Sunday, December 23, 2012

selawat syifa

selawat penawar untuk sakit seperti demam dan pelbagai penyakit.

1) baca al fatihah...
2) baca selawat syifa..
3) baca doa penawar untuk sakit yang dihidapi seperti demam dan sebagainya.
4) hembus ke air...
5) minum dan boleh juga disapu ke anggota badan yang sakit.

sekadar berkongsi....:)

Saturday, December 22, 2012

Sepetang di TeRaTaK SeRi..

waa...bestnya duduk di rumah petang2 macam ni...selalunya..petang begini tak da di rumah..mcm2 hal yang dibuat..balik kampung..turun ke kota...menziarahi majlis2 keramaian..dan seribu satu macam...terasa nikmatnya duduk di rumah....

Assalammualaikum....
buat pembaca setia blog aznur..:) sepetang begini, apa yang anda sedang lakukan? pasti banyak aktiviti kan...barangkali sedang tidur pun ada... time ujan mcm nie..katil dan bantal pun kata mari2..

kuatkan semangat!! Jgn tidur petang terutama selepas Asar. Bahaya untuk kesihatan..

sekejap tadi sedang melayan enovel dari http://pearlpett2.blogspot.com.
Hebat dan bertenaga! konfirm bole maju ke hadapan sebaris dengan novelis2 yang lain.

sambil2 tu, sempat jugak menjengah rumah prof muhaya dalam rancangan Siapa di rumah....sebagai rujukan dan panduan hiasan rumah...samping tu, ada resipi bole dicuba..

 part 1

part 2

 sekadar berkongsi...jumpa lagi...:)

Sunday, December 9, 2012

sekadar berkongsi rasa di petang ahad yang indah

assalammualaikum wbt....

salam btemu di alam maya...
jam menunjukkan angka 4.10 pm, cepatnya masa berlalu..sedar tak sedar sudah menghampiri petang dan sekejap lagi malam akan memunculkan dirinya...

sebagai suri di hari minggu, banyak perkara perlu dilakukan. mengurus rumah, anak, suami selain mengurus diri sendiri. penatnya hanya TUHAN saja yang tahu..apatah jika tidak ada pembantu rumah. apapun, untuk memudahkan itu semua, anggaplah apa yang dilakukan adalah satu ibadah... semata2 untuk mendapatkan redha dariNYA....

Mudah2an, setitik dua peluh yang mengalir akan menghujani rahmat di dalam rumahtangga kita. sedetik perih yang ditanggung akan menyemarakkan kasih sayang yang mendalam di jiwa insan2 yang disayangi. Hanya secebis doa kupanjatkan agar jiwa2 yang ada disekelilingku akan bersinar dan hati2 yang ada didalamnya juga akan turut bercahaya..

 Ya Allah...ampunkanlah aku jika hati ku masih kerdil untuk mengingatMU...ampunkanlah aku, suami dan anak2ku, ibu bapa dan adik beradikku Ya Allah...ampunkanlah kami jika hati kami masih kurang dalam mengingatiMU. tunjukkanlah kami jln yang lurus Ya Allah....hanya kepadaMU kami berserah, hanya kepadaMU jualah tempat kami meminta dan mengadu....Aaminn...



sedikit perkongsian ilmu dari rancangan semanis kurma bertajuk: "didik Anak".

DOA2 dalam mendidik anak:

1.AGAR ANAK CERDIK: SURAH AL-ANBIYA' AYAT 79.
2.AGAR ANAK TAAT PD ALLAH: AL-BAQARAH AYAT 128.
3.UTK MENDAPAT ANAK YG SOLEH/ZURIAT YG SOLEH: ALI IMRAN AYAT 38.
4. DOA LEMBUT HATI: SURAH AN-NAMLI AYAT 30-31.
5. DOA KASIH SYG SUAMI-ISTERI SEKELUARGA: SURAH AL-FURQAN AYAT 74 & ALI   IMRAN AYAT 31.









