Showing posts with label coretan hati. Show all posts
Showing posts with label coretan hati. Show all posts

Sunday, December 9, 2012

sekadar berkongsi rasa di petang ahad yang indah

assalammualaikum wbt....

salam btemu di alam maya...
jam menunjukkan angka 4.10 pm, cepatnya masa berlalu..sedar tak sedar sudah menghampiri petang dan sekejap lagi malam akan memunculkan dirinya...

sebagai suri di hari minggu, banyak perkara perlu dilakukan. mengurus rumah, anak, suami selain mengurus diri sendiri. penatnya hanya TUHAN saja yang tahu..apatah jika tidak ada pembantu rumah. apapun, untuk memudahkan itu semua, anggaplah apa yang dilakukan adalah satu ibadah... semata2 untuk mendapatkan redha dariNYA....

Mudah2an, setitik dua peluh yang mengalir akan menghujani rahmat di dalam rumahtangga kita. sedetik perih yang ditanggung akan menyemarakkan kasih sayang yang mendalam di jiwa insan2 yang disayangi. Hanya secebis doa kupanjatkan agar jiwa2 yang ada disekelilingku akan bersinar dan hati2 yang ada didalamnya juga akan turut bercahaya..

 Ya Allah...ampunkanlah aku jika hati ku masih kerdil untuk mengingatMU...ampunkanlah aku, suami dan anak2ku, ibu bapa dan adik beradikku Ya Allah...ampunkanlah kami jika hati kami masih kurang dalam mengingatiMU. tunjukkanlah kami jln yang lurus Ya Allah....hanya kepadaMU kami berserah, hanya kepadaMU jualah tempat kami meminta dan mengadu....Aaminn...



sedikit perkongsian ilmu dari rancangan semanis kurma bertajuk: "didik Anak".

DOA2 dalam mendidik anak:

1.AGAR ANAK CERDIK: SURAH AL-ANBIYA' AYAT 79.
2.AGAR ANAK TAAT PD ALLAH: AL-BAQARAH AYAT 128.
3.UTK MENDAPAT ANAK YG SOLEH/ZURIAT YG SOLEH: ALI IMRAN AYAT 38.
4. DOA LEMBUT HATI: SURAH AN-NAMLI AYAT 30-31.
5. DOA KASIH SYG SUAMI-ISTERI SEKELUARGA: SURAH AL-FURQAN AYAT 74 & ALI   IMRAN AYAT 31.









Thursday, January 19, 2012

ipad 3

kunun nak beli ipad 2 tapi dengar cerita ipad 3 nak keluar pulak..


so, kena tangguh niatla ni..
sapa tak mau benda free kan..
semua org mau..untungla..sapa yg dpt free tu,
so, buat kerja kenala betul2 dan lebih ups berbanding dgn org lain...

sudah rezeki...
dimana2 pun kalau berdoa kpdNYA
pasti akan melimpah ruah juga rezeki ALLAH SWT bagi.
sabar ajer la..setiap yg berlaku ada hikmahnya...

yg penting, buat keja biar ikhlas dan sudah pasti apa yg dilakukan pasti akan berjaya,
dan membawa kejayaan yang berlipat2 kali ganda...

Monday, January 16, 2012

Solla' Alaikallah Rabbani

syukur alhamdulillah.....
selawat ini sedikit banyak telah membuka mata hati yg rasanya sudah terlalu jauh menyimpang dari asal kewujudan diri...



sejuk hati mendengarkan...
selama ini telinga ditutupi dengan adu domba macam2 perkara dunia...terlupa seketika betapa pentingnya telinga mendengar alunan selawat, zikir, ayat2 al quran dan seumpamanya..tetapi arus perjalanan hidup yg semakin hangat dgn kesibukan kota, dgn kestresan kerja..sehingga masa untuk menghalusi jiwa...tidak tersenarai dalam diari kehidupan.

