Monday, March 28, 2011

hidup tidak seindah mimpi

hidup,
terkadang berada dipuncak kegembiraan
adakalanya terjunam dalam arus kekecewaan
tekanan mengiringi perjalanan
perasaan sering menghimbau kisah silam
masa kanak-kanak hidup penuh dengan keriangan
hanya sesekali dimarahi orang tua namun itu hanya seketika kerana andai rajuk melanda
tak makan lah jadinya...

ibu....
pengajaranmu sungguh berharga
penuh kasih dan sayang
walau tidak terluah oleh kata-katamu...
namun aku tahu dikau sangat menyayangi anak2mu
kepulanganku ke desa
ku ternanti2 akan apakah hidangan yang disaji kali ini
walau hanya nasi putih berlaukkan ikan masin goreng
tetapi rasanya...tidak terbuat oleh tanganku ini...
baru ku mengerti
air tangan ibu..
tidak ternilai rasanya...

hari2 mendatang
makin menghimpit perasaan
makin tertekan dengan kerja2
makin tertekan dengan isu kekeluargaan
menjadikan hidup tidak sempurna
kecantikan hakiki makin terancam...
kulit semakin lesu dan tidak bermaya
kerana hidup penuh dengan tekanan..
kepulangan ke desa semakin berkurangan
cuaca...banjir kilat dan segala2nya
memisahkan aku seketika dengan desa serta ibu tercinta...

harus bagaimana untuk mereda tekanan?
shopping...:)
solat...
tidur..
makan...
holiday..
buat kerja yang best2 sahaja..
lupakan kerja yg penuh dgn tekanan
kerja jgn tangguh2....
buat dengan hati yang tenang dan senang...

ok...keep cool dan happy alwayz..:)

Friday, March 11, 2011

KerJa Oh KerJa...

Nampak gayanya Bulan 3 nie, kerja datang bagai nak rak...


sedang mengambil mood KErja, so, keNa tarik naFas panjang2 dan berFikir bagaimana nak siapkan seMua kerJa2 ni. 


ermm..semuanya nak kena siapkan dalam bulan ni jugak...mana satu nak didulukan ya...


Thursday, March 3, 2011

ALhAMdulILLaH..


SYUKUR padaNYA kerana DIbERI pELUANG UNtuk MELIHAT UDARa segar DAN melIhAT oRANg tERSAyANG di pAGI kHAMIS iNI...

lAPANg dADA BILA selESAI mENHGAbiskAN juZ 5 sURAH aN nISA....DIHADiahkan KHAS bUAT tUAN hJ suHAIMI BIN Mohd sAId..YG TELAh MENINggAL kAN DUNiA yg faNA DAN kEMBAli kE rAHMATULLAH pada (24/2/2011)




sudah LAMa tak mNEGAJI...teraSA sAYU...hATI NUraNI..namUn pELAwAAN bapa mENTuA yG tERsayaNG utk khATaM aL qUraN DI hADIAhAKAN uTK aRwAH TELAH MEMbuka PINTU hATI..wALAu lIdAH kELAt SERIBU bAHASA nAMUN kUGAGAhi juA mENGhABisKAN juz 5 sURAH ANNISA...DGN seTULUs HATI...




aKHIRNYA aKU Berjaya...







nAMUN cAbARAN MENDAtang LAGI biLAMANa kALI INI DI BERI TUGAS UTK menGKHATam surah KAHFI JUZ 16.....kHAS buAT dATUK tERSAyanG YG TLH keMBALI kE rAHMATUllah..DLM miNGGU yG SAMA...tUAN hJ oSMAN BIN kASSIM (28/2/2011)

yg PERgI TeTap kan PErgI..Yg TinGGal...KuatKan semanGat Utk MenJadi InsaN yg BerHatI NuranI dan disegani..malaH diSaYangi Di Dunia dan AkhiraT.....



AL fATIhAH....


Wednesday, March 2, 2011

Persediaan Sebelum Tidur


DIRIWAYATKAN daripada Abdullah bin Zaid al-Ansari r.a bahawa dia pernah melihat Nabi Muhammad SAW berbaring terlentang di dalam masjid, meletakkan sebelah kakinya pada sebelah kakinya yang lain.

Riwayat al-Bukhari




Huraian Hadith:

Sekiranya hendak tidur kita disarankan mengikut sunah Rasulullah SAW.

Dalam suatu riwayat menerangkan: "Daripada 'Aisyah r.a katanya: "
Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda mengangkat kedua tangannya (seperti berdoa), lalu meniup dan membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-Nas, kemudian baginda menyapukan tangannya itu ke seluruh badan yang dimulai dari kepalanya dan mukanya dan bahagian depan daripada badannya, Baginda melakukannya sebanyak tiga kali. (at-Tirmizi)

Selain itu sebelum tidur baginda menunaikan
sembahyang witir kerana Nabi SAW juga telah mengingatkan umatnya bahawa syaitan sering mengganggu manusia ketika tidur.

Oleh itu kita dianjurkan supaya mengamalkan solat witir setiap kali sebelum tidur.

Ketika baginda
terbangun daripada tidur di tengah malam pula, baginda akan membasuh muka dan kedua belah tangan sebelum baginda tidur semula.

Berkenaan dengan cara tidur pula, Rasulullah SAW selain
daripada tidur miring ke sebelah kanan, baginda juga pernah tidur terlentang dengan cara meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagaimana maksud hadis di atas.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Credit to: myadha.blogspot.com

Tuesday, March 1, 2011

Keindahan Sabah negeri Di Bawah Bayu

Sekadar renungan... 

Hasil kerja seorang anak muda tempatan dalam dunia seni tangan....(kamera, power gitu..bukan alang2 punya harga..tapi berbaloi la...sekurang2nya ada juga anak tempatan yg hebat mcm beliau...
jambatan Mengkabong Tuaran Sabah

bot nelayan

Jambatan menuju ke Pekan Tamparuli..


sawah padi menghijau..
jurukamera yg hebat...(LL)




Sumber : Lano Lan (Terima kasi tuan...)

10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7).

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai 
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Related Posts with Thumbnails