Sunday, May 15, 2011

selamat hari guru..

akum prens..


bertemu kembali dalam suasana santai di tengahari minggu yang indah.
kejap lagi nak main melodi dah..tapi ambik masa kejap tulis blog.


ramai rakan2 jadik cikgu...nasib mereka la kann..kita pun minat jadik cikgu..tapi mngkin semangat nak dapat tu..tak power agaknya. itu pasal la tak dapat2 jadik cikgu...dah berusaha berkali2(agak2 9 x la jugak). bukan rezeki la nampaknya...


kalu org tanya, apa pasal suka sgt jadik cikgu ni? keja lain kan ada..sijil tu gunala utk apply keja yg sesuai dengan kelulusan..alahai lemah lutut kalu ditanya seoalan sebgini. apa bole buat DAH MINAT SANGAT...tak tau ker..MINAT....jadi cikgu byk kelebihannya..antaranya:


1. ilmu tak putus...
2. bole bagi ayat2 motivasi kat pelajar..(pakar motivasi time tgktn 6 dulu)...
3. kemahiran mengajar akan meningkat dari setahun ke setahun...
4. dpt jumpa pelbagai gaya dan pemikiran anak2 didik dan ibu bapa budak
5. dan mcm2 klebihan..tapi yg penting....memberi ilmu kan satu ibadah....sekurang2nya dpt juga sedikit pahala hasil imu yang diberi....


bestkan jadik cikgu..selain mengajar anak org, kemahiran yg ada bole guna utk mengajar anak sendiri..


apapun, kepada cikgu2 diluar sana..selamat hari guru dengan pesanan mengajarla seikhlas hatimu kerana sinar keikhlasan itu akan terpancar dari wajahmu dan sirnaannya akan turut dikongsi oleh anak2 didikmu jua.


selamat hari guru 2011.. :)



Tuesday, May 10, 2011

Kenapa saya berubah jadi pengamal perubatan Islam - Ashraf Muslim



Salam perkenalan dan bermulalah interaksi saya bersama pembaca melalui kisah yang akan dibicarakan nanti. Secara jujurnya, saya bukanlah orang yang layak menulis di ruangan ini tetapi pelawaan Berita Harian untuk berkongsi pengalaman serta pandangan membuatkan saya diulit rasa serba salah. 

Maklumlah, kekangan masa memenuhi tanggungjawab merawat pesakit di Klinik Perubatan Islam Al-Hidayah yang kini menjadi rutin harian membimbangkan saya, takut tidak dapat memberi komitmen diharapkan. Kemudian, memikirkan apakah yang bakal dikongsi bersama pembaca, pening juga.

Namun, untuk menolak pelawaan itu, sukar pula hendak menggelengkan kepala. Kenapa? Saya tidak pasti bagaimana menjelaskannya. Mungkin terkejut kerana terus dihujani persoalan, kenapa saya?

Justeru, saya melihat peluang bertemu pembaca dalam ruangan ini sebagai jodoh dan sebagai insan kerdil yang berusaha mencari keredaan Allah, mungkin inilah peluang saya mengembangkan syiar Islam melalui penulisan.

Sebenarnya kekok memulakan bicara kerana tidak pasti dari mana hendak dimulakan. Jika berlakon, ada skrip yang boleh dijadikan panduan. Oleh itu, bercakap mengenai kehidupan, pengalaman adalah sumber terbaik.

Ramai sudah maklum pembabitan saya dalam dunia lakonan dan terbaru, pelancaran Klinik Perubatan Islam Al-Hidayah yang dikongsi bersama pengasasnya, Haji Lokman A Hamid, dirasmikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pada 23 April lalu.
Secara rasminya, kerjaya tetap saya kini ialah pengamal perubatan Islam yang waktu perubatan bermula seawal jam 9 pagi hingga ada kalanya membawa ke dinihari dan pastinya, perubahan ini mencetuskan tanda tanya sesetengah pihak.

Dulu berlakon, kini merawat pesakit. Menggunakan kaedah perubatan Islam pula. Saya tidak persoalkan jika ada yang sangsi tetapi berbekalkan ilmu serta anugerah Allah, saya berusaha memberi bantuan sedaya yang mampu.

Alhamdulillah, ramai yang mendapatkan rawatan di Perubatan Islam Al-Hidayah menerima kerjaya baru saya ini secara positif. Terima kasih saya ucapkan. Namun, tidak kurang yang skeptikal.

Itulah antara cabaran apabila kita ingin melakukan perubahan yang bukan sedikit tetapi perubahan 360 darjah yang pastinya menuntut kekuatan sukar diperkatakan. Ini kerana selain keazaman dan tekad, kekuatan menangkis cabaran persekitaran amat penting.

