Showing posts with label tips dan petua. Show all posts
Showing posts with label tips dan petua. Show all posts

Thursday, May 5, 2011

Petua Supaya Suami Tidak Cari Perempuan Lain





1. Baca  surah Ali Imran ayat 200, tiga kali dan tiup pada dada pasangan anda seminggu sekali sampai bila-bila. Niatkan supaya pasangan anda setia pada anda.

2. Berniat agar perkahwinan sentiasa berkekalan dan berdoa agar Allah s.w.t. sentiasa membantu.

3. Rajin-rajinlah  solat tahajud, mudah-mudahan Allah s.w.t.  mencantikkan rupa anda.

sumber: ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Thursday, January 6, 2011

SELAMAT DATANG 2011

Tahun baru, nampak gayanya tahun ini beban kerja semakin bertambah. seboleh2nya aku tak ingin kerja2 itu membuatkan aku lebih stress dan tak bertenaga. perancangan kerja perlu ada supaya kerja2 ini boleh dibahagi sama rata dan tidak menghampakan BOSS...hehehe..bos..minta maafla jikalau kerja2ku membebankan otak dan mindamu.. aku sudah cuba yang terbaik utk itu ya bOS....

untuk itu, tahun nie, aku nak buat yang terbaik punya. so, untuk membantu merealisasikan impian ku, maka diperturunkan cara2 kerja orang cemerlang...(baru nak study juga ni) saja nak kongsi dengan korang semua.. dapat info dari mr. hazwan dari www.wangcyber.com/forum

harap2 info ini dapat membantu kita untuk terus mencintai kerja2 kita yang bakal bertambah dan bertambah tetapi tetap ringan bebannya kerana adanya strategi yang mantap dan berkesan.

Tips 1 : Buat To-Do list

Sehari sebelum tibanya esok atau selewat-lewatnya waktu malam sebelum anda tidur pastikan anda mempunyai senarai aktiviti-aktiviti berkaitan perniagaan anda. Tak kisah la anda tulis atas kertas ke, Notepad dlm komputer anda ke ataupun reminder kt hanfon anda. Ini ialah langkap paling WAJIB & pertama yg anda perlu buat untuk pastikan anda tidak terkapai-kapai pada esok hari.

Biasa nya kalu kita dapt selesaikan sesuatu tugasan yg telah kita telah list kan tu kita akan rasa suatu 'accomplishment' ..rasa kepuasaan & boleh terus tingkatkan momentum motivasi untuk terus berjaya.


Tips 2 : Buat Jadual yg Ketat
Selalu kalau pagi2 bukak komputer kita akan cek email, usha2 forum tgk ape perkembangan terkini, pegi sarapan minum2, baca2 akhbar online,baca ebook2 free..tengok2 da dekat kul 11AM nk dekat waktu lunch..da terbuang masa separuh hari untuk kita lakukan kerja-kerja marketing.

Anda perlukan 1 jadual tetap yg khusus tentang apa aktiviti2 wajib yg perlu selesaikan setiap hari & ikut jadual tu. Anda boleh juga adjust kan jadual waktu anda, bergantung pada anda, jika anda biasa kerja pada larut malam, set kan masa-masa tertentu pada waktu anda bekerja itu.


Tips 3 : Buat Sempadan Garisan Ruang Kerja Anda
Kita semua sedia maklum, kebanyakkan dari waktu kita sebagai usahawan internt adalah di rumah. Bukan bermakna kita boleh suka-suka tengok TV,lepak2 sesuka hati kt umah waktu bekerja.

Kita juga harus terangkan kpd ahli-ahli keluarga kita yang terdekat supaya mereka faham tentang waktu kerja kita.


Tips 4 : Upah Pengasuh (bagi surirumah)
Untuk surirumah yg menjalankan bisnes internet, anda boleh mengupah pengasuh..mungkin tidak perlu hari-hari anda menghantar anak anda kepada pengsuh..dlm seminggu 2,3 hari pun sudah memadai..saya faham salah 1 tujuan kita mulakan bisnes internet pun untuk lebih dekat dgn ahli keluarga tersayang.

Tetapi dengan cara ini, dapat meningkatkan lagi fokus anda. Lebih-lebih jika anda mempunyai beberapa projek untuk dijalankan & ianya adalah projek2 penting terutamaya di peringkat awal.