adakalanya, mulut lebih baik diam tak kata apa2. kerana dengan mulut, badan binasa, rosak persaudaraan..kerana mulut yg semakin pintar berkata2, tak sedar apa perasaan telinga yg mendengar...YA Allah...dekatkan diriku pada kebaikan di dunia dan jauhkan diriku dari keburukan yg ada di dunia...ampunkan dosa2ku..yg terniat, yg terluah dan terkena pada mereka2 yg tidak berdosa.

alangkah baiknya, berfikir sebelum berkata2. lihat sekeliling..pandang2 depan dan belakang, tepi, kiri dan kanan..kerana telinga2 yg mendengar sangat terseksa...kekal diingatan sampai bila...

oleh itu, bertaubatlah...dan buatlah kebaikan sesama insan agar rahmatNYA sentiasa mengiringi perjalanan kehidupan kita di dunia....AMINNN...


Tuesday, August 16, 2011

seperti selalu...

di kala hati gundah gulana
hanya dirimu kuingin jadi teman
untuk menyelusuri
onak2 kehidupan
yang tak mampu untukku meredahnya
sendirian...


kuingin dirimu menjadi penenamku 
dikala suka dan dukaku
tapi
mengapa ketika aku dilanda kegusaran
dikau seakan tidak mengerti
betapa terseksanya jiwa
berhadapan dengan onak2 itu sendirian


siapa kata aku tak perlukan mu
bagiku kau adalah sumber inspirasiku
tanpamu tiadala cahaya dalam diriku
gelap gelita walau di siang hari


kembalikan keriangan dalam diriku seperti selalu
walau kesusahan dan penderitaan itu tiada siapa yang tahu
tetapi dengan mudah kita melaluinya
tanpa takut, gelisah, muram durjana
umpama kata2 petik jari sahaja
serasa begitu mudah untuk melaluinya...


Ya Allah..hanya kepadaMu aku berserah
Hanya kepadaMu aku meminta..
kembalikan keceriaan dalam diriku....
seperti selalu...


Amin...



Saturday, August 13, 2011

kata Hati

salam semua..

semoga di petang sabtu yg mendung ini, dapatlah kiranya kita bermunasabah diri atas apa yg telah berlaku dlm kehidupan seharian kita. selalunya, cuaca di ptg begini tersangat terik. sehingga hati2 kita terlalu lekas dan cepat utk membara. kenapa ya? adakah kerana cuaca atau kerana kita adalah seorang pemarah?

sebelum turun ke dapur utk menyiapkan apa2 yg perlu, hari ni nak berceloteh sedikit soal hati. hati..byk perumpaan ttg hati. sakit hati, hati2, hati perut, hati batu, dan mcm2 hati. so, walau semarah manapun kita, mulut kena berhati2..kerana mulut hati insan lain akan binasa. kerana mulut, hati anak2, suami, isteri, kawan2 sekerja akan terluka. lebih2 lagi di bulan puasa...sayangnya, pahala berkurang..hanya kerana tidak berhati2 berbicara, hati yg telah tersentuh, bukan senang utk diubati. mungkin waktu sahaja yg menentukan bilakah hati ini berupaya utk sembuh..

apapun, semoga hari esok, hati2 yg terluka akan pulih dan ceria seperti selalu, beroleh ketenangan dlm menjalani sisa2 hidup yg mendatang. semoga kali ini, hati2 ini mampu menepis kata2 luahan hati mereka yg terkecewa. moga2 hati kita, hati2 mereka dan hati2 insan di dunia ini terpelihara......
MOGA2.



Wednesday, June 15, 2011

manusia bertopeng transformers..hehehe

manusia selalunya ingin mendengar apa yang hangat diperkata dlm sesi perbincangan. 
tetapi yg musykilnya kenapa tidak ingin menerima kenyataan bahawa itulah perkara2 penting yang telah dibangkitkan. yang sebenarnya masih di tahap rahsia.


amat mengecewakan keadaan ini. apabila tidak boleh menerima kenyataan, mulalah memboikot seseorang..mengapa...bukankah dikau ingin mendengar isi2 perbincangan yang memang hot dan  sangat privasi. mengapa setelah diberitahu perkara itu, tidak boleh pula untuk menerima dengan hati yang terbuka...mengapa...


moralnya, jgn terlalu open dengan mereka2 yang hanya pandai utk mengorek rahsia tetapi tidak pandai untuk menerima kenyataan..aah. manusia memang begitu..
terlalu hipokrit. persetankan. sendiri mahu tahu, sendiri perlu kesedaran.....terimalah semuanya dengan hati yang terbuka luasssssss...jgn sempitkan pemikiran.....


bule2 aah..sampai hati..mulai hari ini...stop untuk terlalu open. kurang2kan pengaduan dan penceritaaan...

