Monday, January 16, 2012

Solla' Alaikallah Rabbani

syukur alhamdulillah.....
selawat ini sedikit banyak telah membuka mata hati yg rasanya sudah terlalu jauh menyimpang dari asal kewujudan diri...



sejuk hati mendengarkan...
selama ini telinga ditutupi dengan adu domba macam2 perkara dunia...terlupa seketika betapa pentingnya telinga mendengar alunan selawat, zikir, ayat2 al quran dan seumpamanya..tetapi arus perjalanan hidup yg semakin hangat dgn kesibukan kota, dgn kestresan kerja..sehingga masa untuk menghalusi jiwa...tidak tersenarai dalam diari kehidupan.

adakalanya, mulut lebih baik diam tak kata apa2. kerana dengan mulut, badan binasa, rosak persaudaraan..kerana mulut yg semakin pintar berkata2, tak sedar apa perasaan telinga yg mendengar...YA Allah...dekatkan diriku pada kebaikan di dunia dan jauhkan diriku dari keburukan yg ada di dunia...ampunkan dosa2ku..yg terniat, yg terluah dan terkena pada mereka2 yg tidak berdosa.

alangkah baiknya, berfikir sebelum berkata2. lihat sekeliling..pandang2 depan dan belakang, tepi, kiri dan kanan..kerana telinga2 yg mendengar sangat terseksa...kekal diingatan sampai bila...

oleh itu, bertaubatlah...dan buatlah kebaikan sesama insan agar rahmatNYA sentiasa mengiringi perjalanan kehidupan kita di dunia....AMINNN...


No comments:

Related Posts with Thumbnails