Tips 5 : FOKUS Pada Model Perniagaan Internet Anda
Ini sebenarnya perkara yg paling penting. Sepatutnya di letakkan di tempat pertama. Tapi saje je letak last2 supaya kta senang ingat.

Tetapkan terlebih dahulu anda nak buat apa? Adsense? Ebay? Produk Fizikal? Affiliate ataupun Infoproduct?

Bila da tetapkan salah 1, buat 1 bende tu je. Abaikan segala bentuk peluang/latest product lauch yg tiada kaitan dengan model bisnes internet anda. Learn how to say NO.

Wednesday, November 10, 2010

PETUA AGAR BADAN KEMBALI RINGAN & BERTENAGA

selepas bersalin, badan kita akan jadi lemah tak berdaya Apatah lagi melalui proses bersalin yang agak lama dan sedikit sukar. Untuk itu, apa kata kita amalkan minuman herba yang ada di dapur kita. senang jer. ok, cara2nya ialah:

* Amalkan minum air rebusan serai dan halia (yang dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. satukan bahan2 ini dan rebus. minum air rebusan ini pagi dan malam, insya-Allah badan akan menjadi ringan dan bertenaga.

selamat mencuba..:)

Monday, October 25, 2010

Petua Senaman Istimewa Wanita

hari ni nak kongsi satu petua yang istimewa..khas utk wanita yg bergelar isteri. wajib buat ni tau..utk diri sendiri dan utk yg tercyg..:)

anyway, caranya takla susah sangat..time senang2 hati tu..buatla tak senang hati pun bole buat ni..bukan ape nak jaga sistem peranakan la katakan..biasala org dah beranak ni mcm2 berlaku dlm badan..bukannya kita nmpk, kecuali x ry. so, sebelum terlewat, baik buat senaman yg hebat ni...hehehe senang jer...tryla...pasti ada perubahan! BERBALOI2 GITU..

Senaman Tupai

Senaman istimewa ini dapat membantu mengetatkan faraj dan mengurangkan masalah keputihan. Caranya : Duduk di atas kedua tumit kaki. Tegakkan badan. Tangan kanan hendaklah ke belakang untuk memegang ibu jari kaki kiri. Tarik nafas, kemut faraj sambil menarik ibu jari kaki kiri ke atas selama 5 saat dengan kuat, lepaskan nafas dengan kemutan perlahan-lahan. Lakukan senaman ini sebanyak tiga kali. Tukar posisi dan ulangi senaman ini. Gerakan ini boleh membantu mengetatkan semula otot-otot faraj dan mengurangkan masalah keputihan.

Senaman Kiambang

Senaman ini dapat membantu menguatkan otot faraj. Caranya: Duduklah dengan keadaan bersila rapat dan badan ditegakkan. Betis dan peha kanan diletakkan di atas peha kiri agar kedua lutut menghala ke hadapan dan dalam keadaan serapat mungkin antara satu sama lain. Pastikan kedua belah tapak kaki menghala ke belakang. Tarik nafas dan kemut faraj selama 5 saat sambil menekan tapak kaki ke belakang. Lepas nafas, kemutan dan kaki perlahan-lahan. Lakukan senaman ini sebanyak 8 kali. Kemudian, tukar posisi dengan meletakkan betis dan peha kiri pula di atas peha kanan. Lakukan senaman-senaman di atas mengikut kesesuaian badan pada setiap pagi dan setiap malam sebelum tidur.

Senaman Klasik Kemutan Faraj

1. Kemut 20 kali perlahan-lahan otot faraj dan otot punggung dalam keadaan berdiri
   (peha dan kaki dirapatkan). Lakukan senaman ini pada waktu pagi, tengahari,
   petang dan malam 
 
2. Kemut perlahan-lahan 20 kali otot faraj dan otot punggung dalam keadaan duduk
    tegak (lutut bertemu lutut) pada waktu pagi, tengahari, petang dan malam.
    Proses Pengemutan –
    (a). Tahan nafas selama 5 saat semasa mengemut.
    (b). Lepaskan nafas dan kemutan perlahan-lahan secara serentak.Kemut - Seperti 
           menahan air kencing. Saranan - Digalakkan melakukan senaman ini pada
           setiap hari pada waktu terluang seperti semasa memasak, menonton dan ketika
           ada waktu yang sesuai.

rujukan: en.google....dan rakan2


Related Posts with Thumbnails