Thursday, May 5, 2011

Petua Supaya Suami Tidak Cari Perempuan Lain





1. Baca  surah Ali Imran ayat 200, tiga kali dan tiup pada dada pasangan anda seminggu sekali sampai bila-bila. Niatkan supaya pasangan anda setia pada anda.

2. Berniat agar perkahwinan sentiasa berkekalan dan berdoa agar Allah s.w.t. sentiasa membantu.

3. Rajin-rajinlah  solat tahajud, mudah-mudahan Allah s.w.t.  mencantikkan rupa anda.

sumber: ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Wednesday, May 4, 2011

BUKANNYA AKU TAKUT


lagu nyanyian jozan dlm maharaja lawak..mcm best!! 

Ku tak peduli
Bila ku benar-benar cinta mati
Ku tak peduli

Ku memang begini
Bila ku benar-benar cinta mati
Ku tak peduli
Apa saja yang ku inginkan kamu rela

Bukannya aku takut akan kehilangan dirimu
Tapi aku takut kehilangan cintamu
Mungkin saja saat itu kau mempermainkan aku
Seakan kau bisa membalas cintaku

Kau takkan mengerti
Yang selama ini aku rasakan, pasti
Kau tak peduli
Bila saja yang ku inginkan kamu rela

Friday, April 29, 2011

"MUMMYLOVERS MENCARI BLOG UTK DIREVIEW"

assalammualaikum...


selamat hari jumaat dan semoga hari ini membawa keceriaan yg berlipat ganda kepada kita semua..
lama tak menulis dlm blog..tapi, org kata sayangilah blog anda seperti anda menyayangi diari anda...biasanya diari adalah rahsia ttp..diari dlm blog tak ada rahsia...menulis adalah kata2 jiwa..so, menulislah dgn jiwa yg tenang dan bersahaja. apapun, semoga..kali ini kita semua akan menjadi penulis yg hebat dan disenangi oleh pembaca2 diluar sana..

di kesempatan yg ada,sempat juga singgah ke blog2 yg lain, jadik utk menghargai peluang yg ada.. nak joinla...blog yg hebat2 ni. mcm di bawah ni.....




best jugak blog mummy lovers ni..byk petua yg bole dikongsi bersama. 

My Mother Yusoff Islam Nasyeed song

Thursday, April 28, 2011

HELAH SOLEKAN GALAK, BUAT SI MATA SEPET!


Adakah anda salah seorang dari wanita asia yang bermata kecil dan sepet, serta sering berasa sukar untukmenyolek bahagian ini? Hampa rasanya bila aplikasipenggaris dan pembayang mata sukar dilihat, walhal anda sudah beriya-iya menebalkan solekan di bahagian tersebut. Justeru, apakah teknik solekan yang sesuai untuk menyerlahkan kelopak mata jenis monolid ini?

TEBALKAN GARISAN MATA

Aplikasi penggaris mata membuatkan mata yang kecil kelihatan lebih besar semulajadi. Ia juga salah satu asas solekan termudah jika anda bijak menguasai teknik dengan penggunaan pensil atau gel penggaris mata yang baik. Ikuti tiga helah berikut;

1. Lukis garis tipis pada garisan atas mata atau kawasan yang paling hampir dengan bulu mata. Kemudian sapukan maskara.Anda tidak perlu menggaris di bahagian bulu mata bawah untuk efek lebih segar.

2. Lukis garis tebal dan bersayap seperti gaya solekan popular di zaman 50-andan 60-an. Penekanan di bahagian ini akan memberikan efek mata yang galak. Kemudian garis bawah mata (separuh sahaja). Sapukan maskara.

3. Lukis pada garis upper waterline untuk kesan seperti tidak memakai penggaris mata langsung. Caranya, tekan kelopak mata atas dengan putik kapas dan lukis garisan di bahagian dalam bulu mata. Gunakan pensil mata. Mahir mengadun eyeshadow merupakan satu kelebihan buat si mata sepet. Teknik yang betul amat penting memandangkan warna pembayang sukar dilihat pada kelopak mata jenis monolid. Pastikan ia disapu melebihi/atas sedikit dari kawasan bebola mata supaya apabila mata dibuka, pembayang ini akan terserlah.

ADUNAN PEMBAYANG

1. Mulakan solekan dari kanvas yang bersih, iaitu setelah disapu foundation, bedak asas dan primer eyeshadow. Kemudian, celakkan kening dengan pensil coklat gelap.

2. Highlight atau sapukan kawasan sudut dalam mata dan tulang kening dengan warna eyeshadow putih.

3. Di sudut luar mata, sapukan warna eyeshadow gelap seperti hitam atau coklat tua.

4. Adunkan warna-warna gelap ini disekeliling kawasan bebola mata seperti bentuk bulan sabit. Kemudianhighlight kawasan tengah bebola mata dengan warna putih.

5. Garis atas bulu mata dengan eyeliner hitam dan garis separuh sahaja pada garis bulu mata bawah.

6. Pakai bulu mata palsu dan lentikkan dengan pelentik bulu mata. Sapukan maskara agar bulu mata asli dan palsu bersatu.

JENIS PENGGARIS MATA
Pensil – Sesuai untuk mereka yang tidak begitu mahir bersolek.
Gel/krim – Khusus untuk mereka yang sudah mahir melukis garis mata.
Cecair – Perlukan tangan yang steady untuk mencipta garis bersayap yang kemas.
Kohl/celak – Seperti krayon untuk mencipta garis tebal.

sumber: majalah nona
Related Posts with Thumbnails