Friday, July 20, 2012

1 Ramadhan 1433H




mendengarkan pengumuman posa drp penyimpan mohor besar Raja2, menyimpan nostalgia yg sukar utk dilupakan. dr zaman kanak2 sehingga menginjak ke sepertiga usia, pengumuman ini membawa erti yg begitu besar dlm diri. satu motivasi utk melangkah ke bulan Ramadan, bulan umat manusia utk beribadah dan mengingati Allah swt. Bulan yg penuh dgn keberkatanNya, bulan yg menyatukan umat manusia sejagat. 


pengumuman ini menandakan Ramadan bertandang lagi. 
21 julai 2012 (sabtu) akan bermulalah satu episod baru dlm diari kehidupan.
bangun seawal 3 atau 3.30 pagi-menyediakan hidangan untuk bersahur,
harapan tahun ni, anak2 akan dididik dan dibawa bersama untuk berpuasa, insya Allah...


bagi yg bkja, pulang seawal 2.30pm, 3.00pm, atau 3.30 pm adalah masa yg ditunggu2. (utk yg kahwin je). tp, sampai umah, bergegas utk mlakukan tugas sebagai chef dapur. taktaula knp ada juga segelintir manusia yg tak suka balik awal sepertimana yg telah dibenarkan hanya kerana utk menyiapkan kerja2 pejabat. come on la kawan, ini kan bulan ramadan, muliakanlah ia...sekali setahun jak, bukannya berbulan2. sayang kalau tak ambil perhatian dgn hikmat yg tersembunyi dlm bulan ni...

balik umah awal byk faedahnya...
1. bole singgah pasar ramadan....:) dpt beli makanan yg susah nak dimasak, mcm lambchop...
2. dpt menyediakan makanan utk berbuka...berbuka kan wajib bersegera...
3. dapat bersedia utk solat terawih....
4. dpt berehat...
5. dpt mluangkan masa utk keluarga..tutama stlh siap menyediakan makanan utk keluarga berbuka, lainlah kalau TAPAU jak...

oklah, cukup stkt ini coleteh kita, jika ada masa tluang, boleh coret2 lagi.
bye...:)









Wednesday, July 4, 2012

baru tahu...:)

bismillahirrahmanirohim..


akum semua...nak tau petua merawat batu karang dan senggugut serta kesuburan? silalah tengok vedio di bawah. syukur banyak2 kerana terjumpa utube ni. rupa2nya apa yg ada disekeliling kita adalah ubat...  


terima kasih ustaz...:)

Baru tau;

- buah delima yang sempurna adalah apabila kelopaknya yang 6 tu ok ja, tak rosak;
- utk sakit batu karang: rebus kulit buah delima yg mcm sarang lebah (buka isi) dlm periuk dgn 7 gelas air;
- minum 1 gelas setiap hari.
- utk senggugut dan kesuburan: makan isi buah delima....

lepas ni, jika jumpa buah delima pasti akan dicuba.

selamat mencuba...


Wednesday, March 21, 2012

motivasi2


Sαyα tαk bαgus dαlαm [ENGLISH], Tapi sαyα boleh bαgitαhu yαng [I LOVE YOU]
Sαyα tαk bαgus dαlαm [GEOGRAFI], Tαpi sαyα boleh tαhu αwαk tinggαl dαlαm [HATI] sαyα..
Sαyα tαk bαgus dαlαm [SEJARAH], Tαpi sαyα [INGAT FIRST TIME] sαye kenαl αwαk..
Sαyα tαk bαgus dαlαm [KIMIA], Tαpi sαyα boleh bαgitαhu [TINDAK BALAS] sαyα bilα αwαk senyum..




I may not be that perfect but I know how to love,
I may not be friendly, but I know when to lend a hand,
I may not be that honest, but I know when to be truthful,
I may not be that kind, but I know how to understand...
I may not be that gentle, but I know when to stop,
I may not be that bright, but I know how to give reason,
I may not be that talented, but I can make their eyes grow wide,
I may not be that gorgeous, but I know what's fashion...
I may not be that romantic, but I know how to care,
I may not be impassive, but I know how to feel,
I may not be that sweet, but I know how to pamper,
I may not be that good, but I know what's real.....
I may not be that strong, but I know when to fight,
I may not be that powerful, but still I can conquer,
I may not be that brave, but I know when to face my fears,
I may not be that insensitive, but I know when to linger...
I may not be that high, but I can still touch the top,
I may not be that rich, but I can give you my all,
I may not be a star, but I know how to shine,
I may not be that famous, but I can still stand tall I may not be perfect...

BUT I KNOW HOW TO TRY

motivasi pagi

Seorang ibu itu adalah madrasah. 
Apabila engkau mendidik anak-anakmu, bererti engkau sedang menyediakan satu generasi yang unggul" - Penyair. 

