Sunday, December 23, 2012

selawat syifa

selawat penawar untuk sakit seperti demam dan pelbagai penyakit.

1) baca al fatihah...
2) baca selawat syifa..
3) baca doa penawar untuk sakit yang dihidapi seperti demam dan sebagainya.
4) hembus ke air...
5) minum dan boleh juga disapu ke anggota badan yang sakit.

sekadar berkongsi....:)

Saturday, December 22, 2012

Sepetang di TeRaTaK SeRi..

waa...bestnya duduk di rumah petang2 macam ni...selalunya..petang begini tak da di rumah..mcm2 hal yang dibuat..balik kampung..turun ke kota...menziarahi majlis2 keramaian..dan seribu satu macam...terasa nikmatnya duduk di rumah....

Assalammualaikum....
buat pembaca setia blog aznur..:) sepetang begini, apa yang anda sedang lakukan? pasti banyak aktiviti kan...barangkali sedang tidur pun ada... time ujan mcm nie..katil dan bantal pun kata mari2..

kuatkan semangat!! Jgn tidur petang terutama selepas Asar. Bahaya untuk kesihatan..

sekejap tadi sedang melayan enovel dari http://pearlpett2.blogspot.com.
Hebat dan bertenaga! konfirm bole maju ke hadapan sebaris dengan novelis2 yang lain.

sambil2 tu, sempat jugak menjengah rumah prof muhaya dalam rancangan Siapa di rumah....sebagai rujukan dan panduan hiasan rumah...samping tu, ada resipi bole dicuba..

 part 1

part 2

 sekadar berkongsi...jumpa lagi...:)

Sunday, December 9, 2012

sekadar berkongsi rasa di petang ahad yang indah

assalammualaikum wbt....

salam btemu di alam maya...
jam menunjukkan angka 4.10 pm, cepatnya masa berlalu..sedar tak sedar sudah menghampiri petang dan sekejap lagi malam akan memunculkan dirinya...

sebagai suri di hari minggu, banyak perkara perlu dilakukan. mengurus rumah, anak, suami selain mengurus diri sendiri. penatnya hanya TUHAN saja yang tahu..apatah jika tidak ada pembantu rumah. apapun, untuk memudahkan itu semua, anggaplah apa yang dilakukan adalah satu ibadah... semata2 untuk mendapatkan redha dariNYA....

Mudah2an, setitik dua peluh yang mengalir akan menghujani rahmat di dalam rumahtangga kita. sedetik perih yang ditanggung akan menyemarakkan kasih sayang yang mendalam di jiwa insan2 yang disayangi. Hanya secebis doa kupanjatkan agar jiwa2 yang ada disekelilingku akan bersinar dan hati2 yang ada didalamnya juga akan turut bercahaya..

 Ya Allah...ampunkanlah aku jika hati ku masih kerdil untuk mengingatMU...ampunkanlah aku, suami dan anak2ku, ibu bapa dan adik beradikku Ya Allah...ampunkanlah kami jika hati kami masih kurang dalam mengingatiMU. tunjukkanlah kami jln yang lurus Ya Allah....hanya kepadaMU kami berserah, hanya kepadaMU jualah tempat kami meminta dan mengadu....Aaminn...



sedikit perkongsian ilmu dari rancangan semanis kurma bertajuk: "didik Anak".

DOA2 dalam mendidik anak:

1.AGAR ANAK CERDIK: SURAH AL-ANBIYA' AYAT 79.
2.AGAR ANAK TAAT PD ALLAH: AL-BAQARAH AYAT 128.
3.UTK MENDAPAT ANAK YG SOLEH/ZURIAT YG SOLEH: ALI IMRAN AYAT 38.
4. DOA LEMBUT HATI: SURAH AN-NAMLI AYAT 30-31.
5. DOA KASIH SYG SUAMI-ISTERI SEKELUARGA: SURAH AL-FURQAN AYAT 74 & ALI   IMRAN AYAT 31.









Related Posts with Thumbnails