanya, saya boleh menentukan kehidupan yang ingin saya kemudi. Saya reda dengan apa yang saya lalui.

Saya harap dapat melakukan lebih banyak kebaikan pada masa depan. Terima kasih kepada yang mendoakan saya dan tunang, Noor Dayana. Dengan izin Allah, semoga dipertemukan pada siri akan datang.

- BERITA HARIAN

Friday, May 6, 2011

assalammualaikum..

hari sabtu dan ahad menjelma lagi. tak sabar nak menunggu hari itu..kerana..dapat rehat dan cuti pun tak pyh nak minta dengan boss..

bukan senang nak minta cuti. balik2 borang kita jak yg ada di meja bos..meluat kang c boss. jgn lupa..bos yg check kpi kita...bebaikla dgn dia....kipas2.

kalu lah diberi peluang, saya nak cuti memanjangg.tapi, rasanya mcm tak bolelah..pasal projek * blm settle lagi..cepat2lah boss check yer..saya nak cuti ni.., rehat..dan memanja dgn anak2 dan cik abe..:)

bagaimana nak bermotivasi dan berkeyakinan diri selalu ya? google menyatakan bhw terdapat beberapa pkr penting yg bole digunapakai utk menaikkan semangat dan keyakinan dlm diri kita. antaranya adalah seperti berikut:


1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.

Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.


2. Tekad Bermotivasi.

Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.


Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.

Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.

Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.


Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri

Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?


Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah

Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.


Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan

Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.


Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

sumber : Shukri Abdullah



semoga jadi panduan kepada kita agar mampu memulakan hari dengan senyuman dan hati yg riang. 


Related Posts with Thumbnails