Thursday, November 18, 2010

petua Membiasakan Anak 'Hidup Bersama' Al-Quran

Setiap orang tua pasti menginginkan buah hatinya menjadi anak yang soleh dan solehah.
Anak soleh-solehah merupakan harta yang paling berharga bagi orang tua.
Untuk mendapatkan semua itu, tentu harus ada kesungguhan yang tinggi dari orang tua dalam mendidik anak.
Salah satu yang wajib diajarkan kepada anak adalah segala hal tentang al-Quran kerana ia adalah pedoman hidup manusia.
Rasulullah SAW pernah bersabda (yang ertinya):
Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara: mencintai Nabimu; mencintai ahlul baitnya; dan membaca al-Quran kerana orang-orang yang memelihara al-Quran itu berada dalam lindungan singahsana Allah pada hari ketika tidak ada perlindungan selain daripada perlindungan-Nya; mereka beserta para nabi-Nya dan orang-orang suci.  - HR ath-Thabrani
Allah SWT berfirman:
Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk kepada jalan yang lebih lurus dan memberikan khabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar.  - QS al-Isra' (17: 9)
Bila al-Quran sebaiknya diajarkan pada anak? Tentu seawal mungkin.
Semakin awal semakin baik. Akan sangat bagus jika sejak anak dalam kandungan seolah-olah calon anak kita itu sudah terbiasa 'hidup bersama' al-Quran; yakni ketika si ibu yang mengandungnya, rajin membaca al-Quran.
7M Agar Anak Selalu Hidup Bersama al-Quran
01.Mengenalkan
Saat yang paling tepat mengenalkan al-Quran adalah ketika anak sudah mulai tertarik dengan buku. Sayang,
banyak orang tua yang lebih suka menyimpan al-Quran di rak almari paling atas.
Sesekali perlihatkanlah al-Quran kepada anak sebelum mereka mengenal buku-buku lain, apalagi buku dengan gambar-gambar yang lebih menarik.
Mengenalkan al-Quran juga boleh dilakukan dengan mengenalkan terlebih dulu huruf-huruf hijaiyah; bukan mengajarinya membaca, tetapi sekadar memperlihatkannya sebelum anak mengenal A, B, C, D.
Tempelkan gambar-gambar tersebut di tempat yang sering dilihat anak; lengkapi dengan gambar dan warna yang menarik.
Dengan sering melihat, anak akan terpancing untuk bertanya lebih lanjut.
Saat itulah kita boleh memperkenalkan huruf-huruf al-Quran.
02.Memperdengarkan
Memperdengarkan ayat-ayat al-Quran boleh dilakukan secara langsung atau dengan memainkan kaset atau CD.
Kalau ada teori yang mengatakan bahwa mendengarkan muzik klasik pada janin dalam kandungan akan meningkatkan kecerdasan, insyaAllah memperdengarkan al-Quran akan jauh lebih baik pengaruhnya bagi bayi.
Apalagi jika ibunya yang membacanya sendiri. Ketika membaca al-Quran, suasana hati dan fikiran ibu akan menjadi lebih khusyuk dan tenang.
Kondisi seperti ini akan sangat membantu perkembangan psikologi janin yang ada dalam kandungan.
Ini kerana, secara teori kondisi psikologi ibu tentu akan sangat berpengaruh pada perkembangan bayi, khususnya perkembangan psikologinya.
Kondisi tertekan pada ibu tentu akan berpengaruh buruk pada kandungannya. Memperdengarkan al-Quran boleh dilakukan bila-bila sahaja dan di mana sahaja; juga tidak mengenal batas usia anak.
Untuk anak-anak yang belum boleh berbicara, insyaAllah lantunan ayat al-Quran itu akan terakam dalam memorinya.
Jangan pelik kalau tiba-tiba si kecil lancar melafazkan surah al-Fatihah, misalnya, begitu dia boleh berbicara.
Untuk anak yang lebih besar, memperdengarkan ayat-ayat al-Quran (surah-surah pendek) kepadanya terbukti memudahkan si anak menghafalkannya.
03.Menghafalkan
Menghafalkan al-Quran boleh dimulai sejak anak lancar berbicara.
Mulailah dengan surah atau ayat yang pendek atau potongan ayat (misalnya fastabiq al-khayrât, hudan li an-nâs, birr al-walidayn, dan sebagainya).
Menghafal boleh dilakukan dengan cara seringkali membacakan ayat-ayat tersebut kepada anak. Jadi latihlah anak untuk menirunya.
Hal ini dilakukan berulang-ulang sampai anak hafal di luar kepala. Masa kanak-kanak adalah masa meniru dan memiliki daya ingat yang luar biasa.
orang tua harus menggunakan kesempatan ini dengan baik jika tidak ingin menyesal kehilangan masa emas (golden age) pada anak.
Supaya anak lebih mudah mengingat, ayat yang sedang dihafal anak boleh juga sering dibaca ketika ayah menjadi imam atau ketika naik kereta dalam perjalanan.
Disamping anak tidak mudah lupa, hal itu juga sebagai usaha membiasakan diri untuk mengisi kesibukan dengan amalan yang bermanfaat.
Nabi SAW bersabda: Demi Zat yang jiwaku ada di tangan-Nya, sesungguhnya hafalan al-Quran itu lebih cepat lepasnya daripada seekor unta pada tambatannya. - HR al-Bukhari dan Muslim
04.Membaca
Siapa saja yang membaca satu huruf dari Kitab Allah maka dia akan mendapat satu kebaikan.
Satu kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kali lipat.
Aku tidak mengatakan bahawa alif-lam-mim adalah satu huruf. Akan tetapi, alif adalah satu huruf, lam satu huruf, dan mim juga satu huruf. (HR at-Tirmidzi).
Sungguh luar biasa pahala dan kebaikan yang dijanjikan kepada siapa saja yang biasa membaca al-Quran.
Bimbing dan doronglah anak agar terbiasa membaca al-Quran setiap hari walau cuma beberapa ayat.
orang tua penting memberikan contoh.
Jadikanlah membaca al-Quran, terutamanya pada pagi hari usai solat subuh atau usai solat maghrib, sebagai kegiatan rutin dalam keluarga.
Ajaklah anak-anak yang belum boleh membaca untuk bersama-sama mendengar abang-kakaknya yang sedang membaca al-Quran.
orang tua mempunyai kewajipan untuk mengajarkan kaedah-kaedah dan adab membaca al-Quran.
Untuk boleh membaca al-Quran, termasuk mengetahui kaedah-kaedahnya, sekarang ini tidaklah sulit.
Telah banyak metode yang ditawarkan untuk boleh mudah dan cepat membaca.
Ada metode Iqra, Qiroati dan sebagainya.
Metode-metode itu telah terbukti memudahkan ribuan anak-anak bahkan orang tua untuk mahir membaca al-Quran.
Alangkah baiknya membaca al-Quran ini dilakukan secara bersama-sama oleh anak-anak di bawah bimbingan orang tua.
Ketika seorang anak membaca, yang lain menyemaknya.
Jika anak salah membaca, yang lain boleh membetulkan.
Dengan cara itu, rumah akan selalu dipenuhi dengan bacaan al-Quran sehingga berkat.
05.Menulis
Belajar menulis akan mempermudah anak dalam belajar membaca al-Quran. Ajarkan kepada anak kata-kata tertentu yang mempunyai makna.
Dengan begitu, selain anak boleh menulis, sekaligus anak belajar bahasa Arab.
Mulailah dengan kata-kata pendek.
Misalnya, untuk mengenalkan tiga kata alif, ba, dan dal anak diminta menulis a, ba da (tolong tuliskan Arabnya, ya: a-ba-da) ertinya diam; ba-da-a (yang ini juga) ertinya mulai; dan sebagainya.
Sesekali di rumah, cuba adakan lumba menulis ayat al-Quran.
Berilah hadiah untuk anak yang paling kemas menulis. Jika anak memiliki kemampuan yang lebih dalam menulis huruf al-Quran, mereka boleh diajari lebih lanjut dengan mempelajari seni kaligrafi.
Rangkaian huruf menjadi sukukata yang mengandungi erti bertujuan untuk melatih anak dalam memperkaya kosakata, di samping memberikan kesempatan bagi mereka untuk bertanya tentang setiap kata yang diucapkan serta mengembangkan cita rasa seni mereka.
Jadi, tidak hanya bertujuan mengenalkan huruf al-Quran semata-mata.

