Friday, April 29, 2011

"MUMMYLOVERS MENCARI BLOG UTK DIREVIEW"

assalammualaikum...


selamat hari jumaat dan semoga hari ini membawa keceriaan yg berlipat ganda kepada kita semua..
lama tak menulis dlm blog..tapi, org kata sayangilah blog anda seperti anda menyayangi diari anda...biasanya diari adalah rahsia ttp..diari dlm blog tak ada rahsia...menulis adalah kata2 jiwa..so, menulislah dgn jiwa yg tenang dan bersahaja. apapun, semoga..kali ini kita semua akan menjadi penulis yg hebat dan disenangi oleh pembaca2 diluar sana..

di kesempatan yg ada,sempat juga singgah ke blog2 yg lain, jadik utk menghargai peluang yg ada.. nak joinla...blog yg hebat2 ni. mcm di bawah ni.....




best jugak blog mummy lovers ni..byk petua yg bole dikongsi bersama. 

My Mother Yusoff Islam Nasyeed song

Thursday, April 28, 2011

HELAH SOLEKAN GALAK, BUAT SI MATA SEPET!


Adakah anda salah seorang dari wanita asia yang bermata kecil dan sepet, serta sering berasa sukar untukmenyolek bahagian ini? Hampa rasanya bila aplikasipenggaris dan pembayang mata sukar dilihat, walhal anda sudah beriya-iya menebalkan solekan di bahagian tersebut. Justeru, apakah teknik solekan yang sesuai untuk menyerlahkan kelopak mata jenis monolid ini?

TEBALKAN GARISAN MATA

Aplikasi penggaris mata membuatkan mata yang kecil kelihatan lebih besar semulajadi. Ia juga salah satu asas solekan termudah jika anda bijak menguasai teknik dengan penggunaan pensil atau gel penggaris mata yang baik. Ikuti tiga helah berikut;

1. Lukis garis tipis pada garisan atas mata atau kawasan yang paling hampir dengan bulu mata. Kemudian sapukan maskara.Anda tidak perlu menggaris di bahagian bulu mata bawah untuk efek lebih segar.

2. Lukis garis tebal dan bersayap seperti gaya solekan popular di zaman 50-andan 60-an. Penekanan di bahagian ini akan memberikan efek mata yang galak. Kemudian garis bawah mata (separuh sahaja). Sapukan maskara.

3. Lukis pada garis upper waterline untuk kesan seperti tidak memakai penggaris mata langsung. Caranya, tekan kelopak mata atas dengan putik kapas dan lukis garisan di bahagian dalam bulu mata. Gunakan pensil mata. Mahir mengadun eyeshadow merupakan satu kelebihan buat si mata sepet. Teknik yang betul amat penting memandangkan warna pembayang sukar dilihat pada kelopak mata jenis monolid. Pastikan ia disapu melebihi/atas sedikit dari kawasan bebola mata supaya apabila mata dibuka, pembayang ini akan terserlah.

ADUNAN PEMBAYANG

1. Mulakan solekan dari kanvas yang bersih, iaitu setelah disapu foundation, bedak asas dan primer eyeshadow. Kemudian, celakkan kening dengan pensil coklat gelap.

2. Highlight atau sapukan kawasan sudut dalam mata dan tulang kening dengan warna eyeshadow putih.

3. Di sudut luar mata, sapukan warna eyeshadow gelap seperti hitam atau coklat tua.

4. Adunkan warna-warna gelap ini disekeliling kawasan bebola mata seperti bentuk bulan sabit. Kemudianhighlight kawasan tengah bebola mata dengan warna putih.

5. Garis atas bulu mata dengan eyeliner hitam dan garis separuh sahaja pada garis bulu mata bawah.

6. Pakai bulu mata palsu dan lentikkan dengan pelentik bulu mata. Sapukan maskara agar bulu mata asli dan palsu bersatu.

JENIS PENGGARIS MATA
Pensil – Sesuai untuk mereka yang tidak begitu mahir bersolek.
Gel/krim – Khusus untuk mereka yang sudah mahir melukis garis mata.
Cecair – Perlukan tangan yang steady untuk mencipta garis bersayap yang kemas.
Kohl/celak – Seperti krayon untuk mencipta garis tebal.

sumber: majalah nona

SAYONARA MATA PANDA!


Eyes are the window to the soul.

Sebuah renungan yang dalam seolah mampu berkata-kata biarpun di mulut terkunci, bisu seribu bahasa. Namun, mata yang berkuasa menuntut lebih tinggi perhatiannya. Pelbagai masalah kecantikan lebih mudah terlihat dikawasan bawah mata kerana ia merupakan kulit yang paling tipis, sensitif dan kurang lembapan berbanding kulit dibahagian lain.

Dalam sehari, otot-otot di sekeliling mata akan bergerak sekurang-kurangnya sebanyak 100 ribu kali. Pergerakan buka-tutup tanpa henti, faktor keturunan, peningkatan usia serta masalah kekurangan tidur pasti meninggalkan petaka yang besar terhadap kecantikan mata, khasnya kesan lingkaran gelap dan sembab seperti mata panda! Penggunaan krim mata termahal sekalipun belum tentu dapat menyelesaikan masalah ini jika anda gagal mengesan punca-punca yang menyebabkan ia berlaku.

