Assalammualaikum...salam ceria and salam Isnin...:)
monday blues kembali lagi...sadis..
sedang memikir idea how to throw away the bad mood feeling. Feeling today is more to anak2...so, dlm ingatan kuat to anak2 terjumpa di utube (Tips mendidik anak). bule tengok di akhir bicara.Terasa ceteknya ilmu keibuan yang ada dalam diri. Mudah2an setitis ilmu yang dikongsi ini mampu membuka hati@minda@jiwa kita menjadi ibu yang disenangi, disayangi, dan dihormati.
Kata2 renungan:
Kerjaya adalah penting tetapi perlu diingati bahwa anak adalah saham dan pencen yang amat berharga di akhirat kelak. Asas membentuk anak adalah dari RUMAH.
Tips didik anak: Dr Zaharudin (ANAK MENJADI ULAMA@PENJENAYAH)
(TV Al Hijrah-Assalammualaikum).
Tips yang sangat berguna untuk ibu2 bapa2. Terutama kepada Ibu bapa yang sangat2 sibuk dengan kerjaya, sibuk dengan dunia IT (facebook, blog, dan mcm2).
Jangan jadikan rumah kita umpama kubur.. rumah sunyi dan sepi. walaupun ada orang di rumah, tetapi masing2 dengan aktiviti sendiri. main game, intenet, menonton tv dan buat kerja sendiri. Tidak ada komunikasi dua hala di rumah. Kecuaian ibu bapa yang ketara: kurang mengamalkan sesi ibadat di umah. tiada solat berjemaah, tiada membaca Al Quran dan tidak menunjukkan kasih sayang sesama seisi keluarga.
kesannya: anak mencari kepuasan hati di luar rumah. mencari game, facebook dan orang lain untuk meluah rasa dan kasih sayang yang kurang dipamer oleh ahli keluarga.
Ibu bapa adalah pelengkap sebuah keluarga.
abah (CEO) ibu (COO).
memartabatkan rumah sebagai tarbiah:
anak bila besar boleh jadik ulama@penjenayah. Bergantung kepada didikan semasa kecilnya.
Wujudkan rasa hormat kepada anak dan anak hormat kepada ibu bapa, ibu bapa jadi role model. bertanya dan berdiskusi dan bukan mengarah. Kesilapan besar jika anak tengah seronok2 melukis tapi kita mengarahkan dia angkat kain dan sebagainya. So, jangan tau bagi arahan saja....mesti memahami perasaan anak.
Lagi satu, jangan biasa mengherdik anak, meninggikan suara, menengking, dan melakukan tindakan2 yang negatif ke atas anak, dikhuatiri perlakuan itu akan menjadi habitnya sehingga dewasa. kerana sudah terbiasa dengan suara2 yang tinggi, tengkingan mahupun herdikan yang melampau. hanya kerana anak tidak mendengar kata, tidak mengikut arahan dan membuat perkara yang menyakitkan hati ibu bapa.
apa yang penting perlu bersabar dan perlu faham keadaan anak. tentu ada sebab kenapa anak itu berperangai dan mengada2. pasti ada sebab. kenapa tidak alert dengan arahan? pasti ada sebab disebaliknya.
ingatan untuk diri sendiri dan pembaca blog sekalian:
3 waktu perlu senyum dengan anak:
waktu hendak tidur, waktu bangun tidur dan tengahari. in sha allah anak2 akan ingat kita sebagai yang mengasihi dan menghormati mereka.
masuk tidur: senyum dengan anak. kerana waktu hendak tidur adalah waktu yang sentimental, senyum dengan anak, berhadapan dengan anak, waktu bangun tidur juga waktu sentimental. (so, SENYUM) dengan anak. bangunkan dengan penuh kasih sayang, bukannya dengan kata2 yang melemahkan hati dan fikirannya.begitu juga pada waktu tengahari. Jangan mahu herdik sahaja. takut2 akan menjadi habitnya dan sifatnya di masa hadapan.
game:
pilihan game dan tontonan tV, or kartun pada anak juga perlu dipantau...
berdasarkan kajian di uk: game baik (anak masih tetap prihatin dengan barang yang dijatuhkan oleh pengkaji) tetapi anak yang main game ganas ( tidak peduli langsung dengan barang yang jatuh).
surah untuk lembutkan hati anak
Semua surah dalam al Quran boleh dijadikan doa untuk melembutkan hati anak. tiada surah yang khusus, namun biasa digunakan adalah surah alam nasrah: membuka hati/jiwa anak. surah ini boleh dijadikan amalan sebagai medium untuk menyebabkan doa kita menjadi makbul, perlu juga diiringi dengan usaha dan tawakkal kepada Allah swt.Tidak semudah tiup2 aja, esok dah ok, tapi perlu usaha dan tawakal.
komentar:
Rupanya, anak adalah cerminan kepada diri ibu bapa. so, selepas ini harus berusaha mendidik anak2 dengan sebaik2nya. buang yang keruh ambil yang jernih. tidak ada istilah lambat untuk mendidik anak. sedangkan orang mualaf pun yang umur dah besar panjang, lebih tinggi kecintaannya kepada Allah swt dan Rasul daripada kita yang kerdil ini. so, selagi nyawa dikandung badan, DOA+USAHA+TAWAKAL adalah kunci kejayaan yang sebenar..mudah2an anak2 kita menjadi anak yang soleh dan solehah..anak yang sejuk mata memadang dan berjaya di dunia dan akhirat. AMIN...
petikan u tube tips didik anak oleh dr zaharundin, Tv alhijrah utk dikongsi bersama.