Showing posts with label motivasi diri. Show all posts
Showing posts with label motivasi diri. Show all posts

Thursday, December 22, 2011

halwa telinga..

salam semua...:)

sambil menulis sambil menghayati lagu najwa carta hati.
bestnya lagu nie...
rasanya bule jadi terapi terbaik utk mood yg tak seberapa..
mcm tak buring pula rewind jer keje aku...:)
kemarin meeting with my pren.katanya tahun depan mungkin byk outstation..
dlm hati (jgn jak bertembung dgn outstation myhubby)...harap2 tahun depan, 
keja semua oraitt jak tak byk stress mcm tahun ini.  

okla..utk menyenangkan keja aku merewind lagu ni...aku tempek la kat sini..utk kesenangan di masa hadapan..:)

najwa latif carta hati

Monday, August 8, 2011

mengurus masa dengan bijak





ketenangan..ya..jika kita dlm keadaan tenang, semua kerja/tugas akan dapat dilaksanakan dengan mudah dan pantas. hanya mengambil sedikit masa (5/10 minit sehari) tumpukan perhatian sepenuhnya dengan tugas yg diberi; sudah memadai untuk melaksanakan tugas yang diberikan kepada kita. apa yg penting, time menyelesaikan tugasan, minda perlu tenang supaya minda fokus dengan tumpuan 100% dengan kerja yg dilakukan.


selama ini kita takut untuk melaksanakan tugas dlm masa yg singkat, kerana kita tahu masa yg diberikan belum tentu mencukupi. tetapi, jika dipraktikkan konsep TENANG dan FOKUS ini, tugas tersebut amaltlah mudah dan senang. pokok pangkalnya KETENANGAN. jgn paksa diri untuk menjlnkan tugas, kerana jika kita berasa tertekan, kreativiti diri secara tidak langsung akan terbantut. maka, tugas yg dibuat hanya umum dan kurang unsur2 kreatif.


so, be kreatif. how? relax...letakkan tangan di paha, tarik nafas panjang2 dan hembusss...:) (jgn tidur pula ye)..:)




ok, selamat mempraktikkan kaedah ini dan semoga selepas ini kita akan lebih kreatif dlm melaksanakan tugas dan dipermudahkan urusan.



Sunday, July 10, 2011

stress







Life is stressful, so kurangkan tekanan dengan aktiviti-aktivit ringan spt 
- Memasak
- Bersenam
- Mendengar muzik
- Membaca dan mendengar audiobooks
- Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
- Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
- Beromantik dengan suami




Friday, July 8, 2011

Rancang hari anda pada malam sebelumnya!

ada kalanya kita tertanya2 bagaimana nak siapkan tugasan yg diberikan oleh bos dalam masa yg singkat dan dlm keadaan asignment lain yg harus disiapkan segera..bagaimana yak?  takkan tak nak buat pulak kann..so, jawapannya..urus masa secara bijak dan bistari. 

berikut adalah petua daripada irfan khairi ttg tajuk ini. semoga selepas ini kita akan jadi pekerja yg bijak dan bersistematik dan sentiasa disayangi bos...hahaha :)

selain itu, petua ni bole digunakan utk mengurus rumah tangga kita. selepas ini  walau sesibuk manapun keja kat pejabat, tetapi umah tatap ok dan anak serta bapa tatap sayangg dgn kita....heheheh....

ok, selamat mencuba...petua 1minit bersama irfan khairi...

Rancang hari anda pada malam sebelumnya!

Salah satu topik paling penting dalam kejayaan adalah pengurusan masa (time management). Satu cara untuk menentukan masa anda tidak terbuang dan penggunaan masa anda yang lebih efektif adalah untuk anda merancang hari anda sehari sebelumnya.
Ambil masa 10 minit- 20 minit pada setiap malam untuk merancang hari esok anda. Dengan menyenaraikan apa yang anda perlu lakukan, dan waktu sepatutnya kerja tersebut selesai, anda akan menjimat berjam-jam masa berbanding dengan hari yang anda tidak merancang apa-apa.
10 - 20 minit perancangan akan menjimat sehingga 3-4 jam dari masa anda keesokannya! Sediakan satu senarai apa yang anda perlu lakukan (1-2-3-4-5…), dan waktu kerja tersebut perlu diselesaikan (pagi, tengah hari, petang, malam). Apabila satu kerja selesai dari senarai anda, potongkannya dari senarai anda. Ini akan memberi kepuasan kepada anda oleh kerana anda menulis satu matlamat, dan matlamat tersebut tercapai. Ia juga akan memberi motivasi kepada anda untuk menyiapkan kerja yang seterusnya.
Tidak pernah cuba? Mulakan malam ini! :)
Pasti anda pernah dengar: “Orang yang gagal untuk merancang adalah orang yang merancang untuk gagal!”

Friday, May 6, 2011

assalammualaikum..

hari sabtu dan ahad menjelma lagi. tak sabar nak menunggu hari itu..kerana..dapat rehat dan cuti pun tak pyh nak minta dengan boss..

bukan senang nak minta cuti. balik2 borang kita jak yg ada di meja bos..meluat kang c boss. jgn lupa..bos yg check kpi kita...bebaikla dgn dia....kipas2.

kalu lah diberi peluang, saya nak cuti memanjangg.tapi, rasanya mcm tak bolelah..pasal projek * blm settle lagi..cepat2lah boss check yer..saya nak cuti ni.., rehat..dan memanja dgn anak2 dan cik abe..:)

bagaimana nak bermotivasi dan berkeyakinan diri selalu ya? google menyatakan bhw terdapat beberapa pkr penting yg bole digunapakai utk menaikkan semangat dan keyakinan dlm diri kita. antaranya adalah seperti berikut:


1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.

Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.


2. Tekad Bermotivasi.

Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.


Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.

Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.

Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.


Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri

Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?


Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah

Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.


Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan

Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.


Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

sumber : Shukri Abdullah



semoga jadi panduan kepada kita agar mampu memulakan hari dengan senyuman dan hati yg riang. 


Related Posts with Thumbnails