FAKTOR MATA PANDA
1. stres
2. diserang penyakit
3. kekurangan nutrisi tertentu
4. diet yang terlalu ketat
5. paparan sinar UV
6. penuaan

PENYELESAIAN

1. Mata panda biasa

Dapatkan istirehat dan tidur secukupnya. Sesekali, apa salahnya memanjakan mata dengan meletakkan uncang teh terpakai atau timun untuk merehatkan kawasan kulit yang nipis ini. Anda juga boleh melakukan urutan ringan menggunakan hujung jari hantu untuk mengurangkan kesan mata panda.

2. Mata panda kerana masalah pembuluh darah

Ketika tidur, tempatkan kepala and alebih tinggi sedikit dari dada. Ini dilakukan untuk mengurangi kemungkinan darah berkumpul di bawah mata. Penggunaan masker mata yang dingin atau uncang ais juga berkesan untuk mengecilkan saluran darah di bahagian ini. Selain itu, pilih krim mata harian dari formulasi kafein.

3. Mata panda kerana alahan

Pastikan anda mendapat nasihat doktor sebelum menggunakan sebarang krim mata. Pakar mungkin akan mengesyorkan ubat antihistamin bagi mengurangi kesan yang ketara. Begitu juga jika berkulit tipis, dapatkan krim mata yang berformulasi kolagen seperti retinol dan sapukan vitamin C untuk mencerahkan warna kulit.

4. Amalan diet

Amalkan pengambilan coklat hitam yang kaya dengan flavonol serta makanan yang kaya Omega-3 seperti salmon dan kacang walnut.Makanan-makanan ini dapat membantu untuk memperbaiki perjalanan darah yang lancar kekulit. Pastikan juga diet harian anda seimbang dengan pengambilan sayuran dan buah-buahan segar!

sumber: majalah nona

Friday, April 8, 2011

rajuk jiwa, menanti permata 7 mac 2011

hai semua..

sebelum berangkat go home (balik dari keja)......

diperturunkan ilmu yang diperolehi semalam semasa menonton semanis kurma.
semoga menjadi amalan dan panduan dalam kehidupan seharian.

Surah al furqan : ayat 31


doa ini dibaca untuk memperolehi rasa ketenangan dan kedamaian.
jika rasa hati tidak tahan diuji, bacalah doa ini supaya tenang rasa dihati.ada orang buat jahat, buat sihir, cakap yang tak baik dengan kita, bacalah doalah ini untuk mengurangkan rasa sedih di hati. kerana hanya Allah Swt sahaja yang boleh menolong kita. jadikan pendinding diri selain membaca surah al Fatihah, 3 Qul dan ayat kursi.

jadikan wirid harian, semoga hati menjadi tabah. sebelum solat hajat 2 rakaat mohon dapatkan anak soleh dan solehah. stress dan tekanan boleh menyukarkan kehamilan. amalkan ayat2 ini dengan sepenuh hati. sungguh2 minta dengan Allah swt. bila tenang, apa nak buat pun senang.

cara mengurangkan tekanan dan stress


 DO IT:
aktiviti yg mendatangkan kegembiraan- holiday, kemas rumah
aktiviti yang mendatangkan ketenangan-baca al quran, solat
bersangka baik dengan Allah swt

ikhtiar untuk dapat anak,


jgn lakukan khurafat
banyakkan bersedakah
amalkan doa2 berikut
surah al imran: ayat 26, 27
surah al imran: ayat 38 (untuk dapat anak yang soleh dan solehah)
surah al anbiya: ayat 89

jika ada nazar, bayar nazar tersebut...

ok,selamat beramal...

Friday, April 1, 2011

semanis kurma 31 mac 2011

tersentuh hati dengan bualbicara usatazah baiyah dan suami di semanis kurma.
tanggang moden, salah siapa?
jauh2kanlah diri kita menjadi si tanggang, begitu juga dengan anak2 kita.
semoga kita dan anak2 akan menjadi insan yang soleh dan solehah..

sebelum habis perbincangan, usatazah telah menurunkan beberapa tips dan panduan supaya kita menjadi anak yang berguna dan mendapat anak yang mendengar kata. 

antara tips yang diberikan adalah:

1) semasa anak2 masih kecil, ajar anak2 kita dengan adab dan sopan santun.
    contoh: berjalan di hadapan org lain, perlulah bertata tertib dan mohon untuk lalu....

2) pakar kaunseling berkata: anak2 baru lahir sehingga berumur 6 tahun, perlu pelukan dan belaian dari ibu    
    bapa semaksimum yg bole. umur sek rendah: perlu arahan dari ibu bapa. dan sek. men: ibu bapa perlu   
    menjadi kawan karib kepada anak2, pendengar yg setia.

3) doa yang diberi: 
    -  Surah al sofat: ayat 100 
    -  surah al imran : ayat 38

info ini adalah sekadar seingatan saya semasa menonton semanis kurma semalam sebelum hilang dalam ingatan. semoga dapat diamalkan.               
Related Posts with Thumbnails