Tuesday, March 13, 2012

sekadar kongsi ilmu...


malam pertama di alam barzakh

Oleh : Amru Alhaz Bin Adnan


Setiap detik pasti  ada orang yang meninggal dunia dan pada setiap detik juga pasti ada bayi yang baru dilahirkan. Begitulah rutin kehidupan dunia ini. Yang hidup akan mati, yang pergi akan digantikan dengan yang baru. Kita di dunia adalah umpama seorang musafir yang singgah sebentar berteduh di bawah sebatang pokok. Kemudian dia akan meneruskan perjalanannya ke  alam kubur ataupun alam barzakh. Menurut kamus Mukhtar al-Shahhah (????? ??????) oleh Abu Bakr al-Razi, barzakhbermaksud dinding pembatas antara dua benda. Berdasarkan (iktikad) Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah, setiap manusia akan berada di dalam satu alam yang dinamakan alam barzakh. Ia terletak di antara alam dunia dan alam akhirat. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah S.W.T di  dalam surah Al-Mukminun ayat 99-100:


Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah dia: “Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) - supaya aku mengerjakan amalan soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan kau akan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka alam barzakh (dinding) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada Hari Kiamat).


Seseorang yang sudah mati dan berada di alam barzakh dapat menjangkakan sama ada dia akan mendapat kenikmatan atau kesengsaraan di akhirat kelak. Perkara ini disebut dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidzi, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:


"Sesungguhnya kubur itu ialah penginapan pertama antara penginapan akhirat, maka sekiranya seseorang itu terlepas dari seksaannya, maka apa yang akan datang kemudiannya akan lebih mudah lagi dan seandainya seseorang itu tidak terlepas (kandas) daripada (seksaannya), maka yang akan datang sesudahnya akan lebih sukar (keras, berat)."


Dr A’idh  Abdullah al-Qarni menulis di dalam sebuah bukunya yang cukup terkenal bertajuk “Malam Pertama Di Alam Kubur”: Seorang penyair arab pernah mendendangkan syairnya:


Aku tinggalkan tempat tidurku pada satu hari, kemudian aku terserkap membisu. Aku telah berpindah dari satu tempat menuju tempat lain. Aku berangkat pergi dari ranjang tidur dalam istanaku menuju alam lain. Kubur adalah malam pertama. Demi Allah katakanlah apa yang terjadi pada malam tersebut .Yang Allah pasti mentakdirkannya pada setiap hamba.


Renungkanlah bagaimana perjalanan seseorang manusia akan berakhir di dalam kubur. Al-Rifa’i berkata: “ Setiap orang yang takut pada sesuatu pasti akan menghindarinya, kecuali kubur. Tidak ada orang yang ingin lari daripadanya melainkan dia akan datang kepadanya. Dia selalu menunggumu tanpa jemu, dan apabila engkau masuk ke dalamnya, engkau tidak akan kembali selama-lamanya. Renungilah nasib saudaramu yang kini telah dikuburkan: “Dahulu dia menikmati pemandangan yang indah, kini matanya telah tertanggal, dahulu lidahnya petah bertutur, kini cacing tanah telah memakan mulutnya. Dahulu dia sering tertawa, kini giginya hancur terbenam.”


Umar bin Abdul Aziz pernah  berkata kepada beberapa orang sahabatnya di dalam satu majlis, Wahai fulan! engkau telah melepasi satu malam, adakah pernah kau terfikir tentang kubur dan penghuninya? Sekiranya kau tahu apakah keadaan sebenar di dalam kubur, pasti kau tak akan berani mendekatinya.


Pada suatu ketika pula , Umar bin Abdul Aziz mengiringi jenazah saudaranya. Apabila jenazah selamat dikebumikan, maka semua orang  telah bersurai kecuali  beliau dan beberapa orang sahabatnya yang  masih tidak berganjak dari kubur tersebut.  Tidak lama kemudia sahabatnya bertanya: Wahai Amirul Mukminin, kau merupakan wali kepada jenazah ini, mengapa engkau perlu menunggunya lagi sedangkan dia telah meninggalkanmu. Umar pun berkata: “ Ya,  sesungguhnya kubur ini memanggilku dari belakang.  Mahukah kalian tahu apakah yang dikatakannya kepadaku: Mereka menjawab “ Sudah tentu wahai Amirul Mukminin. Kubur ini memanggilku dan berkata, “ Wahai Umar bin Abdul Aziz, mahukan aku ceritakan kepadamu apakah yang akan aku lakukan kepada  jenazah yang kau cintai ini? Ya, jawab Umar. Kubur itu menjawab: Aku akan bakar kain kapannya, aku robek badannya, aku sedut darahnya serta aku kunyah dagingnya.


