Wednesday, September 29, 2010
Doa Melembutkan Hati Anak / Suami / Isteri
"Alla hu latifum bi'ibadihi, yar zuqumay..ya sha... wahuwal qa wi yul aziz".
Tafsirnya:
“ِAllah maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang telah ditetapkan), dan Dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa.”
Surah: Assyura : ayat 19
Sesungguhnya, berdoa membuatkan hati kita terasa luas, lega, lapang dan segar setelah melalui satu kehidupan yang sukar seminit dua yang lalu. hanya dengan doa, hati berharap agar perjalanan hidup selepas ini akan bertambah senang dan tenang walau ribut melanda taufan bergelora...hanya kepadaNYa kita berharap agar semua kesulitan ini dipermudah dan dilalui dengan hati yang penuh ketabahan.
anak2, kadang2 membuatkan hati yang berduka menjadi tenang, tersenyum dalam kepahitan, terfikir, siapakah yang akan menjaga anak2 ku jika berlaku sesuatu yang tidak terduga? siapakah yang akan membimbing mereka jika bukan kita sebagai ibu bapa? namun, kenakalan, kedegilan dan keaktifan yang terlalu adakalanya membuatkan kita terfikir dimanakah silapnya kita dalam mendidik anak2, adakah kerana kesibukan bekerja menyebabkan kita terlalai seketika untuk membelai perasaan seorang insan bergelar anak? ataukah kerana keterlaluan dalam proses pembelaian atau apakah kerana kita kurang berdoa untuk anak2?
ya, doa seorang ibu dan ayah sungguh bermakna dalam kehidupan anak2. maka itu, carilah setitis doa dan berdoalah untuk anak2, mudah2an mereka menjadi insan yang bertakwa, beriman, dan beramal soleh dan solehah, mendengar kata ibu dan ayah, menjadi pemimpin yang berwibawa dan menjadi insan terdekat di usia tua. Mudah2an doa itu berbekas dalam diri mereka. Amin ya rabbil alamin.
semoga perkongsian ilmu mengenai doa untuk anak2 dan keluarga ini dapat diamalkan dan menjadi resepi dalam kehidupan seharian...
- Doa agar anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak
129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada
hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah
Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”
- Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air
untuk minuman dan masakan seisi keluarga.
- Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran
bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah
kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu
berjaya.”
- Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir 'Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya
Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.
- Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah
dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan
membaca al-Quran.
- Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat 38, Surah
Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada
Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat
keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa
permohonan. ”
- Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan
kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Amalkan apabila anak ada masalah
emosi atau tingkah laku.
- Selepas solat lima waktu, amalkan doa daripada ayat 74, Surah al-Furqan
bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami,
berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-
perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan
bagi orang yang (mahu) bertakwa.”
- Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang
mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami,
perkenankanlah doaku.”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
mudah2an diberkati kehidupan dunia dan akhirat...
assalammuaikum kak..mohon share info ni ye..trm ksh..
Post a Comment