Thursday, July 28, 2011

hutan, pokok, buah

akumm...WBT

semoga di pagi yg ceria ini, kita sentiasa dilindungi Allah SWT dan apa jua tugas yang ringan2 atau yg berat2 dipermudahkan bagi kita untuk menanganinya.

bulan ramadhan dlm sdkt masa lagi akan menjelma. semoga kehadirannya kali ini membuka hati dan jiwa kita menjadi insan yang sentiasa mensyukuri apa pun yang telah diberi kepada kita. semoga juga, ramadhan kali ini membuka hati dan minda kita sekali lagi untuk sentiasa mengingatiNYA dalam apa juapun keadaan kita.



HUTAN...POKOK...BUAH..(title entry kali ini)

sinonim ini sungguh memberi makna, terutama dlm menulis ayat/laporan/penulisan yg berunsurkan fakta.
Bayangkan anda memasuki hutan yang sgt luas...setelah mengkoreksi hutan itu, bayangkan pula pokok yg ada di dalam hutan itu dan bayangkan dedaunan, buah dan batang pokok itu. begitulah juga sekiranya kita kehabisan idea utk menulis ayat dlm entry blog atau menulis laporan kajian...menulislah dengan hati dan perasaan dan bukannya menulis dlm keadaan yg tertekan atau dengan paksaan. dengan bayangan ini, cerita kita akan senang untuk dibaca, 'soft; tetapi berisi..

ermm..sgt susah ya membuat ayat..apatah lg jika tidak hadir di dlm jiwa...
so, menulislah dari hati...semoga hasilnya senang difahami  dan dibaca oleh semua org. andai kita gembira, sudah pasti tulisan kita juga mampu menghiburkan mereka yg berduka. andai juga tulisan kita perlukan fakta, menulislah mengikut panduan..(HUTAN>POKOK>BUAH).

akhir kata: menulislah dari hati...tanpa tekanan atau desakan.
selamat mencuba..:)



No comments:

Related Posts with Thumbnails