Mahukah engkau tahu apa yang akan aku lakukan pada anggota badannya? Sudah tentu jawabku. Aku cabut satu persatu dari telapak hingga ke tangan, dari tangan ke lengan, dan dari lengan menuju ke bahu. Lalu aku cabut pula lutut dari pehanya, Peha dari lututnya. Aku cabut lutut itu dari betis. Dari betis menuju ke telapak kakinya.


Setelah mendengar penjelasan daripada kubur itu, Umar pun menangis dan berkata.” Ketahuilah sahabatku, umur dunia hanya sedikit. Kemuliaan di dalamnya adalah kehinaan. Pemuda akan menjadi tua dan yang hidup akan mati. Celakalah mereka yang tertipu olehnya. Celakalah aku, bagaimana keadaanku ketika bertemu malaikat maut, saat rohku meninggalkan dunia? Keputusan apakah yang akan diturunkan oleh Tuhanku.  Dia terus menangis dan terus menangis, lalu pergi. Tidak berapa lama kemudian beliau meninggal dunia.


Antara syarat kemenangan dan kejayaan seorang hamba   ialah mempersiapkan diri menghadapi kematian dan menyedari bahawa dirinya akan menjadi penghuni kubur. Tetapi ramai di kalangan kita mengabaikan peringatan dan ancaman yang berbahaya ini. Jika pun kita mengingati kematian, itu pun hanya dilakukan dengan sambil lewa. Tahukah saudaraku, mengapa ini berlaku. Hal ini berpunca disebabkan hati kita yang terlalu cinta dan sibuk dengan perkara dunia sehingga menyebabkan hati kita keras dan gelap dari cahaya.


Saudaraku sekalian, jalan Allah tidak dapat kita tempuhi dengan telapak kaki tetapi ia dapat ditempuh dengan kekuatan hati. Jika kita merasakan hati kita keras dan beku rawatilah ia dengan penjelasan dahsyatnya kubur. Rawatilah hati kita agar ia hidup kembali. Untuk merawat hati yang keras ini boleh dilakukan dengan melaksanakan beberapa perkara:


Pertama- Memperbanyakkan membaca al-Quran dan berzikir. Dengan cara ini hati menjadi hidup. Ketahuilah hati yang tidak pernah ataupun jarang jarang membaca al-Quran  adalah hati yang mudah terpengaruh dengan tipu daya syaitan.
Kedua- Sentiasa merendah diri dan menangis di hadapan Allah. Kita hendaklah bersikap kepada Tuhan sebagai seseorang yang sangat memerlukan-Nya. Apabila kita ditimpa kesulitan, merintih dan berdoalah kepada-Nya.
Ketiga – Menghadiri majlis-majlis ilmu. Sedarilah, semakin tinggi ilmu agama seseorang semakin takut dia kepada Tuhan-Nya. Di samping itu juga elakkan diri dari menghadiri majlis-majlis yang tidak berfaedah dan membuang masa. Ini termasuklah majlis tari-menari dan  juga konsert-konsert hiburan yang melalaikan.
Keempat- Mengingati mati. Seseorang yang sentiasa ingat akan kematian menyebabkan hatinya tertumpu kepada alam akhirat, sekaligus meremehkan dunia dan tidak panjang angan-angan.
Kelima- Menziarahi kubur. Jika hati kita tidak dapat disembuhkan dengan cara sebelum ini maka inilah  cara yang paling berkesan dalam mengubati hati yang keras.  Rasulullah s.a.w bersabda:


“Ziarahilah kubur kerana ia akan mengingatkanmu kepada kematian”.  (Riwayat Muslim)


Kesimpulannya, jelaslah kepada kita bahawa kematian itu pasti, ia tidak tertangguh walaupun sedetik. Disebabkan kedatangannya merupakan satu misteri maka manusia hendaklah sentiasa berada dalam keadaan bersedia.


“Wahai orang tua yang telah bongkok punggungnya dan dekat ajalnya, apakah engkau telah bersiap sedia menghadapi malam pertama? Wahai pemuda gagah yang bergelimang harta,  pangkat dan kuasa, apakah engkau telah mempersiapkan diri menghadapi malam pertama? Ia adalah malam pertama dengan dua wajah, mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam syurga berikutnya, atau menjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya.



Artikel ini pada asalnya ialah teks khutbah yang yang ditulis untuk terbitan JAKIM dan telah disunting untuk bacaan dalam bentuk artikel.

