Friday, April 1, 2011

semanis kurma 31 mac 2011

tersentuh hati dengan bualbicara usatazah baiyah dan suami di semanis kurma.
tanggang moden, salah siapa?
jauh2kanlah diri kita menjadi si tanggang, begitu juga dengan anak2 kita.
semoga kita dan anak2 akan menjadi insan yang soleh dan solehah..

sebelum habis perbincangan, usatazah telah menurunkan beberapa tips dan panduan supaya kita menjadi anak yang berguna dan mendapat anak yang mendengar kata. 

antara tips yang diberikan adalah:

1) semasa anak2 masih kecil, ajar anak2 kita dengan adab dan sopan santun.
    contoh: berjalan di hadapan org lain, perlulah bertata tertib dan mohon untuk lalu....

2) pakar kaunseling berkata: anak2 baru lahir sehingga berumur 6 tahun, perlu pelukan dan belaian dari ibu    
    bapa semaksimum yg bole. umur sek rendah: perlu arahan dari ibu bapa. dan sek. men: ibu bapa perlu   
    menjadi kawan karib kepada anak2, pendengar yg setia.

3) doa yang diberi: 
    -  Surah al sofat: ayat 100 
    -  surah al imran : ayat 38

info ini adalah sekadar seingatan saya semasa menonton semanis kurma semalam sebelum hilang dalam ingatan. semoga dapat diamalkan.               

No comments:

Related Posts with Thumbnails