Saturday, August 13, 2011

kata Hati

salam semua..

semoga di petang sabtu yg mendung ini, dapatlah kiranya kita bermunasabah diri atas apa yg telah berlaku dlm kehidupan seharian kita. selalunya, cuaca di ptg begini tersangat terik. sehingga hati2 kita terlalu lekas dan cepat utk membara. kenapa ya? adakah kerana cuaca atau kerana kita adalah seorang pemarah?

sebelum turun ke dapur utk menyiapkan apa2 yg perlu, hari ni nak berceloteh sedikit soal hati. hati..byk perumpaan ttg hati. sakit hati, hati2, hati perut, hati batu, dan mcm2 hati. so, walau semarah manapun kita, mulut kena berhati2..kerana mulut hati insan lain akan binasa. kerana mulut, hati anak2, suami, isteri, kawan2 sekerja akan terluka. lebih2 lagi di bulan puasa...sayangnya, pahala berkurang..hanya kerana tidak berhati2 berbicara, hati yg telah tersentuh, bukan senang utk diubati. mungkin waktu sahaja yg menentukan bilakah hati ini berupaya utk sembuh..

apapun, semoga hari esok, hati2 yg terluka akan pulih dan ceria seperti selalu, beroleh ketenangan dlm menjalani sisa2 hidup yg mendatang. semoga kali ini, hati2 ini mampu menepis kata2 luahan hati mereka yg terkecewa. moga2 hati kita, hati2 mereka dan hati2 insan di dunia ini terpelihara......
MOGA2.



No comments:

Related Posts with Thumbnails