06.Mengkaji
Ajaklah anak mula mempelajari isi al-Quran. Ayah boleh memimpinnya setelah solat maghrib atau subuh.
Paling tidak, seminggu sekali pelajaran sekeluarga ini dilakukan.
Tajuk yang diketengahkan boleh jadi tajuk-tajuk yang ingin disampaikan berkaitan dengan perkembangan perilaku anak selama satu minggu atau beberapa hari.
Kajian bersama, dengan merujuk pada satu atau dua ayat al-Quran ini, sekaligus dapat menjadi sarana tawsiyah untuk seluruh anggota keluarga.
Pada waktu yang sama, tajuk yang akan dikaji boleh diserahkan kepada anak-anak.
Adakalanya anak diminta untuk memimpin kajian.
orang tua boleh memberi arahan atau pembetulan jika ada hal-hal yang kurang tepat.
Cara ini sekaligus untuk melatih keberanian anak menyampaikan isi al-Quran.
07.Mengamalkan dan memperjuangkan
Al-Quran tentu bukan hanya untuk dibaca, dihafal dan dikaji.
Justeru yang paling penting adalah diamalkan seluruh isinya dan diperjuangkan agar benar-benar dapat menyinari kehidupan manusia.
Sampaikan kepada anak tentang kewajiban mengamalkan serta memperjuangkan al-Quran dan pahala yang akan diraihnya. InsyaAllah, hal ini akan memotivasikan anak.
Kepada anak juga boleh diceritakan tentang bagaimana para Sahabat dulu yang sangat teguh berpegang pada al-Quran; ceritakan pula bagaimana mereka bersama Rasulullah sepanjang hidupnya berjuang agar al-Quran tegak dalam kehidupan.
Sumber: i luv islam.com
coretan bertenaga dari aznur with luv....