Thursday, March 1, 2012

Ustaz Don~ keinsafan yg terindah~


salam semua...

syukur Alhamdulillah..sekurang2nya belum tlambat untuk berubah menjadi insan tbaik dunia dan akhirat..masih ada waktu utk menjadi ibu, kakak, anak, adik dan kawan, atau sahabat yang baik. sesungguhnya, keinsafan itu tersangat indah. 


semoga kita tergolong dalam hati2 yg mencintai Allah dan rasulNya.. Amin ya rabbil Alamin..   

Thursday, January 19, 2012

ipad 3

kunun nak beli ipad 2 tapi dengar cerita ipad 3 nak keluar pulak..


so, kena tangguh niatla ni..
sapa tak mau benda free kan..
semua org mau..untungla..sapa yg dpt free tu,
so, buat kerja kenala betul2 dan lebih ups berbanding dgn org lain...

sudah rezeki...
dimana2 pun kalau berdoa kpdNYA
pasti akan melimpah ruah juga rezeki ALLAH SWT bagi.
sabar ajer la..setiap yg berlaku ada hikmahnya...

yg penting, buat keja biar ikhlas dan sudah pasti apa yg dilakukan pasti akan berjaya,
dan membawa kejayaan yang berlipat2 kali ganda...

Monday, January 16, 2012

Solla' Alaikallah Rabbani

syukur alhamdulillah.....
selawat ini sedikit banyak telah membuka mata hati yg rasanya sudah terlalu jauh menyimpang dari asal kewujudan diri...



sejuk hati mendengarkan...
selama ini telinga ditutupi dengan adu domba macam2 perkara dunia...terlupa seketika betapa pentingnya telinga mendengar alunan selawat, zikir, ayat2 al quran dan seumpamanya..tetapi arus perjalanan hidup yg semakin hangat dgn kesibukan kota, dgn kestresan kerja..sehingga masa untuk menghalusi jiwa...tidak tersenarai dalam diari kehidupan.

adakalanya, mulut lebih baik diam tak kata apa2. kerana dengan mulut, badan binasa, rosak persaudaraan..kerana mulut yg semakin pintar berkata2, tak sedar apa perasaan telinga yg mendengar...YA Allah...dekatkan diriku pada kebaikan di dunia dan jauhkan diriku dari keburukan yg ada di dunia...ampunkan dosa2ku..yg terniat, yg terluah dan terkena pada mereka2 yg tidak berdosa.

alangkah baiknya, berfikir sebelum berkata2. lihat sekeliling..pandang2 depan dan belakang, tepi, kiri dan kanan..kerana telinga2 yg mendengar sangat terseksa...kekal diingatan sampai bila...

oleh itu, bertaubatlah...dan buatlah kebaikan sesama insan agar rahmatNYA sentiasa mengiringi perjalanan kehidupan kita di dunia....AMINNN...


Thursday, January 5, 2012

BIASALAH...KERJA..

as salammm...

start keja dah...makanya startlah enzim2 stress mendatang...tapi tiapa..kali ni nak halau stress dengan senyuman yang paling manis sekali...kwang3..betulkah stress bole halau...:) sedangkan boss besar pun bule2 stress apakan lagi kita yg orang suruhan sahaja ni....SABAR....

ermm...biarkanlah...luncai terjun dgn labu labinya...yg penting kita kena rilekss dan tenangkan fikiran..pedulikanlah anasir2 jahat dan suara2 yg menggangu pendengaran telinga. kalau kerja mendatang..terima dgn dada terbuka..kalau keja tak datang2 juga..terima lah dgn hati terbuka juga..hahaha...rajalawak betuiii....yg penting..gunakan masa yg ada utk kemaskini fail dan data2 yg perlu..

bestnya mrk...sambil2 outstation, sambil2 melancong, sambil2 melencong dan sambil2 juga masuk duit poket..
ieyala tu....biasala.. projek ada ##..semua pun mau..antam sajalah!!..(lupa diri sekejap...)

bukan senang jugak tu...ada juga yg tak nak tapi terpaksa..yg mahu pula tak dapat...kalau salah analisis...***ada pula yg dah pasang strategi...suruh jak anak2 buah carik bhn...lepas tu..analisis je..bukan begituka strategi yg dahulu2... ini kali la..

yg penting keja tetap keja dan buatlah keja dgn hati yg terang dan benderang..:)

selamat kembali bekerja dan semoga keja2 kita akan mendapat keberkatan..drpNYA..aminn

chayos...



Related Posts with Thumbnails