Thursday, March 3, 2011

ALhAMdulILLaH..


SYUKUR padaNYA kerana DIbERI pELUANG UNtuk MELIHAT UDARa segar DAN melIhAT oRANg tERSAyANG di pAGI kHAMIS iNI...

lAPANg dADA BILA selESAI mENHGAbiskAN juZ 5 sURAH aN nISA....DIHADiahkan KHAS bUAT tUAN hJ suHAIMI BIN Mohd sAId..YG TELAh MENINggAL kAN DUNiA yg faNA DAN kEMBAli kE rAHMATULLAH pada (24/2/2011)




sudah LAMa tak mNEGAJI...teraSA sAYU...hATI NUraNI..namUn pELAwAAN bapa mENTuA yG tERsayaNG utk khATaM aL qUraN DI hADIAhAKAN uTK aRwAH TELAH MEMbuka PINTU hATI..wALAu lIdAH kELAt SERIBU bAHASA nAMUN kUGAGAhi juA mENGhABisKAN juz 5 sURAH ANNISA...DGN seTULUs HATI...




aKHIRNYA aKU Berjaya...







nAMUN cAbARAN MENDAtang LAGI biLAMANa kALI INI DI BERI TUGAS UTK menGKHATam surah KAHFI JUZ 16.....kHAS buAT dATUK tERSAyanG YG TLH keMBALI kE rAHMATUllah..DLM miNGGU yG SAMA...tUAN hJ oSMAN BIN kASSIM (28/2/2011)

yg PERgI TeTap kan PErgI..Yg TinGGal...KuatKan semanGat Utk MenJadi InsaN yg BerHatI NuranI dan disegani..malaH diSaYangi Di Dunia dan AkhiraT.....



AL fATIhAH....


Wednesday, December 22, 2010

KeNanGan TerIndah...

hatiku berkata..di manakah dikau wahai kawanku...
walaupun dikau lebih muda daripadaku tetapi jiwamu besar, kental dan sangat2 bersemangat. aku bangga menjadi sebahagian daripada senarai rakan taulanmu.

semua pun istimewa mengenai dirimu..lengkap satu pakej. kata2mu penuh dengan semangat waja. telus dan ikhlas...namun kerana faktor masa dan keadaan, perkenalan kita hanya sesingkat cuma..sedihh tetapi kita terpaksa akur dengan keadaan. dtambah dengan peristiwa yang melukakan hati semua perasaan. namun tiada seorangpun daripada kita yang membetulkan keadaan..ternyata, ianya berlalu begitu sahaja..

aku, membawa diri..dikau pun begitu...malahan, mereka yang lain juga sama melenyapkan diri. bagai tidak pernah bersua dan sebumbungpun kita. lari bersama hati yang parah! terus yang tinggal hanya KENanGan TeRinDaH...

benar katamu..gambar inilah berangkali yang terakhir yang akan menjadi KenanGan buat selama-lamaNya...Tidak apalah..yang penting...kaupun bahagia dengan tuGas barumu..dan kami yang tinggal hanYa berlingkar dengan Kenangan-kenangan lalu.....

INsYaLLah...wE WiLL MeeT AgaIn......