Monday, November 15, 2010

hidup umpama roda

hidup umpama roda..ada kalanya kita berada dalam kesenangan, kesusahan, ketenangan dan ketegangan..semua rutin kehidupan ini perlu dilalui agar rencah dan asam garam hidup ini menjadi pengajaran dan pelajaran yang berguna kepada kita.

Pandanglah "orang sebelahmu"..kasihanilah dia..temanilah dia sepanjang hidupmu tanpa syarat kerana tanpa dia siapalah dirimu. tak mungkin dikau menjadi seorang ibu andai dirinya tak kau temu. bersyukurlah bertemu dengannya kerana tidak semua lelaki seperti dirinya..buanglah sikap kemanjaanmu, kemalasanmu, kemurunganmu, kecemburuanmu...Cemburu? wajib!! cemburu itu perlu, tapi jangan keterlaluan...buruk padahnya...bukankah cemburu itu tanda sayang...kalau tak cemburu, makanya kau tak peduli langsung tentang dirinya. selaklah dirinya selalu. jangan biarkan dirinya tanpa pengurusanmu.

masak-memasak? walau bukan bidangmu, tetapi cubalah sedaya usahamu untuk memasak untuknya. pasti malammu akan bersinar indah kerana si dia akan memujimu dan membelaimu dengan sepenuh hatinya kerana sudi menyediakan hidangan walau tak seberapa untuknya. itulah kuasa masakan. apatah lagi hidangan itu adalah kegemarannya dan semirip hidangan ibunya.

by the way, hidup harus diteruskan. walau pedih mencengkam di tengah perjalanan, namun percayalah...kesabaran itu yang penting. tebarkan senyuman di wajahmu agar dikau sentiasa dicahayai rahmat di atas persahabatan yang terjalin selepas itu.



  

Friday, November 12, 2010

Pizza Hut’s 6 Cheese Extreme Pizza~cubalaa..

hi Kawan2,

Nak tahu tak kenapa saya suka makan pizza Hut’s 6 cheese extreme pizza?
Sebab new resipi pizza ni ada 6 jenis cheese yg sedap2..

MEMPERKENALKAN KEPADA ANDA INILAH CHEESE YG PALING SEDAP DI DUNIA ~ parmesan, mozzarella, romano, cheddar, provolone DAN Monterey Jack....nyam2

 Nak tau lagi, 

siapa yang 2x paling suka makan pizza hut ni? haaa...cuba tengok gambar di bawah. inilah orangnya...si jelitawan dan jejaka paling macho di dunia..kalau berjalan2 kat bandar, nampak sahaja kedai pizza hut, mulala...JOMM PIZZA HUT ummie....:)
memang suka sangat makan pizza hut. ehem..nak berkenalan tak?


dua orang ni, kalau makan pizza, memang licin pinggan..tengok tu, si jejaka macho..malu2 meow lagi.hehehe. mentang2 sudah kenyang...c adik, biasala..control jelita...:)





cuba tengok, gambar pizza yang baru sampai order ni. mula2 tu...cantikk ja dalam pinggan.

sekarang, masa untuk pemindahan kepingan pizza ke pinggan!! tengok tu, tamak dan haloba. dua slices lagi tu. tak malu betul!



cepatt ummie..tak sabar nak makann nie...bagi dua slices ye...pandainya anak mak!! nak minta dua slices yer...