Saya sendiri berdepan dengan rakan yang tidak dapat menerima perubahan diri. Tetapi itu tidak menghalang cita-cita saya mentransformasi diri mencari keredaan Allah.

Ditanya, apakah yang mencetuskan perubahan ini? Semua bermula sekitar 2009 apabila saya rasa hidup seakan-akan tidak lengkap. Kerjaya ada tetapi masih tertekan. Saya tanya diri kenapa saya tidak gembira, puas mencari jawapan tetapi tetap kosong.

Mulalah terfikir jika saya menghidap penyakit yang tidak diketahui puncanya kerana kerja dan duit tidak pernah putus. Cuma, saya perasan, bila ada rezeki lebih, pasti cepat habis, ada saja masalah. Timbul persoalan, di mana silapnya?

Saya berjumpa Haji Lokman untuk mendapatkan bantuan. Nasihat beliau, dekatkan diri dengan Allah, tunaikan solat taubat, solat hajat dan pergilah mengerjakan umrah. Itulah saya lakukan.

Menyorot kembali perjalanan hidup, nama Ashraf Muslim mula tersiar di media apabila saya terpilih dalam senarai The Cleo 50 Most Eligible Bachelors 2006. Itulah titik tolak pembabitan saya dalam industri seni tanah air.

Seperti artis lain, saya melalui episod demi episod, ada babak seronok dan ada juga tidak. Gosip mengejar artis dan saya juga tidak dapat lari daripadanya. Melihat kembali waktu itu, itulah perjalanan hidup yang tertulis untuk saya.

Sebagai hamba-Nya, ini takdir saya tetapi manusia mempunyai pilihan. Maknanya, saya boleh menentukan kehidupan yang ingin saya kemudi. Saya reda dengan apa yang saya lalui.

Saya harap dapat melakukan lebih banyak kebaikan pada masa depan. Terima kasih kepada yang mendoakan saya dan tunang, Noor Dayana. Dengan izin Allah, semoga dipertemukan pada siri akan datang.

- BERITA HARIAN

Friday, May 6, 2011

assalammualaikum..

hari sabtu dan ahad menjelma lagi. tak sabar nak menunggu hari itu..kerana..dapat rehat dan cuti pun tak pyh nak minta dengan boss..

bukan senang nak minta cuti. balik2 borang kita jak yg ada di meja bos..meluat kang c boss. jgn lupa..bos yg check kpi kita...bebaikla dgn dia....kipas2.

kalu lah diberi peluang, saya nak cuti memanjangg.tapi, rasanya mcm tak bolelah..pasal projek * blm settle lagi..cepat2lah boss check yer..saya nak cuti ni.., rehat..dan memanja dgn anak2 dan cik abe..:)

bagaimana nak bermotivasi dan berkeyakinan diri selalu ya? google menyatakan bhw terdapat beberapa pkr penting yg bole digunapakai utk menaikkan semangat dan keyakinan dlm diri kita. antaranya adalah seperti berikut:


1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.

Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.


2. Tekad Bermotivasi.

Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.


Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.

Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.

Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.


Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri

Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?


Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah

Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.


Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan

Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.


Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

sumber : Shukri Abdullah



semoga jadi panduan kepada kita agar mampu memulakan hari dengan senyuman dan hati yg riang. 


Thursday, May 5, 2011

Petua Supaya Suami Tidak Cari Perempuan Lain





1. Baca  surah Ali Imran ayat 200, tiga kali dan tiup pada dada pasangan anda seminggu sekali sampai bila-bila. Niatkan supaya pasangan anda setia pada anda.

2. Berniat agar perkahwinan sentiasa berkekalan dan berdoa agar Allah s.w.t. sentiasa membantu.

3. Rajin-rajinlah  solat tahajud, mudah-mudahan Allah s.w.t.  mencantikkan rupa anda.

sumber: ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Wednesday, May 4, 2011

BUKANNYA AKU TAKUT


lagu nyanyian jozan dlm maharaja lawak..mcm best!! 

Ku tak peduli
Bila ku benar-benar cinta mati
Ku tak peduli

Ku memang begini
Bila ku benar-benar cinta mati
Ku tak peduli
Apa saja yang ku inginkan kamu rela

Bukannya aku takut akan kehilangan dirimu
Tapi aku takut kehilangan cintamu
Mungkin saja saat itu kau mempermainkan aku
Seakan kau bisa membalas cintaku

Kau takkan mengerti
Yang selama ini aku rasakan, pasti
Kau tak peduli
Bila saja yang ku inginkan kamu rela

Related Posts with Thumbnails