Monday, December 6, 2010

Jangan Bertengkar Lagi

Sadarkah kau kasih kelakuan kamu
Sungguh sangat menyiksa aku
Padahal ku beri apa yang kau mau
Tapi kau tak mengerti aku

Sakitnya hatiku dengan semua caramu
Bila kau terus begini nanti ku bisa pergi


Reff:
Aku mohon sayangilah
Diriku di dalam hidupmu
Dan kamu jangan kasar-kasar lagi
Dengarlah pujaan hati
courtesy of TopLyrics.Info
Aku mohon mengertilah
Kita jangan bertengkar lagi
Hadapi semua dengan dingin hati
Dengarlah pujaan hati


Repeat *
Back to Reff


Aku mohon mengertilah
Kita jangan bertengkar lagi
Hadapi semua dengan dingin hati
Dengarlah pujaan hati

Thursday, December 2, 2010

pilihan hidup: A atau B

selamat pagi cinta....

semoga hari ini membawa seribu makna dalam kehidupan kita.
hari ini sibuk sikit membuat kerja-kerja yang diarahkan oleh siapa lagi kalu bukan BOS.....
biasala...kalau nak gaji up sikit, kenalah buat kerja power!.. teacher bi kata kalau dulu Bi dpt C sekarang kena dptkan B laaa....

jadik, apa kerja yang sesuai utk anda?
anak2 muda belia di luar sana, time memilih kursus masuk universiti atau kolej, pilihlah yang sesuai dengan jiwa dan raga mu. kerana kalau minat, susah camana pun tetap A dalam genggamanmu. tetapi kalau setakat ingin dapat masuk U mcm kawan2 yg lain, fikirlah dahulu sehabis baik. jgn menyesal....

buatlah 3 pilihan yang paling serasi dengan jiwamu. tak dapat pilihan 1, pilihan kedua biasanya pasti mengena. pengalamaan kwn time di U, sanggup berhenti belajar semata2 course yg ditwrkan tdk menepati citarasa. so, sekarang ni, selagi ada masa....pilihlah secara bijak, gunakan akal mindamu, dan jgn lupa perasaanmu. gunakan kesemua elemen2 yg ada di sekelilingmu....PASTI HIDUPMU akan disaluti dengan kegembiraan sejati walau masalahmu menyaluti pinggangmu. PERCAYALAH!

coretan aznur with luv....:)

Monday, November 15, 2010

hidup umpama roda

hidup umpama roda..ada kalanya kita berada dalam kesenangan, kesusahan, ketenangan dan ketegangan..semua rutin kehidupan ini perlu dilalui agar rencah dan asam garam hidup ini menjadi pengajaran dan pelajaran yang berguna kepada kita.

Pandanglah "orang sebelahmu"..kasihanilah dia..temanilah dia sepanjang hidupmu tanpa syarat kerana tanpa dia siapalah dirimu. tak mungkin dikau menjadi seorang ibu andai dirinya tak kau temu. bersyukurlah bertemu dengannya kerana tidak semua lelaki seperti dirinya..buanglah sikap kemanjaanmu, kemalasanmu, kemurunganmu, kecemburuanmu...Cemburu? wajib!! cemburu itu perlu, tapi jangan keterlaluan...buruk padahnya...bukankah cemburu itu tanda sayang...kalau tak cemburu, makanya kau tak peduli langsung tentang dirinya. selaklah dirinya selalu. jangan biarkan dirinya tanpa pengurusanmu.

masak-memasak? walau bukan bidangmu, tetapi cubalah sedaya usahamu untuk memasak untuknya. pasti malammu akan bersinar indah kerana si dia akan memujimu dan membelaimu dengan sepenuh hatinya kerana sudi menyediakan hidangan walau tak seberapa untuknya. itulah kuasa masakan. apatah lagi hidangan itu adalah kegemarannya dan semirip hidangan ibunya.

by the way, hidup harus diteruskan. walau pedih mencengkam di tengah perjalanan, namun percayalah...kesabaran itu yang penting. tebarkan senyuman di wajahmu agar dikau sentiasa dicahayai rahmat di atas persahabatan yang terjalin selepas itu.