BERGAYA TAK PIZZA HUT'S 6 CHEESE EXTREME ni?

rasanya...memang mantapp! meletup!
menawan!
mengancam!
EXTREME!



tak payahla nak tunjuk acara suap menyuap yer..malula nak tunjuk pinggan yang dah licin tu..sambil2 makan, sempat lagi snap! menu pizza hut 6 cheese extreme ni. buat kenang-kenangan..


Walau apapun yang terjadi, aku dan geng2 cumilku dan bapa mereka yang macho itu confirm pergi untuk kesekian kalinya menikmati menu pizza hut ni. tunggu PIZZA HUT! 

bukan sahaja,

"cumil2ku and  their baba...crazy about cheeeeeeeeeeeeeeeee!" 

tetapi juga,

"i’m crazy about Cheeeeeeeeeeeeeeeeeese!”


Wednesday, November 10, 2010

PETUA AGAR BADAN KEMBALI RINGAN & BERTENAGA

selepas bersalin, badan kita akan jadi lemah tak berdaya Apatah lagi melalui proses bersalin yang agak lama dan sedikit sukar. Untuk itu, apa kata kita amalkan minuman herba yang ada di dapur kita. senang jer. ok, cara2nya ialah:

* Amalkan minum air rebusan serai dan halia (yang dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. satukan bahan2 ini dan rebus. minum air rebusan ini pagi dan malam, insya-Allah badan akan menjadi ringan dan bertenaga.

selamat mencuba..:)

Thursday, November 4, 2010

THREE BlackBerry Torch 9800 smartphones to three lucky Nuffnangers!



Aha! Teruja tak nmpk tajuk kat atas tu? Siapa tak nak Celcom Blackberry Torch 9800? Mesti semua orang mahu kann...glamor..paling best sekali adalah ianya mempunyai dua fungsi iaitu keyboard dan touch screen. dgn Saiz hanya 3.2 inci jer..canggih!! lagi mantapp!!

Ini yang buat aku suka sangat dgn BB torch 9800..



~ pantas untuk kerja2 download (3.6 MbPS) selain terdapat aplikasi GPS..


~ boleh sambung ke Komputer dan mempunyai system WIFI tanpa Bluetooth (hehehe...boleh guna WIFI kat KFC sambil makan2)




~ Memory 8 GB tapi bole ditingkatkan sehingga 32 GB dengan kad microSD (wow! Hebat!)




~ Bagi saya yang suka melayari internet, memang sesuaila menggunakan BB torch ni pasal boleh meneroka alam maya dengan pantas dan boleh buka banyak pelayar internet dalam satu masa menggunakan fungsi Tab. Bookmark
 laman web yg kita suka pun boleh...fantastik!






~ Ini yg paling hebat! Camera 5MP beserta system flash, auto focus dan system kestabilan gambar.
Ambik gambar secara spontan pun boleh sebab ia didatangkan dgn ciri2 tambahan
iaitu 11 mode foto dan rakaman vedio resolusi VGA (bergaya habiss la ni!)


Bolehla sesuka hati nak hantar msg..berinteraksi dengan bergaya dengan kawan2 and hantar email kepada BOS pun senang..hehehe..memang berbaloi2 la! Facebook? Dlm tangan dah! Apa lagi, check email, search google lagi seronok. Maknanya, maklumat semua ada dlm tangan je...hebat!2.


      BB Torch dah dilancarkan pada 29 october 2010 yg lalu. Dan yg paling bagusnya lagi adalah byk crazy deal time tu...bertuah mereka2 yg dpt dtg ke majlis pelancaran tu yer. PSST! Dengar cerita BB torch dijual dgn harga gila2 RM8 jer...tapi dgn syarat kena sign up with celcomExec atau celcom Biz plans pada hari tu juga. Siapa org bertuah tu ya? Syarat2nya lagi dengar2 10 org pertma yg sign up dpt harga RM8..next 100 pula bole dpt BB Torch dgn harga RM488! Dan seterusnya 100 org lagi dpt beli dgn harga RM888...WOW! bertuahnya mereka....kalau dipasaran barangkali ribu2 harganya.


      Tapi tak mengapa, becoz kita masih bole dpt BB torch dgn harga istimewa drp celcom..pegi jela kemana2 blue cube outlets nationwide anjuran celcom bermula 3 november 2010 ini. Ok, pakej BB with celcom boleh lihat di dlm kotak ajaib di bawah.Ting tong!!



Ok, apa lagi! Serbu la celcom sekarang utk hidup yg anggun dan bergaya!!jgn lupa tau...

3 ahli nuffnang yang bertuah..salah satu BB Torch 9800 ini adalah milik anda!

Coret by aznur
Related Posts with Thumbnails