Thursday, April 28, 2011

HELAH SOLEKAN GALAK, BUAT SI MATA SEPET!


Adakah anda salah seorang dari wanita asia yang bermata kecil dan sepet, serta sering berasa sukar untukmenyolek bahagian ini? Hampa rasanya bila aplikasipenggaris dan pembayang mata sukar dilihat, walhal anda sudah beriya-iya menebalkan solekan di bahagian tersebut. Justeru, apakah teknik solekan yang sesuai untuk menyerlahkan kelopak mata jenis monolid ini?

TEBALKAN GARISAN MATA

Aplikasi penggaris mata membuatkan mata yang kecil kelihatan lebih besar semulajadi. Ia juga salah satu asas solekan termudah jika anda bijak menguasai teknik dengan penggunaan pensil atau gel penggaris mata yang baik. Ikuti tiga helah berikut;

1. Lukis garis tipis pada garisan atas mata atau kawasan yang paling hampir dengan bulu mata. Kemudian sapukan maskara.Anda tidak perlu menggaris di bahagian bulu mata bawah untuk efek lebih segar.

2. Lukis garis tebal dan bersayap seperti gaya solekan popular di zaman 50-andan 60-an. Penekanan di bahagian ini akan memberikan efek mata yang galak. Kemudian garis bawah mata (separuh sahaja). Sapukan maskara.

3. Lukis pada garis upper waterline untuk kesan seperti tidak memakai penggaris mata langsung. Caranya, tekan kelopak mata atas dengan putik kapas dan lukis garisan di bahagian dalam bulu mata. Gunakan pensil mata. Mahir mengadun eyeshadow merupakan satu kelebihan buat si mata sepet. Teknik yang betul amat penting memandangkan warna pembayang sukar dilihat pada kelopak mata jenis monolid. Pastikan ia disapu melebihi/atas sedikit dari kawasan bebola mata supaya apabila mata dibuka, pembayang ini akan terserlah.

ADUNAN PEMBAYANG

1. Mulakan solekan dari kanvas yang bersih, iaitu setelah disapu foundation, bedak asas dan primer eyeshadow. Kemudian, celakkan kening dengan pensil coklat gelap.

2. Highlight atau sapukan kawasan sudut dalam mata dan tulang kening dengan warna eyeshadow putih.

3. Di sudut luar mata, sapukan warna eyeshadow gelap seperti hitam atau coklat tua.

4. Adunkan warna-warna gelap ini disekeliling kawasan bebola mata seperti bentuk bulan sabit. Kemudianhighlight kawasan tengah bebola mata dengan warna putih.

5. Garis atas bulu mata dengan eyeliner hitam dan garis separuh sahaja pada garis bulu mata bawah.

6. Pakai bulu mata palsu dan lentikkan dengan pelentik bulu mata. Sapukan maskara agar bulu mata asli dan palsu bersatu.

JENIS PENGGARIS MATA
Pensil – Sesuai untuk mereka yang tidak begitu mahir bersolek.
Gel/krim – Khusus untuk mereka yang sudah mahir melukis garis mata.
Cecair – Perlukan tangan yang steady untuk mencipta garis bersayap yang kemas.
Kohl/celak – Seperti krayon untuk mencipta garis tebal.

sumber: majalah nona

No comments:

Masa Untuk Iklan..

Share it

Related Posts with Thumbnails