  

Monday, November 1, 2010

aku cinta padamu....lalalalala...

hahaha..cinta adakalanya, membuatkan kita ketawa..menangis..gembira..sedih.. dan happy yg amat2 sangat. kenapa ya...kerana cinta itu indah, nikmat dan manis..

hahaha...jgn berduka nestapa kerana cinta. ayuh, bangkit dan bangunlah..carilah cinta itu sehingga cinta sejatimu ditemui.jgn menyerah sebelum tahu dialah cintamu yg sebenar. biarlah gelojak rasa membara mengatakan dialah kekasihku, namun apa yg penting...selidik tingkahlakunya, perbuatannya dan pemikirannya..betulkah akulah cintanya? atau sekadar aku hanya sekadar di pinggiran? jgn rasa keciwa jika tahu dia bukan yg terbaik utkmu. tapi bersyukurlah jika Tuhan menunjuk jln yg benar ttg dirinya. bersyukurlah jika hasil selidikmu membuahkan hasil yg memberangsangkan kerana apabila berkahwin kita takkan menyesal jika pilihan kita tepat utk hidup bersama melayari bahtera kehidupan yg sebenar.



ok, berbalik tentang cerita cinta...

dalam cinta seharusnya kita bersifat terbuka, positif dan menerima si dia dengan seadanya. walau dia seorang peon atau what ever yg penting, dlm bercinta, perlu percaya dengan kata hati kerana kata hati itulah petunjuk berharga buat kita. (kalu nak kawin, mesti ikut kata hati mak bapak kerana mereka lebih byk mkn grm dari kita. betul ke?) bukan gitu, mrk melihat bakal menantu, dengan mata hati yg tajam!! percayalah...






jgn biar diri berduka kerana cinta...jgn jadi hamba cinta. jadilak penakluk cinta yg hakiki, cinta yg hebat!cinta itu indah. ITU YG PASTI.. tapi jgn terjerat dengan cinta buta pula ya..emm tak faham!! kenapa ada istilah cinta buta. kenapa wujud cinta kedua, ketiga dan seterusnya kenapa...

forever luv, aznur


Wednesday, October 20, 2010

kisah rumah dan tangga..

adakala, terlalu sibuk dengan hal ehwal rumahtangga, memasak, melayan anak2, terlupa bahawa sang suami juga perlu dilayan.
adakalanya juga, sang suami terlalu sibuk dengan hal ehwal komputer, lebih gemar melayan kawan2 di facebook, sampai terlelap sang isteri menunggu lewat malam, bertanya adakah malam ini ada acara malam? namapak gaya, cik abe terlalu penat menonton wayang, menonton PC, sampai bila tiba masa beradu, terus berdengkur tanpa merasai kehangatan rasa sang isteri..
so, sebagai suami dan isteri, sesibuk manapun anda, sepenat manapun tubuh kita,layanlah si dia, walau hanya sekadar ciuman di dahi semata2 kerana itu adalah satu perbuatan yang rasanya semasa awal perkahwinan sahaja dilakukan kerana setelah anak dah bertambah, dahi anak sahaja yang diingati utk dicium, dahi suami atau isteri, kdg2 terlupa diberi walau hanya secebis ciuman.
oleh itu, sama2lah kita berpesan kepada diri kita sendiri agar berusaha menjadi isteri yg romantik sepertimana awal pkahwinan dulu. buang rasa malu melakukannya kerana ANDA BUAT ANDA DAPAT...:)

Wednesday, October 6, 2010

sekadar coretan hati

kadang2 terfikir di fikiran kepala mindaku, kenapala aku tak dapat apa yg kuimpikan selama ini? kenapa susah sangat utk mendapatkannya? kenapa org lain dengan sesenangnya, sekelip mata, tup2 dah berjaya mendapatnya.kenapala susah bagi aku?

tapi, tidak apala..mungkin org nie..rezeki di sana, aku, rezekiku di sini..cuma, apa yg penting, aku perlu kuatkan semangatt hadapi hidup dengan penuh ketabahan dan hati yang redho...biarlah apa2pun yg berlaku, yg penting, anggaplah ia hanya satu COBAAANNN... 

YESZER...:)
Related Posts with Thumbnails