Tuesday, August 16, 2011

seperti selalu...

di kala hati gundah gulana
hanya dirimu kuingin jadi teman
untuk menyelusuri
onak2 kehidupan
yang tak mampu untukku meredahnya
sendirian...


kuingin dirimu menjadi penenamku 
dikala suka dan dukaku
tapi
mengapa ketika aku dilanda kegusaran
dikau seakan tidak mengerti
betapa terseksanya jiwa
berhadapan dengan onak2 itu sendirian


siapa kata aku tak perlukan mu
bagiku kau adalah sumber inspirasiku
tanpamu tiadala cahaya dalam diriku
gelap gelita walau di siang hari


kembalikan keriangan dalam diriku seperti selalu
walau kesusahan dan penderitaan itu tiada siapa yang tahu
tetapi dengan mudah kita melaluinya
tanpa takut, gelisah, muram durjana
umpama kata2 petik jari sahaja
serasa begitu mudah untuk melaluinya...


Ya Allah..hanya kepadaMu aku berserah
Hanya kepadaMu aku meminta..
kembalikan keceriaan dalam diriku....
seperti selalu...


Amin...



Saturday, August 13, 2011

kata Hati

salam semua..

semoga di petang sabtu yg mendung ini, dapatlah kiranya kita bermunasabah diri atas apa yg telah berlaku dlm kehidupan seharian kita. selalunya, cuaca di ptg begini tersangat terik. sehingga hati2 kita terlalu lekas dan cepat utk membara. kenapa ya? adakah kerana cuaca atau kerana kita adalah seorang pemarah?

sebelum turun ke dapur utk menyiapkan apa2 yg perlu, hari ni nak berceloteh sedikit soal hati. hati..byk perumpaan ttg hati. sakit hati, hati2, hati perut, hati batu, dan mcm2 hati. so, walau semarah manapun kita, mulut kena berhati2..kerana mulut hati insan lain akan binasa. kerana mulut, hati anak2, suami, isteri, kawan2 sekerja akan terluka. lebih2 lagi di bulan puasa...sayangnya, pahala berkurang..hanya kerana tidak berhati2 berbicara, hati yg telah tersentuh, bukan senang utk diubati. mungkin waktu sahaja yg menentukan bilakah hati ini berupaya utk sembuh..

apapun, semoga hari esok, hati2 yg terluka akan pulih dan ceria seperti selalu, beroleh ketenangan dlm menjalani sisa2 hidup yg mendatang. semoga kali ini, hati2 ini mampu menepis kata2 luahan hati mereka yg terkecewa. moga2 hati kita, hati2 mereka dan hati2 insan di dunia ini terpelihara......
MOGA2.



Monday, August 8, 2011

mengurus masa dengan bijak





ketenangan..ya..jika kita dlm keadaan tenang, semua kerja/tugas akan dapat dilaksanakan dengan mudah dan pantas. hanya mengambil sedikit masa (5/10 minit sehari) tumpukan perhatian sepenuhnya dengan tugas yg diberi; sudah memadai untuk melaksanakan tugas yang diberikan kepada kita. apa yg penting, time menyelesaikan tugasan, minda perlu tenang supaya minda fokus dengan tumpuan 100% dengan kerja yg dilakukan.


selama ini kita takut untuk melaksanakan tugas dlm masa yg singkat, kerana kita tahu masa yg diberikan belum tentu mencukupi. tetapi, jika dipraktikkan konsep TENANG dan FOKUS ini, tugas tersebut amaltlah mudah dan senang. pokok pangkalnya KETENANGAN. jgn paksa diri untuk menjlnkan tugas, kerana jika kita berasa tertekan, kreativiti diri secara tidak langsung akan terbantut. maka, tugas yg dibuat hanya umum dan kurang unsur2 kreatif.


so, be kreatif. how? relax...letakkan tangan di paha, tarik nafas panjang2 dan hembusss...:) (jgn tidur pula ye)..:)




ok, selamat mempraktikkan kaedah ini dan semoga selepas ini kita akan lebih kreatif dlm melaksanakan tugas dan dipermudahkan urusan.



Monday, August 1, 2011

puasa...



akum ...selamat pagi semua...

akhirnya 1 ogos 2011..bulan ramdhan menjelma juga..
semoga kali ini, puasa kita akan lebih diberkati dan dirahmati..
yg penting,..tanpa latihan yg secukupnya ni..harap2 dapat bertahan dan bersabar ....
moga2....:)

Related Posts with Thumbnails