Friday, July 8, 2011

Rancang hari anda pada malam sebelumnya!

ada kalanya kita tertanya2 bagaimana nak siapkan tugasan yg diberikan oleh bos dalam masa yg singkat dan dlm keadaan asignment lain yg harus disiapkan segera..bagaimana yak?  takkan tak nak buat pulak kann..so, jawapannya..urus masa secara bijak dan bistari. 

berikut adalah petua daripada irfan khairi ttg tajuk ini. semoga selepas ini kita akan jadi pekerja yg bijak dan bersistematik dan sentiasa disayangi bos...hahaha :)

selain itu, petua ni bole digunakan utk mengurus rumah tangga kita. selepas ini  walau sesibuk manapun keja kat pejabat, tetapi umah tatap ok dan anak serta bapa tatap sayangg dgn kita....heheheh....

ok, selamat mencuba...petua 1minit bersama irfan khairi...

Rancang hari anda pada malam sebelumnya!

Salah satu topik paling penting dalam kejayaan adalah pengurusan masa (time management). Satu cara untuk menentukan masa anda tidak terbuang dan penggunaan masa anda yang lebih efektif adalah untuk anda merancang hari anda sehari sebelumnya.
Ambil masa 10 minit- 20 minit pada setiap malam untuk merancang hari esok anda. Dengan menyenaraikan apa yang anda perlu lakukan, dan waktu sepatutnya kerja tersebut selesai, anda akan menjimat berjam-jam masa berbanding dengan hari yang anda tidak merancang apa-apa.
10 - 20 minit perancangan akan menjimat sehingga 3-4 jam dari masa anda keesokannya! Sediakan satu senarai apa yang anda perlu lakukan (1-2-3-4-5…), dan waktu kerja tersebut perlu diselesaikan (pagi, tengah hari, petang, malam). Apabila satu kerja selesai dari senarai anda, potongkannya dari senarai anda. Ini akan memberi kepuasan kepada anda oleh kerana anda menulis satu matlamat, dan matlamat tersebut tercapai. Ia juga akan memberi motivasi kepada anda untuk menyiapkan kerja yang seterusnya.
Tidak pernah cuba? Mulakan malam ini! :)
Pasti anda pernah dengar: “Orang yang gagal untuk merancang adalah orang yang merancang untuk gagal!”

No comments:

Related Posts with Thumbnails